Thursday, December 16, 2010

Fire Chop Drill

Expressed by Noorita Yusof at 8:39 AM
Resepi pilihan kali ini..

Fire Chop Drill

Bahan-bahannya :-
Bahan2 utama:
- Kereta bomba (pastikan bertangga)
- Abang2 bomba secukup muda

Bahan2 A:
- Alarm secukupnya
- Sticker mengikut keperluan
- Orang2 yang confirm terselamat (*)
- Orang2 yang confirm hangus (**)
- Anak tangga

Bahan2 B:
- Sepanduk
- Jaket striking tulis ERT
- Org yang kena pakai jaket striking tulis ERT
- Torch light (kalo suka)
- Fire extinguisher
- Tayar atau bahan bakar secukup rasa
- Mangsa kejadian


Cara-caranya :
- Sebelum bermula, pastikan bahan2 A (*) dan (**) berada di tempat masing2 dan meneruskan lakonan tidak tau apa terjadi sepert biasa. Bahan2 A (*) bolehkan dipakaikan sticker sebagai bagi mengurangkan kecelaruan apabila kita memulakan proses adunan nanti.

- Apabila alarm dibunyikan, maka bahan2 A (*) bolehlah berjalan secara perlahan2 dan tidak panik dan tujuannya haruslah mencari anak tanggan untuk turun. (Pastikan tidak panik di kala fire chop drill ya. Kalo time on fire betul2 tu lain cite).

- Bahan2 A (**) pastikan maintain di tempat masing2 dan boleh membrowse facebook dengan sedikit aman sebab bos sume dah turun bawah.

-Bahan2 B bolehlah memakai jaket striking dah membawa torch light jika mau melakukan aksi sudah terang lagi bersuluh. Seorang dari bahan2 B adalah the chosen one bagi membawa sepanduk supaya bahan2 A(*) mempunyai arah tuju.

- Bahan A (*) dan Bahan2 B akan berada di assembly point.

- Ketika ini bahan2 utama akan menjalankan tugas seperti mewujudkan asap tiruan di dalam bangunan (bahan2 A** mungkin akan mengalami sedikit sesak nafas pd waktu ini. Jgn bimbang. Update je kat status facebook). Kete bomba juga akan menjulurkan tangga bagi menyelamatkan ntah sapa2. Jgn lupa membunyikan siren kereta bomba ya puan2. Jikalau tidak kurang empuk. Sedikit tips di sini, abang2 bomba haruslah dipetik ketika masih muda dan simpan je yang agak veteran di bilik gerakan balai bomba. Ini adalah penting supaya bahan2 A (*) mempunyai perkara menarik utk ditonton sementara dok tercegat di bawah terik mentari.

- Kemudian tayar atau bahan bakar akan dibakar secara perlahan di depan bahan2 A(*). Cara penggunaan fire extinguisher juga didemokan supaya bahan2 A(*) takde la benak sangat kalo betul2 mengalami kejadian on fire di kemudian hari. Bagi menambah rasa, bolehkah menambah mangsa kejadian secara bersilih ganti supaya masakan fire chop drill kita sebati.

- Selesai masukkan semua adunan, biarkan seketika hinggalah orang yang kena pakai jaket ERT buat pengumuman suruh bersurai.


Ok kawan2.. selamat mencuba ya...



Tips and Tricks:
Contoh resepi Fire Chop Drill yang gagal:

Sebahagian daripada bahan2 B sedang menjalankan tugas. Kelihatan juga Bahan2 A(*) di dalam gambar.
Sebab gagal: Bahan2 A(*) sudah hampir mati kebosanan dan sikit lagi nak jadi ikan kering.



Bahan2 A (*) masih tiada arah tuju dan sikit lagi mencapai piawai standard ikan kering.
Sebab gagal : Ketidakwujudan bahan2 utama untuk ditonton dan tiada aktiviti di bawah Bahan2 B dilakukan (yang melibatkan fire extinguisher, bahan bakar & mangsa kejadian).



Muka puas hati dan riang ria salah seorang dari bahan A (*).
Sebab gagal : Tiada


Lagi muka riang gembira Bahan2 A(*).
Sebab gagal : Tiada


Bahan2 A(*) bergerak masuk ke dalam bangunan tanpa mendapat sebarang purpose dari resepi ini. Hanya panas dan peluh (Tambahan: Juga mengetahui di mana lokasi anak tangga).
Sebab gagal : Bahan2 utama adalah tiada kelibat langsung. Bahan2 B juga tidak mencukupi. Motif masakan hari ini adalah turun dan pot pet di bawah suhu 38 darjah celcius dan boleh mencairkan ais beku dalam 30 saat.

1 thoughs.. on "Fire Chop Drill"

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal