Wednesday, December 14, 2011

Bila

Expressed by Noorita Yusof at 5:29 PM 0 thoughs.. Links to this post
Bila orang senyum kat kita, apa kita buat?
Si Ba: Senyum balik dengan senyuman tambah lagi sesudu manis dari orang tukang senyum tadi.
Si Ja: Buat2 tak reti je dan meneruskan muka taik idung masin tak korek nam hari.

Bila orang tegur kita, apa kita buat?
Si Ba: Balas balik dan tanya balik soalan2 berbasa basi sekadar menceriakan suasana sepi sua suey kemoning (besanya dalam lift la). Paling koman tanya balik soalan umum yg dia tanya tadi. Contoh soalan umum: "Tinggal kat mana?"
Si Ja: Tanya sepatah, jawab sepatah. Tambahan- before jawab soalan, kasik renungan heran dulu sedas.

Bila orang ajak lunch, apa kita buat?
Si Ba: Kenalpasti dulu jenis soalan. Adakah ianya jatuh dalam kategori irama ajak2 ayam oh ayam bermacam ayam, atau ajak2 gajah tom yung gong yakni bersungguh2 dan penuh tawadduk. Contoh ajak2 ciken adalah anda adalah orang yg ke lapan belas yg akan join jika menerima tawaran itu. Contoh ajak2 elifen adalah di kala tukang ajak mmg takde kawan lagi si kera sumbang dan sudah pukul 3 petang di kala perut beliau sudah penat tahan lapar. 
Si Ja: Tanya balik makan kat mana. Kalau pemiajak kata makan kat warung nasik kukus ayam dara kurus kering kat depan tu terus dapat jawapan - "Takpelah, tak lapar lagi..." Kalau kata gi makan kat McD, dari kenyang terus lapar secara semerta.

Bila orang tengah sedap mengayam ketupat cicah kuah kacang air liur, apa anda buat?
Si Ba: Diam dan mendengar tanpa kata. Menjawab hanya ketika ditanya, dan hanya sepatah jawapan dan full stop. Takyah ada tapi, walaubagaimanapun, hatta, oleh itu dan sebagainya di hujung ayat.
Si Ja: Tukang tambah seasoning siap bagi versi sendiri kasik sedap cerita sampai juri Masterchef yg kelentong resume terpana.

Bila orang sibuk bercerita, apa anda buat?
Si Ba: Dengar sampai abis cerita dengan menyelitkan tawaan kechil dan anggukan di pertengahan cerita.
Si Ja: Orang tak dan abis cerita lagi dia sibuk la nak cite hal dia pulak!

Bila orang tengah sedih lepas putus kasih, apa anda buat?
Si Ba: Suruh banyak2 bersabar, tenangkan diri, tingkatkan amal ibadat, baca yassin dan bermacam perangsang kerohanian selainnya. Disusuli ayat2 Nur Kasih seperti sudah tiada jodoh, suratan adalah aturan Tuhan, jika hujan di tengahari kerana akan munculnya pelangi dan ayat2 luga yg selebihnya..
Si Ja: "Tu la hang, aku dah kata dah si Mat Leman tu bukan leh caya! Dah la tak ensem macam muka Saleh Yaacob tapi Salih Yaacob dapat jugak  bini cun. Ini lembu yg blakon cite Cun pon belum tentu nak hang!"

Bila orang cite masalah, apa kita buat?
Si Ba: Dengar baik2 apa masalah dia, apa luahan dia, apa tindakan dia seterusnya dan nasihat la apa patut. Ala bukan susah pon, youtube je Fadilah Kamsah nye video tak pun semanis kurma Sepah manisnya kurma itu? pon ok apa..
Si Ja: Baru suku kawan tu cite, dia pon -"Oh macam aku pon sama lah camtu. Dulu kan, pot pet pot pet.. ngok ngek ngok ngek.. pastu aku buat ni je.. bla bla bla.."

Last but not least, khas utk kawan2 sebaya I yg tak kawin2 lagi..

Bila orang sibuk tanya korang bila nak kawen, apa patut korang jawab?
Si Ba: InsyaAllah kalau tiba jodoh, sampailah kad kat rumah awak.. Jangan risau sgt tau.. Kesihatan kena jaga juga..
Si Ja: InsyaAllah tunggu awak masuk liang dulu kot..





Glosari kata:
Si Ba- Si Baik
Si Ja- Si Jahat
(Dari idea majalah Bujal dolu2 kata. Sapa2 seangkatan veteran tu tau ler. My fav column..)

Friday, December 9, 2011

Loveaholic..

Expressed by Noorita Yusof at 9:43 AM 0 thoughs.. Links to this post
This movie ah..

Buat I kena tipu 3 kali berturut2 U know...

TIGA kali..

Yap, Yi, SAP kali!


LOVEAHOLIC


But it's nice movie tho..
Buleh buat anda takut..
Buleh buat anda gelak..
Buleh buat anda menangis..


Tell you. Ingat movie ini, ingat TIGA kali.






Watch full movie kat sini

Wednesday, November 30, 2011

Spelling Game

Expressed by Noorita Yusof at 12:20 PM 0 thoughs.. Links to this post
Skang ni baik si adik mahupun si kakak dua2 banyak bertanya (I mean bukan baru sekarang lah. It's like forever). Kalau nak kena jawab balik soalan dari setiap jawapan (Ala macam "Kenapa tu mama?"- "Dia sakit"; "Nape dia sakit mama" - "Sebab dia luka""Nape luka mama?" -"Sebab jatuh.." ect ect) tu kira dah alah bisa tegal biasa dah tu.

Tapi skang memasing pesen nak test mama dia mengeja. And I layankan aja. Tell you, better layankan aja hatta disuruh eja SAYA sekalipun. Jangan matikan semangat derang dgn cakap ala... Eja la sendiri.. dah pandai kan.. A big NO NO ya.. Sebabnya why? Bila kita eja (kalau tambah2 gaya2 ngan intonasi2 katun lagi la gelekek suka meka2 ni), derang akan ingat apa kita eja tu and won't ask the same question again next time. (Gitew... motivasi gitew...)


Soalan plak dari suruh eja NASI sampai ke suruh eja MENDOMINASIKAN.  Layankan aja...


So pagi tadi masa tengah dok mandikan Sofiya..


Sofiya si budak banyak mulut : "Mama, eja MEMANDIKAN."

Mama mithali : Konon nak test -"M.E.M.O.N.D.I.K.O.N".

Sofiya yang tak abis2 lagi : "Kwang Kwang Kwang.. Wrong. Try again.."

Mama yg masih mithali : "Eh salah ek?? Ok2.. How about this - M.E.M.A.N.D.I.K.A.N".. 

Sofiya yg penuh keyakinan diri : "Tereng..... You're right! Want to Continue or Option to select level?"


Familiar?


Ni la bahana kalau hari2 ngadap game..

Monday, November 28, 2011

K.A.R.M.A

Expressed by Noorita Yusof at 11:23 PM 0 thoughs.. Links to this post
You know what...

And do you know what...

Apakah maksudnya KARMA..

Yang diumpat keji, disindir dikeji, kemanakah dirinya kini..

Yang mengeji, memaki, menikam kawan empunya diri, dimanakah situasi..

Yang pernah melampias amarah, menyebar fitnah, sampai masanya akan rebah.

Rebah dan terpaksa sujud serta menunduk ke bawah. Pada kaki yang pernah diterjah..

Yang memulia, menngangkat menabur budi, kini ceria menyemai biji.

Biji yang dipulangkan kembali, jasa yang dibalas tanpa mengira isi hati..

Itulah dunia..

Lumrahnya roda..

Manusia..

Jangan sesekali alpa dan leka.

Akan besarnya erti KARMA.

Balasan yang pasti tiba walau apa caranya..

Hanya cepat dan lambat menjadi sempadannya..

Sunday, October 23, 2011

Roti Jala Kesuma Dewi (gitewww)

Expressed by Noorita Yusof at 11:37 PM 1 thoughs.. Links to this post
Ari ari ari tu mengonon nak try buat roti jala secara sendirian berhad. Yeap you read it right! R.O.T.I J.A.L.A.

Mesti ada cam hah?? Dah hidup berpuluh tahun baru pes time buat roti jalan yang maha kacang buncis tersebut?

Yala yala.. Saya tak reti before2 ni. Bukan apa, saya tak berapa nak gemor so saya buat endah dah endah je la kan.

Tapi Mr Hubby menda ni mmg feveret dia.. Cuma 6 tahun kebelakang ni tak dapat cahaya petunjuk hidayah buat sendiri. Samada mama dia buat or order je kat Cafe Mesra depan sana, cepat mudah dan sodappppp...

Ntah cemane tetiba pling cam nak terbuat roti jala plak ari ni.

Tak penah2 kan.. Before buat tu ada gak mengucap dulu. Mana tau pembawakan nafas nak terhenti ke apa hehe.. Tapi so far Alhamdulillah ada lagi ni. Tengah taip blog lagi pulak eheh.

Jadi.. Mari kita tengok MasterChef roti jala nak tunjuk skill..


Adunan dah siap.. Bantai je labu.. Godek resepi kat internet pastu taram mentarams....
(nak tanya mama takut kena perli 3 hari 3 malam hehe)


 Penat mak selongkar alat menjala tak jumpa.. Nasib la ada menda alah ni (ala icing pipe nih hehe). Tak ada gading bertuah, tanduk berguna juga.. (ewah bergurindam pulak dia ya..)


Daun pandan ngan minyak nak sapu2 kuali tanak kasik lekat..


Jalaan pertama.. Seriyes macam jala ikan jaws! Tebal tanpa langsung ada setitis unsur2 kesenian..! Aduh..


Ni mmg bukan roti jala namanya.. Ni roti bubu ikan.


Jalaan yang seterus seterusnya...


Jalaan yang seterus seterus seterus seterusnya...


Tara... Amacam..? Ada rupa roti jala tak.. Ada macam kat kedai tak haha.. Sila cakap ada ya bagi memberikan keyakinan yg tinggi pada saya ya hehe..


Siap utk disantap bersama kari ayam. Hubby kasik A- utk percubaan pertama ini. Yeay! Kelas kan...? Wahaha... 



Selamat mencuba sume.. 

(eh ada aku bagi resepi ke tadi?)

Thursday, October 20, 2011

Wrapped 'stuff'

Expressed by Noorita Yusof at 2:29 PM 4 thoughs.. Links to this post
Yesterday somebody was tried to 'cucuk jarum' dengan mengajak saya berdebat mengenai pemakaian tudung.

Macam pernah hamba katakan dahulu - saya memang tidak suka dan mencik mencik DEBAT!

Why? Coz I will feel bad if the opponent diam sebab kalah! haha...!

So that guy was asking why I pakai tudung. Izit bcoz hubby suruh atau apa.

Dengan penuh keyakinan saya jawab NO...! Ia adalah dari diri sendiri before kawin lagi in fact. Pas kawin lagi 'kemas' la kesungguhan pakai tudung tu bukan apa. Dulu kalau setakat nak lari kejap angkat jemuran ke, sapu sampah depan rumah ke, orang bukan muhrim datang rumah ke, saya buat2 terlupa je nak capai kain serkup kepala. Tapi pas kawin, Mr Hubby mmg serius lagi tegas bab2 ni. Sampai gambar2 tak bertudung or sipi2 nampak rambut dalam capaian internet harus dibuang semuanya.

Yes. He's that serious.

So this person (he is Christian) ni cakap la kenapa nak kena tutup kepala sume. Dalam Bible derang pon ada jugak suruh pakai tudung tapi the most important is it's all about heart. If ur heart is kind enough, so tak perlu serkup2 ni segala.. Dia bagi la contoh ada 2 orang Malay girl kat office kitorang, n dua2 free hair.

Saya diam dan angguk je.

Pastu dia kata lagi, dalam Bible Tuhan dia cakap women's glow hair is just a gift from the God. So have to expose it sebagai tanda kita appreciates the gift.

Saya diam dan angguk lagi.

Dia dia ada la lagi sepatah dua hujahan pasal ni.

Sebagai bukan pendebat tersohor, saya takde idea bernas nak balas balik sementalah lagi pengetahuan agama tidaklah sedalam Ridhuan Tee Abdullah.

Apa yg saya cuma boleh jawab..

Me : "If u go buy something rite, what ever stuff or food, which one you will pick? The exposed one   or the wrapped one?"

He : "Of coz the bungkus one. Clean and new mah"

Me : "Yeap. Only the owner will deserved to open and to own a wrapped stuff. 
And for us, the only legal owner is our husband."

He : - Silent till the end -

Tuesday, September 20, 2011

Puak2 Facebook

Expressed by Noorita Yusof at 12:17 AM 3 thoughs.. Links to this post
Setakat pemantauan (pantau tuh) saya setakat ni kan, saya rasa pengguna2 Facebook boleh dikategorikan seperti di bawah:-
(Diulang, pemantauan saya ya, bukan pemantauan Robert Kiyokawasaki)

Calon-calonnya ialah....

Observer Teragungs..
Sebarang hupdate, komentar, kepuasan, kesukaan, makian, cacian setiap orang dalam friend list sume dalam kotak paler utaks dia. Dari update orang pasal kucing beranak 6 ekor tapi 5 ekor mati sampai ke update kawin bulan lepas, cerai bulan depan sume dia hup-to-date. Ko tanya la apa2 berita terkini pasal sapa2, kompem dia tau punyalah! Memang gulung tikar la Pancaindera!


Abang Abang Adik Kakak SS (bukan Super Saiya tapi Syok Sendiri ekeke)
Ni yg bangsa set Facebook setting dia boleh post status je tapi tak kasik orang komen. Samada ko jenis tak dapat terima kenyaatan ataupun takut takde sekor umat komen status anda walaupun update status pat blas baris. Cover malu baik punya, tarak kasik orang tulis kalu.. Amma..~

Mr. and Mrs. Like
Ni jenis mengelikeee je khojenye.. Orang peknen dia like. Orang menang loteri dia like. Orang cirit birit dia like. Orang yg tukar status 'Married' to 'Single' pon dia like..?

Dewata Bahagia
Ni pulak yg pesen muncul sebagai pengomen bila bila masa orang post status ke gembira-gembiraan. Dia akan menumpang2 bahagia serta riang ria.. Komen dia penuh kata2 shweet lagi manis bak gula gula choki choki..

Jin Afrit
Ni berlawanan dari kategori di atas. Bila tang orang suka2 hati, orang macam ni tak nampak batang muka. Time orang tulis menda2 sedih lagi berhati parah dan dan la muncul si markonah di ntah dari mana. Siap bagi kata2 nasihat yg buat hati orang yg tercalar bertambah menanah!

Imam Muda Mark Zugebeg & Ustazah Pilihan Gaga Ulala
Pantang orang tulis bab2 ugama lagi kerohanian sket, tu dia... Ntah dari celah mana tubik la komentar2 berhadis siap2 nas nas sahih dari kitab2 ulul azmi. Yang selama ni diam mencatuk yg aku ingat dah lama bersara dari dunia hullahoop rangkaian sosial tetiba je tunjuk dakwah yang salah keretapi. Kalau betul takpe le jugak. Ni sama naik dengan orang gila isim tepi jalan. (emo sikit disini sebab menyampah tahap mughalazah).

Diam-diam ubi berisi.. Diam2 FB senyum sendiri
Dalam bahasa cyber cafenya adalah silent reader. Keje dia bacaaaaaaaaaa je update orang, komen orang, pujian orang, makian orang. Nak balas, sumeeee dalam hati je. Nak marah ke, nak sokong ke, nak keji ke, sumeeee depan PC/notebook/Ipad/Iphone/Blackberry/Blueberry/Strawberry jam sahajer..

Sinis sinis si tompok cili, lagi sinis nak kena cili..
Hok ni bangsa komen nak bikin panas je.. Pantang ada status yg sensasi sket, cepat2 la dia komen kasik orang naik panas.. Ni pon jenis untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Hanya muncul di ketika2 status terpilih ada sahaja.

Sahabat sejati dunia akhirat
Aku post status, ko komen. Ko komen, aku update status. Aku tag ko, ko tag aku. Ko share aku, aku link ko.

Wartawan hiburan meja makan
Atau saya panggil psychotic.. Ni bangsa skodeng status orang sebab nak jadik modal cerita time makan. Sasterawan negara ya jugak. Sebab nanti orang tulis 4 patah je, diolah jadi 100 patah perkataan dengan 5 perenggan.

Makan situ sana sini
Ni macam awok je ni.. Awok memang gemor la tulis ari ni makan mende, ari ni masak mende, ari ni beli lauk mende.. Pastu gemor la skodeng gambar2 lauk pauk yg di post kawan2.. Especially yg baru2 kawin tu kan.. teruja gitew nak nengok gambor lauk2 seperti ayam masak kicap jalen kalau-takde-saya-pon-tak-lalu-makan, sardin riang tirana, telur dadar suami sayang dan nasik putih sesuci lebaran.

Kipasan Ananda Krisnan
Amik gambar dengan duit disusun indah seperti kipas Baba Nyonya, dengan senyuman paling menawan Colgate gunakan tanpa was was. Takpun tabur2 duit kat katil dan terbaring persis Shashi Kapoor berguling di kelopakan bunga bersama Sharmila Tagore. Dah cukup berahi gambar2 itu, pastu pakat2 tag orang sana sini dengan status- Jutawan dalam Masa 3 hari! Kalau saya tipu sila amik kipas syiling dan pelangkung ke kepala saya.

Usahawan muda dan tua pon ada
Ni masuk FB sebab nak carik pelanggan je.. Sayer sokong je sebab sayer memang suka orang2 meniaga ni. Lagipun best apa beli belah di FB walaupun kena bayar faedah dengan harga yg boleh dapat sehelai anak tudung dari pasar malam.


Yang seterusnya tu tamboh sendirilah ya.. Macam2 bangsa la pendek kata kaum2 FB ni. Tinggal nak tapis dan melalui proses menggrade jer.


Suka entry ini? Sila like hehe...

Tuesday, August 23, 2011

Bleghh..!

Expressed by Noorita Yusof at 7:38 AM 0 thoughs.. Links to this post
Heran.


Cukup2 heran..


Masih ada di dunia ni orang yg tak sedar diri.


Diri sendiri ada 1001 kekurangan.


Tapi keburukan orang lain juga yg jelas dimatanya..


Pelik.


Sangat-sangat pelik.


Masih banyak manusia yang memang suka penyibuk hal orang.


Masih lagi nak kepochi urusan orang lain..


Hey, Go Get a LIFE!

Friday, August 19, 2011

Merecuns dans bungers apie...

Expressed by Noorita Yusof at 2:50 PM 2 thoughs.. Links to this post
Ari tu pas bukak posa kat umah kakak ipar, budak2 ni pegi la main bunga api kat luar sementara mama dan papa memasing sibuk tengok Datuk Lee Chong Wei ngan Yang Berbahagia Lin Dan compare2 peluh sapa paling banyak turun kat TV.

Point kat sini bukak peluh sapa paling tumpat, tapi bunga api sapa paling meratap.

Tell uols, malam tu budak2 ni main bunga api hok kaler merah tu yg ada belerang kat dalam tu 2 ikat. Satu ikat adalah pat ringgit je, bukan pat posen! Kau.. Kemain la eksited tak tehingga budak2 ni bersuka ria dengan bunga2 api tersebut. Dia tak tau dulu jaman jaman mak bapak derang, bunga api berbelerang inilah yang menjadi pilihan terakhirrrrrrrrrrrrrrr sekali untuk dilayan. Sebab paling murah lagipun..

Ingat tak bunga api mana yg saya  utarakan nih?

 imagine - satu ikat genggaman si Mua'z rege dia pat hengget?!


Tengok rupa luaran sama kan macam dolu2 nye tapi dalaman ya astaga nye ampes. Dulu sebab murah kan so dapat beli byk2. Punyala boring main menda ni sehingga memacu ke arah kreativiti. We all patah patahkan letak kat lantai simen then nyalakan terus jadi wooshh!! cam mercun u... at least... macam la mencabar kans..

Tapi bunga api merah ni zaman skang punya la lembik lagi lemah lembut mak ai.. bukan kata nak patahkan,  pegang je boleh terkulai layu di tasik madu? Apakah? Pastu tempat yg ada belerang tu kan punyala pendek.. Nak tau skala pendek dia cemane? Kan biasa  la budak2 kan main bunga api beserta tak lain tak bukan lagu tema dia "Selamat Hari Raya" lagu si Saloma tu kan. Baru je nyanyi "Selamat..." then bunga api abis! hahaha... terpinga2 la budak2 ni sebab baru nak start kunci lirik dan padam ekkeke.. Kalau dulu, kau cucuh pastu lari keliling rumah nak nyanyi  lagu Selamat Hari Raya dari awal sampai abis pon boleh haha. Siap boleh sambung ngan lagu DJ Dave lagi hehe (macam ada bau2 hauta sket di sini).


Pastu kan, takde pastu dah. Tu je bunga api yang ada. Tak puas kalu, sila main mercun hebat di abad ini.

Tidak berbahaya, baik utk  kesihatan & gerenti jari masih cukup sepuluh lepas main nih.


So abis kisah zaman kehari rayaan budak2 zaman skang. Now saya nak kongi mengongsi nostalgia bunga bungi api di aildilfitri time mama papa dia plaks.

Dulu, seawal2 Romadhon al murabarak dah carik bunga api dah Senah oi.. Sebab? Ni la dia galang gantinya yg dijanjikan oleh ibu bapa buat anak2 mereka yg gigih berpuasa. Jadi tiap2 hari beli, boleh la bakar duit tiap2 malam tak gitu? Pastu ada jugak simpanan hari muka. Tak lain tak bukan  mestila simpan kaw2 untuk  malam kemuncak iaitu malam tujuh likur..Tanya budak skang bila malam tujuh likur? Malam tengok You Saka Pergi Jauh2 tau ler..

Dulu kan kat meja tukang jual bunga api kemain la meriah uols... dari sekecik2 mercun, sepanjang2 bunga api sampai setinggi mercun das ada. Siap tanglung macam2 aneka wajah  lah. Lani meja tukang jual bunga api berkeluasan 1/18 kaki persegi je. Tu pon menyelit sebelah brader jual air tebu ataupun sebelah pakcik murtabak bawang je penuh tapi daging tarak. Mata melilau kiri kanan atas bawah takut kena ambush hehe..

Walaupun penuh meja dengan bunga2 api yg menggamit, tapi ibu bapa saya telah menetapkan hanya boleh  main certain2 bunga api dan mercun sahaja. Yg lain? Cuba la mintak kalau nak rasa kena jentik telinga.Sebab tu la kot jari jemari I masih lengkap dan runcing seperti janda Khairul Fahmi kan ehhe (abaikan menda melalut ini).

1) Bunga api satay. Satay ayam lagi sodap..
Amacam? Ada kenal? Dulu ni la bunga api idaman kalbu. Sebab? Dia adalah panjang dan mengeluarkan kaler2 hijau, kuning dan merah. Sungguhpun asap dia kalah asap fogging nyamuk aedes, tapi ianya adalah  best.






Andai takut dilambung lemas asap, jangan berumah di tepi bunga api ini..






2) Bunga api kucing
First skali it wasn't me yg tulis I FOUND THEM tu. Memandangkan gambar adalah dicilok dari blog sapa2 hasil capaian google image, jadi redhakan aja. Lagipun mood mengcrop adalah tidak muncul ketika ini. Jadi kita biakan aja expresi teruja ini sebab saya pon eksited gak bila jumpa gambar nih.
So bunga api kucing adalah very the terbaik kau memang da boom sebab hasil bunga apian yg keluar tu adalah cantik. Memancar2 macam ada star2 walaupun terasa2 memercik di tangan.



Gitew.... Cantik bukan...











3) Bunga api belerang (ni nama I kasik hehe)
Dulu bukan macam handle merah macam gambar kat atas je ada, handle biru pon ada taw.. Pas main handle2 sekalian kita biar je bersepah kat laman rumah. Menyapu adalah ditegah sebabnya nanti esok bila tengok balik akan tersengih sendirian mengenang keseronokan. Nostalgik ke tragik..
Disamping menjadi pilihan terakhir sebab murah gila, skali main sampai pegang2 dua2 belah tangan, pastu satu tangan sampai ada 2-3 batang. Punya la kan nak cepat abis ekekek..







4) Ngecun Dah (atau bahasa wilayah persekutuannya Mercun Das)
Biasanya ada 2 jenis. Yang panjang ngan pendek. Hati memang la meronta nak yg panjang tapi ibunda bagi green light yg pendek je. Ok, ciri2 keselamatan masih diambik berat la kan.. Tapi biasanya saya tukang beli je (ops not me, my parents. lembu punya susu, kerbau dapat nama la plak ehe). So yg tukang cucuh adalah bapak sedara yg hensem nama dia Pok Joe or adik lelaki saya bila dia dah tiba di muka bumi ini dan sudah ada keting keras baru layak.

 Cara main dia camni. Kena tala nunn ke langit  pastu akan keluar bedil2 satu persatu, berdas das. Sebab tu panggil mercun das. Kalau mercun ni kuat nangis tu nama dia mercun Devdas.


5) Mercun gasing
Satu-satunya mercun agak 'ganas' yg abah saya bagi main. Satu paket ada 6 bijik. Satu malam 2 bijik je leh main.
Jimat berjimat amalan mulia gitu kans..








Camnilah gasing ni berputerrr.. Cantik kan.. pandai orang ni amik gambar..hehe. Syarat (ada syarat.. macam Tiga Abdul la plak) nak main game ni adalah kena  main kat permukaan licin macam simen. Kalau main kat rumput kalu, ko tunggu la mercun gasing ko jadi mercun congkak.






6) Mercun roket
Start main mercun ni masa adik saya dah pandai main2 mercun. Sebabnya? Kakak dia mmg penakut pait ngan mercun ni.









Cara pasang dia macam ni tau puan2... Seelok-eloknya taruk dalam botol, cucuh then wooshhh dia naik atas. Jangan cucuh macam bunga api satay tu je.. Kelak anda2 semua yang hangus macam satay jadiknya hehe..













Masa arwah atuk saya (yang saya panggil Ayah) ada lagi, ni la mercun kegemaran dia.
Hamik! Mercun KongSi KongSi KongSini... Dia akan lerai satu2 pastu pasang sambil baling2 kat ayam. Ada unsur2 kejam disitu tapi adalah comel wahai ayah.. :)

Pendek (nyaris nak type pundek tadi -_-") kata tu  je lah mercun n bunga api nostalgiaku.
Anak2 saya sekarang mewarisi 1% peratus je sebab takde jual sangat dah. If ada pon mahal macam telur penyu harga dia. Baik beli telur penyu, boleh gak buat makan2 hehe..

Bila dah kawin, baru la brani tengok (tengok ya, bukan main) mercun bola. Dulu Encik Hubby saya suka  la main mercun ni masa kitaorang dok kat 17th dulu. Tengah2 malam karang dia pasang pastu lepaskan dari tingkat kitorang. So sampai bawah POMM!!!. Kalau ko tak dengar alarm kete bunyik, tak dengar baby nangis, tak dengar pakcik Muthu maki hamun dalam bahasa Urdu mmg tak sah!

 Mercun bola yang telah banyak meragut nyawa jari jemari kanak2 khususnya jugak bukan kanak2 amnya..
(apsal dah jadi macam artikel Karam Singh lak ni. Cuma tangan je tak naik nih)



Rumusan?
Budak2 dulu adalah bertuah dan budak2 sekarang adalah kesian... Kwang Kwang Kwang..

 Mana nak dapat open table macam ni dah skang ek..?


Thursday, August 4, 2011

Posa dulu dan kini..

Expressed by Noorita Yusof at 1:40 PM 3 thoughs.. Links to this post
Dulu

- Yang sebenar benar dan sejujur jujurnya saya start pose betul2 tarak tipu punya adalah masa darjah 6.

- Dah la kadang2 tak posa (okla salu tak posa). Muka selamba dek pegi makan kat kantin bersama kawan2.

- Satu satunya makhluk yang boleh mencabar kewibawaan poser saya adalah tembikai potong kaler merah juicy tak hengat terlentang dalam peti ais.

- Dulu masa kecik2, bila tak tahan sangat, bedal tembikat sepotong pastu balun megi sebungkus. Dah kenyang, 5 minit kemudian, menyesal. Ma ni pon satu, yg pegi potong timun cina siap2 tu kenapelah...Yang aku ni pon satu. Yang gatal2 pegi jenguk peti ais bulan2 ramadhan tengah2 hari buta tu sapa suruh?

-  Kuih yg paling dicintai masa bulan pose adalah kuih Hasidah. Tak jumpa kat mana2 muka bumi lagi selain KT. Kuih dia sempoi je. Tepung gandum lembik2 ada bawang goreng. Tapi adalah very the high!

Ini dia kuih 'high' tersebut..

- Minuman wajib waktu berbuka dulu2 adalah air tembikai potong2 dadu dalam air gula. Sedap nak pengsan!

- Takde kegiatan sapa tak poser tak boleh buka sama2 orang posa kat meja. Kalau buat macam itu kalu, ibu dan bapa saya nanti buka berdua2an sahaja. Mana ada adik lagi time tu. So tak meriah.. So, mereka tidak kisah akan dakyah ini hehe..

- Lepas berbuka, ikut Chek pegi terawikh. Lagi feel ikut orang tua terawikh dari ibu bapa sendiri. Sebab? Tak dapat dipastikan.

- Bila tiba je malam tujuh likur, main bunga api sampai tengah malam dengan kazen2. Tapi tiada pula kejadian terputus jari, tertanggal tangan dan sebagainya.


Kini

- Skang posa tak posa rasa sama je. Kadang2 buat keje sampai tak makan. Jadi posa secara tidak siaran langsung.

- Jarang la dapat proper2 buka poser kat meja mengadap lauk. Biasanya kunyah kurma sambil teguk air kotak sambil memegang stereng dan meredah jam belantara.

- Kalau kat rumah pulak, sempat makan kurma je dulu. Yang penting, anak2 kena kenyang dulu. Suap mereka siap2 baru la turn kita nak membedal ke apa pastu.

-Takde kaedah menghitung hari posa sebab tak sempat hitung2 tau2 dah habis dah bulan posa.

- Dulu eksited gila pilih baju tapi kini baju sendiri last skali. Baju2 anak2 dulu yang penting. Kita pakai baju tahun2 lepas pon tak kisah.

- Kadang2 macam takde beza bulan posa ke tak posa. Jiran2 tetangga masih tiada  mengamalkan amalan mulia bertukar2 juadah di petang hari dan sebagainya. Masih dengan sikap aku dan hal aku ko hal ko la hokey?

- Menu buka posa tak abis2 murtabak, tepung pelita. Hasidah tarak..




Kesimpulannya, tanya la sapa2 pon, zaman posa masa kecik is still the best!

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Expressed by Noorita Yusof at 12:10 AM 1 thoughs.. Links to this post
Ramadhan tiba lagi..

Dulu setiap kali bulan posa je excited gila! Bukan eksited apa, eksited sebab dapat balik kampung dan beraya bersama2 sepupu sepapat yang punyala ramai nye umat. Gamat.. Dan disebabkan tu jugak my darling hubby asyik nak balik Ganu je tiap2 tahun. Sebab? Kat kampung dia (JB kampung ke) dah takde budak2 bergamatan dan takde tangan atuk nenek nak dicium. Sudahnya, 6 tahun kawin, 5 kali dah raya kat Trg hehe.. Sekali je raya kat JB tu pon saya sukarelawati pujuk dia nak raya sana.. Konon nak rasa la kan suasanana riang ria di hari raya..

Tapi Ramadhan 2010, telah menyaksikan Ramadhan yang paling sedih dalam hidupku.. Ramadhan di mana nendaku pergi..

Masuk tahun ni, dah 2 kali kami beraya tanpa arwah. Happy tu happy la. Tapi macam tak lengkap. Macam makan nasik takde kuah, macam minum milo takde sudu, macam makan ayam goreng takde sos..

Biasanya pagi2 raya sume siap cepat2 nak berkumpul rumah Chek, nak cium tangan dengan pipi dia.. Pastu bergambar ramai2 - acara wajibalghunnah setiap tahun. Tapi since last year, macam tak tau nak kumpul umah sapa. Last2 kumpul rumah makcik, amik gambar gak tapi, masih ada yg kurang..

Tiada lagi nasi dagang.
Tiada lagi laksa Terengganu kuah putih, kuah merah.
Tiada lagi nasi tu nasi ni.
Tiada lagi duit raya yg setiap kali nak bagi mesti dikorek di celah baju dalam dia :).
Tiada lagi pelukan dan ciuman dari pipinya yang sejuk...
Tiada lagi pertanyaan itu ini. Keje macamana. Makan kat KL macamana. Jaga budak2 macamana.
Tiada lagi cerita jiran sebelah, cerita sepupu saya dah beranak lagi sorang, cerita anak sedara yg jatuh motor, cerita biawak masuk bilik air, cerita kucing beranak lagi 6 ekor, cerita itu cerita ini..
Yang penting, tiada lagi baju kain sepapan sekaler yg dipakai oleh semua kazen2 lelaki termasuk la adikku dan anak lelakiku.. Sebab dia yg jahit sume. Ya semua ya.. Tahun ni saya bet, sume mesti berangoli la kalernye..

Sunyi.

Suami ada. Anak2 ada. Ibu bapa ada. Kawan2 ada. Tapi Chek tiada.

Chek tak sama.

Dulu kalau nak call Chek, kena pastikan set masa betul2. Sebab sekurangnya kena spend masa stengah jam, paling koman la tu. Ceritanya tak berkesudahan.. Ada2 saja celotehnya.. Pernah masa saya tido kat rumah dia, dengar cite dia sampai tertido. 3-4 pagi, tak abis2.. :)

Dulu, setiap kali balik kampung, sampai je mesti kena jumpa dia dulu. Kalo tak, siap. Menjawab la ko..

Setiap kali nak balik KL smula, kena jumpa dia last skali. Setiap kali saya nak kasik dia duit belanja, mati2 dia tanak. Sampai kena selit kat lokasi feveret dia.. Mana lagi, baju dalam la haha..  (Jangan main2, baju dalam dia ada zip ok hehe).

Kalau nak list, mmg byk yg kehilangan sejak dia takde..

Tapi saya akur dan faham.. Fitrah kehidupan. Akan ada yg datang dan pergi..

Buat nendaku yang tersayang, Che Zaharah, Ieta sayang Chek sangat2.. Dunia akhirat..
Semoga tenang di sana... Al-Fatihah...




Salam Ramadhan buat semua..

Wednesday, July 13, 2011

Reminder

Expressed by Noorita Yusof at 12:20 AM 0 thoughs.. Links to this post
Oh lamanya tak menjengah blog tersayang.. Makin tebal sawangnya.. Makin tangan bangku rasa..

I actually takde menda sangat nak tulis. Ok ekceli banyak tapi sebab terlalu banyak so tak terkeluaq plak skang.

Just nak renew top 10 reminders to my self:-

1) Still, don't easily put your trust on people. Only one people can be trusted - yourself!

2) Do not easily buka cerita dan sembang2 petang pada orang lain. Some of them is very the manipulator. dan pengulas sukan tegar. Sat gi cite balik kat orang siap nasik tambah berserta ajinomoto. Silence is the best! Toksah menjoyah sangat.

3) Sometimes (or most of the time) I will always able to track people's mistakes, salah, silap, keburukan, kenegatifan dan sebagainya but hey, it's my job! That's what I need to do. Yes boleh je wat wat tak tau, tapi nanti gaji adalah tak berkat. Tak berkat kalu, tak diredhai. So..?

4) Gossipers will be always gossipers. They just can't live without it. Jadi, pegilamamkatbelukarsana.

5)  Orang yg hati berkurang senang dan kurang wangi ni akan memancar2 auranya ke muka. So Ieta, remember, pelihara hati baik2.

6) Melayu memang ramai memilih utk transformers kepada tin biskut jacob gula kosong. Bunyi kuat kalu tapi tarak isi tarak guna la dey! --> Suatu peringatan tegas untuk diri sendiri. Try untuk top up biskut setiap kali nak abis.

7) Takde sapa yg boleh tolong diri kita selain diri sendiri (oh rasa macam baca kata2 perangsang dalam majalah Dewan Rakyat).

8) Try to 'let go' lelong2 2 singgit kawan2 yg dah terang2 penikam belakang. Ingat, berkawan lah dengan penjual minyak wangi, supaya kita pon wangi. Jauhilah si pemakan daging saudara sendiri. Daging ayam lagi best.

9) Keje bukan segalanya. Macam Carysse penah tulis kat FB, sapa anggap keje tu segalanya adalah budak nerdie dan tiada life, camtulah kot dia tulis. So Ieta, boleh tak jangan pikir pasal keje macam takde menda lain dah nak buat kat dunia ni?

10) Cuba jadi garang dan buat muka garang sket boleh tak Ieta? Suara tu kasik keras sikit takyah lembut2 sangat. Nanti nak register kursus bagaimana menggarang dan membengkengkan diri serta bermuka tawar.


Hmm tu je kot teringat wat masa skarang. Ada seratus lima puluh lapan point lagi tapi I will keepittomyself.
Ingat point  pertama. Sebab nanti boleh memacu kepada point kedua. Active pulak point keempat dan tak pasal2 kena hadap point nombor lima. Tok kose ai..


Ok kawans kawans.. Itu sahaja buat kali ini.. Ingat.. Manisnya kurma dan kismis itu... :)

Monday, June 13, 2011

:D

Expressed by Noorita Yusof at 4:33 AM 0 thoughs.. Links to this post
I am so proud!



Tuesday, May 31, 2011

Bila anak bujang majuk..

Expressed by Noorita Yusof at 6:59 AM 1 thoughs.. Links to this post
My lil' prince kalau merajuk...

Muaz : "Muaz dah tak sayang mama dah.."

Mama : "Yeke.. nape tak sayang dah.."

Muaz : "Sebab tak sayang.. Mama pegi longkang sama ujan.."

Mama : "Okie.. Nanti mama takde Muaz sorang2 k.."

Muaz : - Angguk -"

Mama : "Muaz buat susu sendiri k.."

Muaz : - Angguk -

Mama : "Muaz tido sendiri k.."

Muaz : - Angguk -

Mama : "Muaz shi shi sendiri k"

Muaz : - Angguk -

Mama : "Muaz basuk eyak sendiri k.."

Muaz : - Angguk -

Mama : "Muaz.."

Muaz : "Muaz sayang mama sikit je.."

Mama
:  :-)

Sunday, May 22, 2011

Kiddies Report Card

Expressed by Noorita Yusof at 8:18 PM 0 thoughs.. Links to this post
Yesterday adalah hari ibu-bapa-guru atau dalam kosa kata standard nya Parents Teachers Day..

Pagi gi school Mu'az and yeap what do you expect for an almost 3 years old kid kan..? Except buku2 yg diconteng2 kaler di sana dan sini ekeke...

Sang cikgu siap ada dalm 5 buah buku untuk ini budak kicik, buku jawi, buku math, buku english, buku bm and mind book tapi hasil dalam dia sume adalah sama. Kaler telinga sikit, kaler satu kelopak bunga, kaler tayar kereta sebelah dll haha.. Anyways, one thing dia kaler tak conteng..! I was like wow!!.. At least kan.. Karang dia boleh jawab soklan matematik tu mmg harus mama register sekolah Adi Putra sat gi hehe..

And komen kat report book - Very shy boy, quite (yea rite.! haha..), bersosial, creative dan lain2. (tak ingat doh). Alhamdulillah at least takde laporan seperti nakal dan suka tarik rambut kawan, suka conteng dinding, suka ludah dan jelir dan perkara2 lain yang meng-Astaghfirullahkan..




Dan abis school Mu'az petangnya gi school Sofiya lak. Ni lagi cuak sebab ada exam. And the best thing is teacher tak bgtau pon bila exam. Huwa..!! Apa la result anak aku tak stadi keras nih.. Lagi pulak hari dia exam tu cikgu kata dia datang lambat. Yeap, last week ada skali dia datang lambat sebab dia sakit perut. Kol 9 baru pegi antar.. Mana nak tau hari tu ada exam.. uhuk uhuk.. Cian anak mama struggle agaknya.. :(



Saat itu sudah tiba! Bila teacher present markah Sofiya we're like ha..???

She got 2 papers with 100% marks and 2 more papers yg score more than 90%! Without intensive revision on the nite before yg buat aku cuak tuh! One of the paper yg 100% adalah bahasa Mandarin ye kawan2. Mandarin!

And the teacher said dia cam tak caya la Sofiya score sampai 100 kan mana tau tiru kawan2 cina dia ke. Then dia buat personal checking with Sofiya, tanya balik soalan sume and ternyata anak saya ini mmg tau bahasa cina. And among the non Chinese student my girl is the best! Mama so proud of you girl.. :)

So skang Sofiya dah jadi my personal teacher for Mandarin language. Boleh la faham sikit2 kalau orang borak2 (sikit je ye.. banyak2 kalu wo pu che tao..). Kira Ing, Ek, Sang, Sek sampai She' pun dah hafal dah.. Haha cewah bangga la konon kan.. Dapat belajar bahasa ketiga hehe..

Now we're considering to send her to Chinese school.. Ok tak agak2 huh..?

Monday, April 18, 2011

:)

Expressed by Noorita Yusof at 10:23 AM 9 thoughs.. Links to this post
Smalam abis je Sports Day Sofiya ingat dapat la singgah restoran best2 nak lunch kan. Memandangkan dah lebih kurang pukul 1 lebih dah time tu.

Me : "Pa, awak dah lapar lom ek. Nak terus balik ke apa?"  (Dalam hati menyimpan harapan konon2 nak  makan luar la kan).

Mr. Hubby : "Hmm kita tak la lapar bangat. Tapi kita balik je la. Awak masak." (Damn..)

Me : "Ha..? Masak.. Ala.. Ayam keras lagi la.." (Ala. Malas nye nak masak huhu.. Penat..)

Mr. Hubby : "Takpe kita boleh tunggu.."   (Damn.. Damn..)

Me : "Tapi cili kering takde. Cili padi pon tinggal sikit. Santan pon.." (Ajak makan nasik kandar please.. wink wink..)

Mr. Hubby : "Ok kita singgah Giant dulu beli menda2 tu." (A.I.S.E.H!!)

Me : "Hmm... Okla........."


Singgah la supermarket segala beli apa yg I claim abis tu segala....
Then masak la dengan muka muncung patbelas. Menu: Ayam Padang & Goreng Kacang Panjang.
In 1 hour (sungguhpun lauk adalah 20 jenis, tapi ayam adalah keras ok.. segar dari freezer) saya siapkan lauk kat meja.


Me : "Pa, dah siap.. Meh la makan.." (Suara mendatar abis la sebab tension kan. Laki aku ni takde hati perut langsung la.. Penat2 suruh gak masak uhuk uhuk..)

Mr. Hubby : "Hmmm... Sedapnya bau... Ni la dia hidangan dari syurga...."

Me :  :)    (Ok, segala penat lelah hilang dalam satu saat..)

Friday, April 15, 2011

Senduk senduk Fifi.....

Expressed by Noorita Yusof at 9:51 AM 3 thoughs.. Links to this post
Dah lama ekceli saya skip Panggilan Hangit kat Hotfm tu. Bukan apa rasa cam bosan la plak.
Rasanya dalam 5 call, 4 dah tau dah sapa yg call. Pastu blakon2 pretend2 terkejut la pulak. Clue? Bila awal2 lagi dah tanya ni sapa from mana.. Pastu bila dah tau kena panggilan hangit, terus tanya sapa yg kenakan dia. Kaedahnya nak nama pengena dan dikena tu berkumandang di udara.. Hek eleh..

Ok2. Tak semua la kan.. I kan macam Raja Petra. Suka ati mak bapak sedara saya nak tulis apa kat blog pastu tak ngaku point kat sapa hehe..

So panggilan ari ni saya dengar sebab yg tukang hangitkan orang tu adalah Fifi si senduk sotong hehe..
Nak gak dengar dia menggatal ngorat orang kan. Tapi belum abis dengar saya tukar station lain sebab rasa mamat tu macam tau je. Si Fifi ni pon satu, ada ke ngaku nama dia Fifi. Sebut la nama Maria Mariana ke, Maria La Usurpadora ke.. Ni Fifi satu Mesia tau tu si Wak AG kan.. Appada..

Makanya point sebenar saya nak cite ni bukan pasal sotong ke, kerang ke atau ikan siakap. Tapi kisah nyah atau nama manjaan - noks noks ni ngorat jantan kan.

Sapa jantan tu? Adalah orang paling rapat ngan saya, sapa lagi kalau bukan boyfriend aka tunang aka suami saya kini..

Tak tau lah tang mana ke hebatnya, tang mata ke istimewanya Mr Hubby ni sampai selalu jadi tumpuan aweke2 berhalkum kita ni. Dulu masa couple, kalo gi jalan2 dan lantas berselisih dengan 'awek2' ni kan bukan they all melirik kat haku tapi menyengih kat boifren ku..?? Apakah menyengih pada yg kau ada apa yg aku ada..??

Kalau takat sengih tu boleh lagi. Ni sengih dan mengekori?! Derang macam tak peduli la saya kat sebelah kan, dia tau dia nak menggedik jugak. Yg Mr Hubby pon satu. Makin kena ikut, makin galak dia dok gelak sebab kelakar katanya. Time tu kelakar la kan. Tapi bila sampai tahap makrifat berikutnya..? Tak ke naya..

Lagi menjadi2 masa Mr Hubby penah masuk majalah pelam tu lagi sensasi tu. Apalagi kalau bukan majalah Mangga zasss... Don't ask me how and how the pose was tapi adalah memang menarik2 awek2 halkum kita ni menjadi histeria (la kot). Punyala banyakkkkkkkkkkkk surat cinta dia dapat. 40% je dari perempuan tulen ya.. Selebihnya..??? Sendiri mau ingat... Dan kalau dah namanya awek halkum, kasik lak surat cinta kat marka halkum jugak, apa kes...?? Harus la ada ayat2 sensual seperti "Adik suka tengok dada abang yg bidang.. Kalau baring kat situ bestnye...", "Saya nak call abang boleh? Nak jugak dengar suara abang yg merdu tu" (mana kau tau merdu tak merdu?), "Yaya suka tengok mata abang, menikam kalbu..", "Boleh tak nak amik kanda jadi abang angkat dinda...?" dan macam2 seribu satu patah ayat2 muntah darah yang lain lagi lah. Belum kira yang siap pos gambar. Yang hado...!

Saya masa tu geli tu geli jugak. Tapi saya mengencouraged dia utk balas. Nak gak tau apa progress kan haha.. Tapi Mr Hubby cakap jangan cari nahas. Betul gak hehe..

Bukan kata orang kirim surat. Reporter yg bertanggungjawab menyeret Mr Hubby ke lembah kemempelaman ni pon 2x5. Boleh di tengah2 pagi yang hening dia sms Mr Hubby ajak teman outstation pegi Kelantan. Kesunyian takde orang teman katanya (ewah..?).

Dah masuk alam pekerjaan dan dah kawin pun aroma penarikan masih ada kat dalam diri dia. Ada pulak rakan sekerja ajak tido rumah.. Ingat niat suci ada tersemat di situ tapi bila sms seterusnya menyatakan bilik dia kosong sebab kawan sekatil (sekatil ya. diulang. SEKATIL) balik kampung dan sekarang takde kawan, ha kau jgn nak mengada2 ya. Karang kena rogol sapa susah..??

Rupa2nya kan baikla kita susah hati boyfren kita or laki  kita kena ngorat dengan seorang gadis atau mak janda sekalipun takpe. Ianya adalah normal.Tapi jika dia dingorati oleh kaum sejenis, perasaan geli dan ngeri tu berganda2 I tell you. Takut..... Tapi yang penting empunya diri tu kena kuat iman la kan. Karang terjerumus Nauzubillah..

So nyah.. Boleh pandang pandang.. Kenot pegang pegang ya... ;)



"Hi abang... Ngorat la saya ngorat la ngorat la..."

Tuesday, April 12, 2011

Disney on Ice 2011 - Worlds of Fantasy

Expressed by Noorita Yusof at 5:01 PM 0 thoughs.. Links to this post
Adalah terlambat mengupdate.

Last last Sunday we went to our so called annual kids fun time. Apalagi kalo tak Disney on Ice time..!!! (Sapa yg excited ni aku pon confused).



So mari kita biarkan gambar berbicara.



I'm ready!

Payah nyer nak amik gambar budak ni. Asyik lari sana sini!


We're ready!
 
 Main character for this year - Little Mermaid, Cars, The Lion King & Tinkerbell


Host - Mickey Mouse and Friends...


Cars..


Little Mermaid & kawan2


The Lion King


Intermission - Makan2 dulu..


Tinkerbell


Masing2 dapat upah baru la nak balik..



Post Mortem:
- Still tak dapat menandingi Disney on Ice Princess Wishes last 2 years. Show, character, props sume2 lah.
- Kali ni tok ma budak2 join. Dah namanya ada orang senior join kan sume kena lengkap serba serbi. Daripada makanan sampai ke persediaan kencing berak baju spare, sluar spare, jaket takut sejuk, plastik takut muntah, minyak angin takut sakit perut, blah blah sume cukup lengkap!
- Makanan saja dah boleh bawak pegi berkelah dua hari dua malam - nugget, sosej, fries, ciken wing, roti cekelat, oreo dan macam2 makanan kedai koperasi sume ada dalam beg. Tunggu ngaps je.
- Sofiya dah besar kan so dah pandai mengenjoy. She very excited from beginning sampai abis. Lebih2 time mermaid kuar.
- Mu'az macam takde perasaan. Diam dan makan je keje dia.
- Dah dekat nak abis baru Mu'az bukak mulut - "Mama, mana Hantu Kak Limah tak kuar2 ni..?" Nak, orang dah sampai ke Hollywood, apakah masih setia bersama Mamat Khalid?? Adalah sungguh sambal belacan anakku yg seorang ini..
- Dah abis show harusla kena beli ole2 buah tangan kan. Nasib budak2 tak merapu nak mainan bukan2 yg mahal macam bedil tu. Harusla saya beli ole2 yg paling murah harganya - coloring book yg berharga RM15 sekeping sahaja. SAHAJA ya!

Friday, April 1, 2011

Yearly headache (bcoz too excited!)

Expressed by Noorita Yusof at 2:16 PM 2 thoughs.. Links to this post
Mr. Hubby nye birthday is just around the corner!

And saya macam biasa masih tercari2 hadiah apa yg the best nak kasik dia kan.

Jom semak checklist sat.

2000
Body shampoo dalam botol shape dumbbell. (sebab dia tengah menggila bina badan time ni)

2001
Patung popeye. (sebab lengan dia gemuk cam lengan popeye the sailorman.. tut.. tut..).

2002
Buku ada quote love2. (sebab dah start nak berjiwang).

2003
T-shirt berkolar kaler kelabu (pilih sama2 ngan ma & abah. jadi ciri2 hadiah adalah kebapaan sket).

2004
Wallet yg ada ukiran nama dia (nak tunang kan. wallet kena yg jenis ada byk ruang2 sket. hehe).

2005
T-shirt fit kaler creame (sebab seksi).

2006
Buku motivasi (sebab masing2 kena pandai motivatekan diri sejak dua menjak jadi parents kans).

2007
Belt (sebab tak tau nak kasik apa dah).

2008
Magic trick set. Punya la setahun kasik hint nak menda ni kan kan kan.. (Mr Hubby terer buat magic woo.. Setaraf David Blind! hehe).

2009
Pakej spa (Sejak dua  menjak berbisnes ni, penat je manjang. Kasik la chance manja2 diri sket..)

2010
Sling bag & kek shape burger, homemade punyah!

2011
??


Jadi 2011????

Masih mencari2 hadiah yang the best.

Tapi ari tu ada tanya dia nak apa utk birthday kali ni. Jawapan dia senang je.

"Kasik kita duit".

DUIT..?

"Sebab kita nak beli buku".
"Nanti resit dia kita kasik kat cayang balik. Boleh dapat refund income tax kan".

Wednesday, March 30, 2011

Lagu riang ria..

Expressed by Noorita Yusof at 4:30 PM 1 thoughs.. Links to this post
Minta maap la kalo entry saya akhir2 ni balik2 pasal topik pagi Hotfm. Kalo takde idea cengginilah rupa dia.
Dah tua la katakan. Idea tak sehebat proton macam dulu2 lagi. Masa pon dah limited dah.. Klias bukan..?

Topik pagi HotFM pagi ni masih menarik macam biasa (tiba masanya untuk HotFM bayar saya sebagai freelance promoter nih). Tajuk pagi ini yg memanggil2 ku untuk mengedial tapi tak jadi sebab tengah posa telefon radio adalah Lagu-lagu Yang Anda Ingat Masa Subject Muzik kat Sekolah Dahulu Kala..

Dengar je topik ni lantas terpancul satu lagu secara semerta di ingatan. Memang terbaekkkk la lagu tu. Tapi before nak share lagu hit yg menduduki carta lagu riang ria sekolah tu, terlebih dahulu saya nak share pasal info cikgu2 yang penah ajar saya subject Muzik ni. Besalah saya.. Saya kan suka tokok tambah.. kuikui...

Darjah 1
Harap  maaf sebab tak ingat langsung. Agaknya cikgu dia tak best kot sebab tu tak ingat.. Hehe.. (Salahkan cikgu la plak kan. Walhal mmg banyak makan semut).

Darjah 2
Cikgu Sazali!! Cikgu muzik yg hensem dan baik dan saya sangat suka cara dia  mengajar. Saya masih ingat, alat muzik yg besi tiga segi tu pastu pukul kasik bunyi ting ting tu. Tak pon yang macam ketap2 ketam kaler merah biru tu. Tu je yg Cikgu Sazali bagi saya peluang main. Memang tahap tak reti main alat muzik yg lain hehe..

Darjah3
Masih Cikgu Sazali. Masa ni mmg rapat close dan berbaik2 la ngan cikgu sebab dah mula berjinak2 dalam kegiatan seni kan. Agaknya sebab kecik lagi dah menari2 ni jadi macam agak comel kot jadi Cikgu Sazali suka je nak layan2 saya. Maafkan saya atas aksi perahan santan di sini. (*perahan santan =  perasan hehe..)

Darjah 4
Cikgu Sazali dah tak ajar dah :(. Ganti ngan cikgu cina nama apa dah tak ingat dah. Penat saya mengetuk otak tapi still tak ingat2. Ee.. kalau tak bleh cari kat facebook kan. Tapi cikgu ni memang sporting binti talented habis lah. Segala koir, nyanyian solo, nasyid (Yeap!. N.A.S.Y.I.D) sume dia pegang. Saya masih ingat masa pertandingan koir kan, semestinya cikgu cina ni tukang main piano, baju koir kami kaler biru tua ada gambar triangle2 kaler kuning. Pastu ada reben besaq punya kat kiri kanan bahu. Abis bangga la tu time tu. Abis contest siap pakai baju tu pegi bersiar2 ke Pasaraya Hock Kee Seng. Sampai naik haus kaler baju tersebut. Pastu bila pertandingan nasyid lak kan, dah namanya nasyid kan, mesti la tenaga2 pengajar sume ustazah ke paling kurang pon cikgu melayu. Tapi tiba2 ada cikgu cina dan penolong nya cikgu india, ditambah pulak berskirt pendek di kalangan wanita berjilbab labuh, harus la ada terbit perasaan ingin menyorok di bawah kerusi kalau boleh, kata cikgu cina dalam hati. Nasib baik la tak menang, kalau menang?

Darjah 5
Cikgu Bahrain yang hitam hitam si tampuk manggis, makin dipandang bertambah manis.. Saya tak ingat cerita2 lain tapi saya ingat satu kejadian je. Masa tu ada ujibakat utk pertandingan nyanyian. Sudah lumrah saya nak masuk apa saja pertandingan ketika itu (pertandingan berkhatan je takleh masuk. Kalo boleh lama dah kot ekeke). Kebetulan la pulak masa turn saya tu, saya nampak ada seorang jejaka yg suka usik saya pon datang sekali. Malu la pulak kan.. Air muka dan control ayu kena la jaga. Terus lintang pukang lirik tak ingat sana sini. Apa lagi terus kena bantai. Cikgu Bahrain cakap "Orang kalau nak masuk pertandingan menyanyi kena la dari jenis yg 24 jam nyanyi je keje dia. Takkan lupa lirik punya. Baru layak!". Oh pedihnya..

Darjah 6
Tak ingat gak. Mesti samada cikgu tak kacak, tak best, tak seksi mahupun memboringkan.


Jadi, berbalik kita pada topik asal. Ala biasala kan.. Intro kena jauh panggang dari api dulu. Baru konar balik tajuk sebenar. Baru la Fadhilah Kamsah sket hehe..

Jadi lagu apa yg paling saya ingat masa kecik2 dulu..?


Semestinya....

Ada seorang budak,
Namanya Ah Meng,
Dia juga berkawan namanya Muthu,
Kami berkawan baik, sama sedarjah,
Bermain, belajar, bersama-sama,
Hey, Hey, Hey,
Hey, Hey, Hey,
Tiga sekawan....
Hey, Hey, Hey, 
Hey, Hey, Hey,
Tiga sekawan....

Dulu2 kan buku latihan muzik tu yg garis2 belah bawah dan ada ruang kosong belah atas utk lukis2 kan. Dan saya masih ingat lagi lukisan time tu.


Tuesday, March 29, 2011

Bibir mungil lagi segar, baru laki suka kejar.. hihi..

Expressed by Noorita Yusof at 11:58 AM 3 thoughs.. Links to this post
From my previous post, one of my reader, the gorjes Mas Putri ada advise saya supaya jangan pakai Vaseline utk lembabkan bibir. Sebab takut bibir jadi hitam katanya.


Maksud saya, untuk bibir sahaja. Utk anggota2 lain selain bibir kecuali rambut, mata, lubang hidup ect ect tu boleh je pakai.. hehe..


So, alternatif...?

Saya masih tak dapat cari the best lip balm yang dapat mengatasi masalah kekeringan bibir tahap tak seksi cam Angelina Jolie ni, until I met....






And so far this is the best!

Monday, March 28, 2011

Takyah tukar kasut sebulan skali dah.. Mungkin 2 kali sebulan pasni kuikui...

Expressed by Noorita Yusof at 3:43 PM 2 thoughs.. Links to this post
Adakah anda masih ingat dengan issue ini..?

Nampaknya sudah ada penyelesaian drastik!





Kan senang kalau simenkan segala dari awal2 lagi..


Sekian, Karam Kapal Singh is King melaporkan..

Wednesday, March 23, 2011

Kenangan si manis 17

Expressed by Noorita Yusof at 3:50 PM 3 thoughs.. Links to this post
Topik Hotfm hari ini sekali lagi menggamit2 ku utk mengecall tapi insiden semalam nye pasal kan, saya rasa saya akan berpuasa call hotfm topik pagi utk sebulan akan datang ekeke.. Yeap! Yesterday I was on air - the "I'm talking to you Mira!"'s caller. Enuff.. Tanak pikir2 dah.

So topik ari ni pasal kenangan masa darjah 5 bersempena dengan pengambilan result SPM yang berlangsung pada hari ini. (Apsal ayat aku bunyi macam buletin utama nihs).

Jadi apa yg boleh saya ingat apsal memori form 5 saya..

- Kelas saya nama dia 5P1, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman yang best lagi negeri cantik budaya menarik (kasik up la sket hehe).

- Satu2nya kelas campuran Science+Commerce. So sapa dok dalam kelas ni boleh menghalakan diri menjadi doktor, engineer, accountant, auditor, peserta raja lawak, pemidato dan sebagainya.

- Lebih dikenali sebagai kelas VPONE.

- Memegang anugerah kelas terbersih setiap minggu, berturut2, sepanjang tahun. Sampai orang dah naik bosan masa cikgu nak announce masa perhimpunan. Sume dah boleh agak. Ala.. Macam Siti yg asyik2 menang je kan.. Menang kena boo, kalah pon kena boo hehe..

- Cikgu yang mempunyai vokal paling kuat mengalahkan petir di langit adalah cikgu account kami, Cikgu Haizan. Cikgu paling best adalah cikgu math, Cikgu Azmi. Cikgu add math pon best gak, sebab dia je ajar yg boleh buat saya faham. Lagi satu yg saya ingat pasal cikgu add math ni kan dia ni wanita bertudung labuh. Dia penah pesan kat saya, kalau couple tu kena selalu beringat. Jangan bonceng2 moto. Nanti kalo tak jadi kawin orang2 akan bercakap - "Tula anak dara yg dah kena usung ke hulu ke hilir tu.." Saya memang ingat ni insyAllah sampai mati. Terima kasih cikgu.

- Tabiat saya lepas time rehat saya suka beli ayam goreng pastu taruk dalam poket untuk dimakan di kala2 lapar. Buruk pe'el betulla.. Huhu..

- Hampir 3/4 pelajar dalam  kelas ni ada nickname masing2. Pacat, Pocek, Mat Gam, Potet dan macam2 Po lagi lah.

- Sume ahli kelas adalah gila2 lagi kacang hantu, tapi result peksa? Terbaek!!

- Desk mate saya ada 3 orang. Belah kiri Nora Fasha binti Mat Som. Saya dok tengah2. Belah kanan Nurul Syahida binti Mohd Noor (Masih ingat nama penuh sekali binti ya). Dok depan Nor Azida, Farahaida, Nadiana. Belakang saya Tg. Norhazatina, Nor Kamila ngan Dalila. Boleh ingat sume? Hebaknya rasa..!

- Fasha pernah argue dengan cikgu BI sebab cikgu tu pernah memperkecil-kecilkan (walaupun si Fasha ni mmg kecil molek orangnya) kawan saya ini.

- Wan Shaadah adalah sangat cantik sebab kacukan Malay-Perancis. Sume pakat2 nak baik2 ngan dia sebab kakak dia adalah Wan Khadijah, ala model dan pelakon terkenal tu. Prof Razak suka amik dia blakon hehe.. Tapi awas, sekali Shaadah bukak mulut, habis ko. Mmg tak terague!

- Nik Norziana atau Gee adalah seorang gadis genit alahai kecik kecik kuci2 lagi rendah... Tapi dia baru je dapat twin baby boy last month. Cayalah!

- Ketua darjah Tg Dazrol manakala penolong kelas adalah Syahida. Jawatan saya- ketua makan. Biasa.. hehe..

- Saya juga tau Dazrol ada hati sket kat Syahida.. oopps!

- Kawan kami, Azman telah kembali ke rahmatullah sebab eksiden. Al-Fatihah.

- Kawan kami jugak Yusrahimi telah kembali ke haha takdela. Yusrahimi ni adalah bapa perakaunan. Tanyalah apa sahaja pasal account, mmg dia adalah kamus akaun bestari bergerak. Tadak sapa boleh challenge.

- Tapi for Sains dan Sains Tambahan, no no no... Yours truely yang pegang ya. Best student for the whole year and SPM 97. Alhamdulillah..

- Anugerah pelajar paling tersangat tekun dan nota tulisan yang cantik gila babeng jatuh kepada Nuzul Akmal.

- Me and Syahida penah jadi kaunselor tak bertauliah dalam percubaan nak 'menyelamatkan' seorang kawan sekelas yg sipi2 nak terjebak dalam permasalahan cinta. Punya nak target sekelas mesti dapat Pangkat 1, so sanggup tuh. Susah payah nak kasik nasihat kat orang. Nasib baik la budak tu nak ikut hehe..

- Ada sorang gewe yang kacak tapi mulut simpan kat dalam poket. Anak orang kaya dan bawak kete sport pegi sekolah. Nama dia Farhan Hussain.

- Nadiana kecik2 lagi dah tunjuk bakat keusahawanan. Dia jual sabun muka bentuk rose yang wangi. Tujuan tak lain tak bukan bagi melicinkan, mencantikkan dan menjadikan wajah muda berseri (17 tahun mmg masih muda kot).

- Saya dengan best fren saya, Syahida suka sangat stay back lepas abis sekolah buat stadi group  mahupun mentelaah di library. Geli bukan..? Semestinya 2+1. Studating kuikui..

- Ada sorang budak tu dari Sekolah Sri Puteri, kena balik sekolah sini sebab kena reject sebab dapat 7A 1B masa PMR, dan B adalah maths. Skali dia pulun nak mati kan lantas mendapat aggregat 6 dalam SPM. Cayalah!! Sapa kata bersekolah harian biasa tak boleh dapat result hebak?

- Bukan dia sahaja, the whole class adalah pangkat 1 dan separuh adalah beraggegrat under 10. Class you all!

- Seteru utama pelajaran saya tak lain tak bukan adalah my best fren sendiri lah. We did it right, buddy. Both of us target under 8 and we made it!


Itu lah yg ingat setakat ni. Mungkin ada 5000 point menarik lagi tapi takleh  nak recall. Hingga kini kami masih berhubung walaupun dah lebih 10 tahun berlalu, even dah kemana hala beranak pinak dah segala. Bukti, we have our own FB - VPONE'97. I love you guys! I love VPONE!!

Friday, March 11, 2011

Khurafat - A Review

Expressed by Noorita Yusof at 6:34 PM 0 thoughs.. Links to this post
One fine tengah malam, me and Mr. Hubby akhirnya managed to watch Khurafat selepas beberapa kali percubaan yg asyik sahaja menemui kegagalan.
Sebab2 kegagalan: Nak tidokan anak pastu diri sendiri tertido sekali, bila dpt tengok Mr Hubby ajak tengok dvd2 lain dulu (prejudis terhadap cerita melayu terutama arahan Encik SyamsulYusofdepoyor), tak dapat nak chop dvd player sebab kena konker ngan anak2 (balik2 hantu kak limah) dan bermacam sebab kegagalan tak hendak seribu dalih di situ.

So last2 kami menonton kat notebook Mr. Hubby, kat dalam bilik. Sebabnya mula2 nak tengok kat bawah tapi Encik Papa mertua nak tengok bola plak dah. Karang kecuakan bola bertembung dengan ketakutan hantu adalah bersama dengan krohh krohh..

Setelah abis menonton, buat pertama kalinya kami memberi grad B+ dan sebuah decapan kagum pada karya seram pertama Encik Syamsul de' Jati ini. Bukan melayu sejati tapi..? Nanti la kita cite ya hehe..


Jadi, komen saya..?


1) Starting adalah orang mengusung keranda. Terus Mr Hubby komen -"Ala.. ni malas nak beli dvd kat pasar malam nih. Tiba2 dah kat tengah.." Saya pulak baru nak tunjuk muka kehampaan, sekali kuar la plak ayat2 apa di skrin. Oh rupanya intro la.. Ish.. Tak Hollywood betul la pemikiran.. Tengok la dulu ye tak. Belum apa2 dah berfikiran kondem hehe..

2) Saya ada satu kemusykilan - Johan (si Syamsul ni hero, nama dia Johan) ni keje apa? Attendant?

3) Garapan (fuh!garapan..) skrip adalah memang adik beradik kandung dengan cite Sembilu, Roda-roda Kuala Lumpur, Maria Mariana dan semualah cita2 Skop Production dan pemilik Restoran Haslam.

4) Para pelakon juga sudah diduga. Harusla ulang tayang pelakon2 dari Bohsia Jalan Pilih Jalan Hitam (ke kelam?), Roda2 KL, Gerak Gerak Gerak Khas, Sembilu the series dan orang2 yg sewaktu dengannya.

5) Skrip pertama yg kena kritik oleh kami sang pengkritik bebas:-
    Johan : "Mak, Johan nak pegi surau dengar ceramah. Dah lama tak dengar ceramah.." <-- SyamsulYusof? Ceramah? Wow!
    Mak  : "Baiklah (it's like, baiklah mama. Nanti Ieta beli roti dari kedai itu) Johan. Imam pon selalu dah tanya pasal Johan" <-- Imam tanya? Double wow!

6) Liyana Jasmay sebagai isteri adalah seperti budak baru lulusan SPM yg dah tak sabo2 nak menikah.

7) Harus ada adegan terkinja2 di dalam disko sambil meminum air teh o dalam gelas beer. Cuma babak unggun api je takde. Kalo tak, lengkap!

8) Lagi ketidak-boleh-blahan skrip issue - kena ada soalan yg jawapan sudah berterang terangan (Contoh: Kawan memabuk dengan kronik dan bermuka tension to the max. Lagi mau tanya soalan "Eh, kau ni kenapa? Ada masalah ke?"). Pastu kawan sebelah tukang jawab dengan panjang lebar siap sinopsis masalah. So penonton2 macam saya akan berkata "Ooooooo......".

9) Oh lupa, antara adegan mula2. Ada seorang pakcik kena rasuk ngan belaan sendiri. Instead of orang lain, Johan mendapat penghormatan untuk ikut Tok Imam tengok proses penghalauan hantu dengan muka yg cemas secara monotonous, manakala pelakon tambahan lain sila duduk tertinjau2 kat tangga rumah sahaja.

10) Hantu adalah mengusik secara bertubi2. Dari atas bawah kiri kanan, barat daya serta tenggara. Cemane muka hantu? Tak pasti sebab saya tutup muka huhu..

11) Cerita ini adalah secara tegar ingin audience memangkah makcik-tua-yg-satu-tempat-kerja-ngan-hero tu sebagai calon pencetus usikan hantu. Kesian dia tau.. Penat dia berbuat baik berpada2. (Oh ya, muka anak dia yg  mirip hero adalah sgt klias. Nak kasik lain sket mesti kena taruk spek mata la kan, gitew..).

12) Syamsul Yusof aka pengarah filem aka hero nama Johan adalah very the kayu jati yang terbaek.. Stok dari kayu balak tertua di benua. Lagi hidup watak kawan dia yg bawak van jenazah tu. Terhibur saya.

13) Towards the end, adalah the best part. Paling saya suka ketika babak pengimbauan. Ala bila tiba2 gambar jadi kaler kuning keburuk burukan tu. Paling best skalik tang dia sapu ubat guna2 kat Sabrina Ali tu, Ana ke apa watak dia. Lantas si Ana terus terangau dan memeluk hero tanpa sebab musabab.

14) Lagi terbaek tahap bukan cite Prof Razak Mohaiden yg wajib ada bunyi2 bodoh macam bunyi kuda kat dalam cerita dia adalah babak dia tak tau dia rupanya sang mayat yg terbujur kaku tu. Tak sangka kerana Syamsul pandai olah cerita dan lari dari tradisi filem2 melayu yg mana dari minit ke 6.25 tayangan dah boleh agak dah ending.

11) Dan adakah kerana kami mengeset otak ke paras terendah sebelum menonton filem ini, dan tiba2 ending dia adalah tidak menyangka, maka saya dan suamis sepakat menganugerahkan thumbs up kepada Encik Syamsul di atas karya dia yg boleh dikatakan best ini.

12) Tak kira la Mamat Khalid nak kutuk dia kaw2 dan Ahmad Idham nak libas dia cukup2 dan penonton2 intelek lagi yg cukup ramai di Malaysia ini, tapi for me it's a good start for him. Kasik  la chance wei..

13) Recommendation? YES for orang2 dewasa dan tua2, and a big NO NO for budak2. Mua'z sampai ngigau-ngingau 3 hari 3 malam  pas tengok cite ni.



Thursday, March 10, 2011

Honk

Expressed by Noorita Yusof at 2:50 PM 1 thoughs.. Links to this post
I wish to have a car honk yang berbunyi begini..

"Bagi signal la hoi! Susah sangat ke?"
"Woi jalan la! Dah hijau!"
"Kalo nak slow amik lane kiri la wei!"
"Laju  la sket wei! Tak guna ada BMW kalo bawak macam kete lembu!"
"Hey apa potong line ni? Blakang!!"

Okla, untuk yg paling universal skali la kalo tanak panjang sangat.

Dapat honk yg bunyi - "Bodoh!" pon cukup la.. As long as honk yg boleh berkata2 dan membawa maksud mendalam dari hati. Bukan setakat pon pon! Yang mana membawak erti "Hey bangang! Lesen kopi ke??" Yang  mana hanya boleh didengari oleh passenger2 di dalam kereta.

Alang2 nak maki, kasik la orang yg kena maki dengar skali!

So, engineer2 kereta sekalian, shall we..??


 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal