Monday, December 13, 2010

Antu Kak Limah

Expressed by Noorita Yusof at 3:41 PM
Sejak menonton the making (the making ke preview ke sedutan ke) of Hantu Kak Limah Balik Rumah kat tv hari tu, my son (oh ya, saya menonton bersama2 anak2 tersayang. Nampaknya adalah mmg meninggalkan kesan negatif) tak renti2 bertanya pasal hantu yang seekor ni.

Bukannya tau takut budak kecik ni tapi adalah sangat excited untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tambahan pula sang hantu pegi pulak mengalunkan lagu enjit2 semut berversi perlahan jadi ini adalah menarik minat anak perempuanku utk menyanyi sama2 pada waktu terluang.

Anak perempuan juga tidak berhenti berusaha untuk mengajak kami menonton cerita ini di pawagam Mid Valley (takde tempat lain dia nak gi, mid valley manjang). Tapi oleh kerana ianya adalah gred 13PG jadi lupakan sahaja je nak ya. Kita tunggu je DVD available di pasar malam berhampiran.

Then di suatu malam Ahad (sebab siang tak sempat nak baca paper) yang hening, akan terselaklah paper The Star dan makan terpandanglah akan satu page - Hantu Kak Limah Balik Rumah mencatat RM1.2 juta selepas brapa hari tanyangan bla bla..

Berserta ini gambar.


Walaupun cerita ini adalah bergenre lucu, tapi menatap gambar ini di kala malam2 hari adalah agak menyeramkan lagi mendiribuluromakan juga. Tapi anak lelakiku yang berusia 2 tahun 4 bulan ini sangat eksited bila nampak gambar ahkak limah kita. Terus dia tarik page tu dan mentelaah gambar hantu ni dengan bersungguh2.

Saya cam eh budak ni. Karang ada yang mengigau aku jugak yg nak kena hembus ayat kursi la segala tengah2 malam kang..

Then seperti yang dijangka, dah kuar dah dua puluh ribu satu soalan dari mulut dia..

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Mama, kenapa antu kak limah dok camni?" - sambil menggayakan cara duduk di atas karpet, ya sebijik cam kak limah tu buat.

Mama yang agak penakut : "Sebab dia tanak diri"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia tanak diri?"

Mama yang agak penakut : "Sebab dia nak duduk"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia nak duduk?"

Mama yang agak penakut : "Sebab dia penat"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia penat?"

Mama yang agak penakut : "Sebab dia letih"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia letih?"

Mama yang agak penakut : "Sebab dia tak larat"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia tak larat?"

Mama yang agak penakut : "Sebab dia belum makan"

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Nape dia belum makan?"

Mama yang agak penakut : "Sebab Muaz tak kasi dia makan"

Finally he managed to diam sekejap sambil berfikir. Saya agak ada la dalam 1.15 minit tempohnya.

Si kecil yang eksited tengok cite antu : "Mama, kenapa antu kak limah dok camni?" - sambil berlakon duduk lagi.


Again............

3 thoughs.. on "Antu Kak Limah"

liyana on December 13, 2010 at 3:52:00 PM GMT+8 said...

hahaha kelaka la muaz ni.. layan jela eh kak :)

Noorita Yusof on December 13, 2010 at 4:06:00 PM GMT+8 said...

liyana: tula.. tak jawab kang membantutkan proses pembelajaran. kasik je la apa2 jawapan. puas hati baru dia diam ekeke...

zura on December 17, 2010 at 5:05:00 PM GMT+8 said...

ahahah...klakar hokay dak kecik ni..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal