Wednesday, December 29, 2010

Dialog Seri Gombak - Meter

Expressed by Noorita Yusof at 1:22 PM 0 thoughs.. Links to this post
Suatu petang di dalam kereta Kelisaku..

Situasi
Hubby memandu kereta kelisaku dengan penuh kelajuan dan memotong segala jenis kenderaan di hadapan termasukla sebuah BMW brapa series tak pasan. Kata potong kan harusla berdesup!

Me : "Pa, jangan la laju sangat..."

Hubby : "Sonot la.. Kelisa ni laju.. Engine twin-cam kan no wonder. Tak macam Avanza. Amik masa nak laju."

- Masih memandu dengan laju -

Me : "Pa, slow la please.."

Hubby : "Haha.. Best la.. Ingat tak kita balik Trg dulu dengan Kelisa. Rilek je kan potong lori2 balak sume. Genting pon dah panjat dah.. Sampai 170 pon kita boleh bawak.."

- Saya diam sambil membayangkan saat2 manis masa time baru2 kawin tersebut -

Like hey!!

170??!!



Tuesday, December 21, 2010

Nana. At last...

Expressed by Noorita Yusof at 3:36 PM 7 thoughs.. Links to this post
Sudah agak lama tidak bermain taging2. Terasa agak veteran di situ. Tapi Puan Nana sudah mengetagged saya, dan adalah sudah lama tertangguh maka saya gagahi juga menyudahinya. Sorry Nana for the delay (ayat ala2 isi kandungan email di tempat keje gitu..).

Isi kandungan tag adalah:

------------------------------------------------------------
Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you
------------------------------------------------------------

Dan saya tatau nak start cemane lantas saya tiru Puan Nana nye isi sket eh. Takpe ekh?

******************************************************************************
Simple facts about me:-

1. Sudah 5 tahun berkahwin, sudah (sudah ye, bukan baru) ada 2 anak. One girl and one boy yg comey2 cam mak dia (kasik up skets ekeke)..

2. Anak pertama dari 2 adik beradik sahaja. Adalah sikit tapi best gak adik badik sikit ni. Takyah pening2 bila time raya nak kasik2 angpow segala.

3. Adik saya adalah lelaki dan sudah berjanggut dan berbulu tapi saya masih suka kiss pipi dan peluk dia bila jumpa & masih pimpin tangan dia pabila melintas jalan.

4. Saya berasal dari Pantai Timur dan kawin dengan orang Selatan setelah berjumpa di barat daya.

5. Mempunyai dual personaliti bergantung kepada keadaan dan orang2 persekitaran. Akan menjadi pendiam dan very the pemalu bila berada di tempat dan di kalangan strangers (hanya senyuman menjadi senjata) & akan berubah sekelip mata menjadi orang yg gila2 dan asyik ketawa je bila bersama dengan family dan kawan2 rapat.

6. Baru nombor 6 ke..? Ingat dah nombor 16.

7. Belaja menda lain tapi keje menda lain. Maksud saya bukanla saya belajar sains kimia organik dan tiba2 bekerja mengukur jalan. Tapi dulu saya adalah line grafik dan creative2 tapi skang jatuh ke gaung server dan perkara2 mamabosan dan yang sewaktu dengannya.

8. Dahulu saya TIDAK pernah membuat/menguli/mengayak/membakar kek mahupun biskut namun sejak setahun yang lalu saya sudah memiliki my own bakery business. (Kasik letak link nak promote la konon).

9. Selain dari itu, untuk melengkapkan gelaran perempuan tamak, saya juga berkecimpung di dalam bidang modeling secara sambil sambilan. Suka2 ati sahaja. Side2 income di samping berpeluang merasa perasaan gila glemer.

10. Gila cracking kepala berfikir dah baru je sampai point no 10. Apende lagi aku nak kelentong nih.

11. Oh ya. Ini adalah fakta penting! Patut letak nombor satu tadi. Saya adalah seorang wanita yang KUAT makan, SUKA makan, ASYIK-ASYIK makan dan apa2 lah yg berkaitan makanan. Dari zaman anak dara aka keding cam cicak kobing dulu mmg saya kaki pelahap. Motif - nak kasik berisi. Tapi skang orang cakap badan saya dah ok tapi saya still nak makan byk jugak. Maybe ada cacing kerawit di dalam perut.

12. Rentetan dari fakta ke-11, saya harus diet <-- boleh blah! Saya TIDAK pernah diet sepanjang hayat saya setakat ini. Kalo saya berdiet saya akan jadi lebih nipis dari papan lapis. Jadi kekurusan yg saya miliki ini adalah semulajadi dan tiada pengaruh botox di situ.

13. Saya tidak dapat hidup tanpa 5 perkara - My doter, my son, my mum, my dad & my handphone. Takde laki takpe. Serius!

14. Oh ya. Fakta keenam. Tak dapat hidup tanpa DUIT! hoho..

15. Ok la. If takde laki payah gak. Karang orang panggil janda berhias pulak. Ok la. Laki is included. (jgn majuk je mr hubby. nanti kita belikan pizza ekh).

16. Saya mempunyai ibu bapa yang amattttttttttttttttttttttttttt sangatttttttttttttttttt penyayang dan baik hati. Segala ayat2 positif dalam dunia ni saya dedicatedkan buat mereka. I am so lucky to have them as my parents!

17. Saya juga mempunyai ibu bapa mertua yang sangat mengambil berat dan cukup cukup cukup sporting! Terutama mak mertua sayalah. She's my best fren!

18. Saya kerja kat Cyberjaya walaupun tak pernah terlintas dalam hati sanubari nak keje sini. Takde hati langsung! Usah kata nak pandang muka Cyber, nak baca nama C.Y.B.E.R.J.A.Y.A pon tak hingin. Tapi roda adalah berputar. Yang kita tanak tula dapat. Aiseh. Takpelah rezeki kan. Alhamdulillah..

19. Oh ni pon penting jugak. Saya paling benci orang hipokrit! Enuff said.

20. Juga paling benci sang talam dua muka dan pembawa gossip. My usual advise to them - GO GET A LIFE!

21. Menjadi sedikit panas di atas sebab fakta ke 19 dan 20. Skang kena fikir ikan nemo utk menenangkan fikiran.

22. Saya suka ikan emas yang saya panggil Nemo. Tapi dia dah balik ke laut..

23. Saya suka nak main dengan kucing tapi saya penakut jika kucing tu bertindak pantas memanjat riba. Memang la aku jerit satu kampung.

24. Saya suka seni. Saya suka menari. Saya suka poem. Saya suka pantun dan syair. Saya suka menyanyi (Tapi suara sedap sket dari minah yang kena reject masa ujibakat Mentor). Saya rasa jika saya masuk Idola Bintang Kecil dulu kan mesti saya dah kaya macam Siti Nurhaliza.

25. Fakta terakhir. Saya suka apa yang saya miliki sekarang. Kerana saya rasa ini adalah takdir terbaik yang pernah saya miliki. :)

******************************************************************************

25 person to be tagged --> Saya mengetag sapa2 lah yang nak buat. Semua readers blog ini. Macih....

Dialog Sri Gombak - sengal

Expressed by Noorita Yusof at 8:18 AM 0 thoughs.. Links to this post
Caution : Perbualan ini adalah adegan sengal terlampau.


Last weekend, ada cite Man Laksa kat Astro Ria. Disebabkan adalah tiada cite menarik utk ditonton maka kami layankan saja..



Hubby : "Eh ni yg Loloq tu kan yg sebelah tu?"

Me      : "A'ah dia la tu"

Hubby : "Masa ni dia belum mati kan?"

Me      : "Eh takla. Ni mayat dia berlakon"

Hubby : - buat muka blur -




 Arwah Loloq..

Thursday, December 16, 2010

Fire Chop Drill

Expressed by Noorita Yusof at 8:39 AM 1 thoughs.. Links to this post
Resepi pilihan kali ini..

Fire Chop Drill

Bahan-bahannya :-
Bahan2 utama:
- Kereta bomba (pastikan bertangga)
- Abang2 bomba secukup muda

Bahan2 A:
- Alarm secukupnya
- Sticker mengikut keperluan
- Orang2 yang confirm terselamat (*)
- Orang2 yang confirm hangus (**)
- Anak tangga

Bahan2 B:
- Sepanduk
- Jaket striking tulis ERT
- Org yang kena pakai jaket striking tulis ERT
- Torch light (kalo suka)
- Fire extinguisher
- Tayar atau bahan bakar secukup rasa
- Mangsa kejadian


Cara-caranya :
- Sebelum bermula, pastikan bahan2 A (*) dan (**) berada di tempat masing2 dan meneruskan lakonan tidak tau apa terjadi sepert biasa. Bahan2 A (*) bolehkan dipakaikan sticker sebagai bagi mengurangkan kecelaruan apabila kita memulakan proses adunan nanti.

- Apabila alarm dibunyikan, maka bahan2 A (*) bolehlah berjalan secara perlahan2 dan tidak panik dan tujuannya haruslah mencari anak tanggan untuk turun. (Pastikan tidak panik di kala fire chop drill ya. Kalo time on fire betul2 tu lain cite).

- Bahan2 A (**) pastikan maintain di tempat masing2 dan boleh membrowse facebook dengan sedikit aman sebab bos sume dah turun bawah.

-Bahan2 B bolehlah memakai jaket striking dah membawa torch light jika mau melakukan aksi sudah terang lagi bersuluh. Seorang dari bahan2 B adalah the chosen one bagi membawa sepanduk supaya bahan2 A(*) mempunyai arah tuju.

- Bahan A (*) dan Bahan2 B akan berada di assembly point.

- Ketika ini bahan2 utama akan menjalankan tugas seperti mewujudkan asap tiruan di dalam bangunan (bahan2 A** mungkin akan mengalami sedikit sesak nafas pd waktu ini. Jgn bimbang. Update je kat status facebook). Kete bomba juga akan menjulurkan tangga bagi menyelamatkan ntah sapa2. Jgn lupa membunyikan siren kereta bomba ya puan2. Jikalau tidak kurang empuk. Sedikit tips di sini, abang2 bomba haruslah dipetik ketika masih muda dan simpan je yang agak veteran di bilik gerakan balai bomba. Ini adalah penting supaya bahan2 A (*) mempunyai perkara menarik utk ditonton sementara dok tercegat di bawah terik mentari.

- Kemudian tayar atau bahan bakar akan dibakar secara perlahan di depan bahan2 A(*). Cara penggunaan fire extinguisher juga didemokan supaya bahan2 A(*) takde la benak sangat kalo betul2 mengalami kejadian on fire di kemudian hari. Bagi menambah rasa, bolehkah menambah mangsa kejadian secara bersilih ganti supaya masakan fire chop drill kita sebati.

- Selesai masukkan semua adunan, biarkan seketika hinggalah orang yang kena pakai jaket ERT buat pengumuman suruh bersurai.


Ok kawan2.. selamat mencuba ya...



Tips and Tricks:
Contoh resepi Fire Chop Drill yang gagal:

Sebahagian daripada bahan2 B sedang menjalankan tugas. Kelihatan juga Bahan2 A(*) di dalam gambar.
Sebab gagal: Bahan2 A(*) sudah hampir mati kebosanan dan sikit lagi nak jadi ikan kering.



Bahan2 A (*) masih tiada arah tuju dan sikit lagi mencapai piawai standard ikan kering.
Sebab gagal : Ketidakwujudan bahan2 utama untuk ditonton dan tiada aktiviti di bawah Bahan2 B dilakukan (yang melibatkan fire extinguisher, bahan bakar & mangsa kejadian).



Muka puas hati dan riang ria salah seorang dari bahan A (*).
Sebab gagal : Tiada


Lagi muka riang gembira Bahan2 A(*).
Sebab gagal : Tiada


Bahan2 A(*) bergerak masuk ke dalam bangunan tanpa mendapat sebarang purpose dari resepi ini. Hanya panas dan peluh (Tambahan: Juga mengetahui di mana lokasi anak tangga).
Sebab gagal : Bahan2 utama adalah tiada kelibat langsung. Bahan2 B juga tidak mencukupi. Motif masakan hari ini adalah turun dan pot pet di bawah suhu 38 darjah celcius dan boleh mencairkan ais beku dalam 30 saat.

Monday, December 13, 2010

Antu Kak Limah

Expressed by Noorita Yusof at 3:41 PM 3 thoughs.. Links to this post
Sejak menonton the making (the making ke preview ke sedutan ke) of Hantu Kak Limah Balik Rumah kat tv hari tu, my son (oh ya, saya menonton bersama2 anak2 tersayang. Nampaknya adalah mmg meninggalkan kesan negatif) tak renti2 bertanya pasal hantu yang seekor ni.

Bukannya tau takut budak kecik ni tapi adalah sangat excited untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tambahan pula sang hantu pegi pulak mengalunkan lagu enjit2 semut berversi perlahan jadi ini adalah menarik minat anak perempuanku utk menyanyi sama2 pada waktu terluang.

Anak perempuan juga tidak berhenti berusaha untuk mengajak kami menonton cerita ini di pawagam Mid Valley (takde tempat lain dia nak gi, mid valley manjang). Tapi oleh kerana ianya adalah gred 13PG jadi lupakan sahaja je nak ya. Kita tunggu je DVD available di pasar malam berhampiran.

Then di suatu malam Ahad (sebab siang tak sempat nak baca paper) yang hening, akan terselaklah paper The Star dan makan terpandanglah akan satu page - Hantu Kak Limah Balik Rumah mencatat RM1.2 juta selepas brapa hari tanyangan bla bla..

Berserta ini gambar.


Walaupun cerita ini adalah bergenre lucu, tapi menatap gambar ini di kala malam2 hari adalah agak menyeramkan lagi mendiribuluromakan juga. Tapi anak lelakiku yang berusia 2 tahun 4 bulan ini sangat eksited bila nampak gambar ahkak limah kita. Terus dia tarik page tu dan mentelaah gambar hantu ni dengan bersungguh2.

Saya cam eh budak ni. Karang ada yang mengigau aku jugak yg nak kena hembus ayat kursi la segala tengah2 malam kang..

Then seperti yang dijangka, dah kuar dah dua puluh ribu satu soalan dari mulut dia..

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Mama, kenapa antu kak limah dok camni?" - sambil menggayakan cara duduk di atas karpet, ya sebijik cam kak limah tu buat.

Mama yang agak penakut : "Sebab dia tanak diri"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia tanak diri?"

Mama yang agak penakut : "Sebab dia nak duduk"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia nak duduk?"

Mama yang agak penakut : "Sebab dia penat"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia penat?"

Mama yang agak penakut : "Sebab dia letih"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia letih?"

Mama yang agak penakut : "Sebab dia tak larat"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia tak larat?"

Mama yang agak penakut : "Sebab dia belum makan"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia belum makan?"

Mama yang agak penakut : "Sebab Muaz tak kasi dia makan"

Finally he managed to diam sekejap sambil berfikir. Saya agak ada la dalam 1.15 minit tempohnya.

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Mama, kenapa antu kak limah dok camni?" - sambil berlakon duduk lagi.


Again............
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal