Tuesday, January 18, 2011

Unforgettable seram scene...

Expressed by Noorita Yusof at 5:34 PM 4 thoughs.. Links to this post
This morning HotFM ada topik mari mengingat scene2 seram daripada cite2 hantu yang pernah anda tonton.
Terpanggil (ceh terpanggil) pula saya utk mengongsi sebab call HotFM asyik tak dapat je. I mean I can get through tapi tak dapat cakap ngan Fafau, FBI ngan AG. Asyik2  Syed Faizal angkat, tanya then he said if they call back please answer. Means if they never call back sila aware yg cite kita tak best ekeke...

So from my side, apa yg saya boleh ingat adalah...
(Tajuk cerita adalah tidak mengikut susunan abjad, susunan tahun mahupun susunan ranking blockbuster. Hanya bergantung sepenuhnya pada susunan mana yg ingat dulu hehe).

Sutinah
Cite ni masa kecik2 cenonet dulu. Langsung tak ingat jalan cite tapi ingat satu je. Tulisan nama Sutinah tu. Ianya adalah kaler merah kengeri ngerian. Pastu Sutinah tu perempuan (of coz? takkan bapok?) yg pakai baju kurung kaler putih. Yang penting adalah seram sebab ianya ada muzik seram.
  
- Tak jumpa pic-


Setinggan
Ianya cerita bergenre kelakar tetapi mempunyai hantu2 di dalamnya. Paling takleh lupa ada hantu tu pakai suar sekerat lutut sebab hantu2 adalah berasal dari zaman Tanah Melayu kena serang Jepun kan.. Pastu ada scene Ibrahim Pendek bangun2 tido rupanya kat perdu pokok pisang or tengah2 celahan anak dara sebab kena angkat ngan hantu haha..

Setinggan (Lawak siot poster)


Misteri Rumah Tua
Yea.. Siapa yang tak ingat cerita ini bukan? Lagi2 80's baby seperti guek. Siapa yg tak ingat scene beranak kot mulut tu mesti ada sikit penyakit hilang daya ingatan haha..

Misteri Rumah Tua


Sundel Bolong
Ini adalah satu lagi cite antu tersohor.. Sundel Bolong-Suzanna, Suzanna-Sundel Bolong.. Kalo letak Fasha Sendat namanya Sundal Bolong. Opss! Ok berbalik pada cite Sundel Bolong tu. Bagi saya kan saya paling tak leh lupa part dia makan satay manyiak2 gilah pastu sume kuar kot itu bukan lobang hidung ah tapi itu lobang manyiak busaq kat belakang dia. Pastu dia hirup sup pon srushhhhh baeek nye kuar kat belakang gak. Dalam erti kata lain ni namanya hantu pembaziran ekeke..

Sundel Bolong


The Eye
Ni bila dah besar panjang sket la.. First cite seram ever tengok kat wayang. Paling takleh lupa scene ada apek tua dalam lift terawang2 giteww kaki dia. Scene biasa je kan tapi saya masih kah kau ingat ya.. I tengok cite ni dua kali kat wayang, dua2 ada orang kuar panggung time scene ini ya. Sila jangan perkecil kecilkan apek tersebut. Lagi satu scene kat hospital, yg tiba2 ada hantu perempuan tua bisik kat telinga heroin - "HO TONG NGAAAAAAAAAAAAAAA...." Bukti? Saya masih ingat ya kata2 tu sampai sekarang. Dengan gigih tanya kawan cina apa maksud dia. Kawan saya kata boleh jadi 2 maksud. If  "Hu Tong Nga" maksudnya sejuk.. If "Ho Tongg Ga" maksudnya sakit.. Gitu la kot. Ingat2 lupa dah eden. Tiba2 jadi mari belajar bahasa Mandarin la pulak kan..

The Eye


The Eye 2
Punyalah saya berdecap kagum dengan cite The Eye first jadi saya nak berdecap jugak tengok cite The Eye yang second. Hero lain (hero Thailand kot.. ensem kot..) heroin lain tapi tak kira lah.. Ok, scene yang tak leh lupa? Part yg heroin tengah tunggu cab ke apa, tiba2 ada jatuh 2 ketul orang terjun dari atas bangunan betul2 depan dia. Ibu dan anak. It's like PAP!!!! Terkapar kat lantai kepala darah2 and mata cam melilau sana sini. Dan perlu ke ada kata2 - "Mak.. Kenapa saya sakit mak.. Kenapa.." (Setelah dialihbahasa). Belum pon abis terkejut part tu, time heroin  masuk cab plak, tiba2 dia perasan dah ada orang rupanya kat tempat duduk belakang cab tu. It's a girl rambut panjang ditocang, tengah tengok kat luar tingkap.. Pastu heroin try pejam mata and bila dia buka balik NAH! tu dia! Girl tadi tengah dok merenung dia dekat2 tapi muka tarak. Just rambut je satu kepala depan belakang.. Huwaaaaaaaaaaaaa....

The Eye 2

Shutter
Apa lagi trademark cite Shutter? Of coz la part antu perempuan tu bertenggek atas bahu dia! Impact? Setiap kali saya lenguh2 bahu maka saya akan terbayang ada orang dok bertenggek atas bahu saya!

Shutter

Nang Nak
Kalo nak cakap pasal cite Thailand sampai tahun big bang pon tak abis2. Cite Nang Nak pulak saya tak leh lupa part dia terjatuhkan limau nipis ke apa pastu agak2nya dia malas nak turun bawah amik kan, dia adalah memilih untuk memanjangkan tangan dan mencapai limau tersebut.. Pemalas betulla..

Nang Nak


Ju On
Apa lagi kan? Of coz scene merangkak di tangga dan suara "aaaakkkkkkkkk" sang ibu antu..

Ju On



Mistik
Cerita seram Malaysia pertama yang lepas masuk panggung after Malaysia kena berpantang cite antu. Cite antu Malaysia je, cite antu Thailand ke omputih ke elok je lepas lembaga penapisan pilem. Ok dengan cerita ini saya bukan ada pengalaman seram, tapi pengalaman NGERI! Believe it or not, that time me and boyfren (skang hubby la kan) tengok cite ni kat panggung wayang GSC Mid Valley ok? Konon nak tengok la setakat mana kehebatan cite ni boleh lepas ke panggung kan. Memang awal2 dah di bear in mind ianya adalah cite Prof Razak tapi kita abaikan perasaan annoying itu demi maruah bangsa. Lepas je 20 min tayangan, saya rasa telinga saya dah 40% pekak. Cite ni patut letak tajuk Jeritan Meriah Beramai-ramai ataupun Mari Menjerit Sampai Anak Tekak Lebur ataupun Menjeritlah Sampai Kiamat. Jerritttttttttttttttttttttttttt je dari awal sampai akhir. Nak nak akak Rita Rudaini Posh Beck malaysia tu. Ya astaga.. High pitch gila kalah Celine Dion. Cukup 30 min tayangan, say babai to cerita seram Malaysia di panggung!


Mistik



Jadi apa scene seram anda?

Wednesday, January 12, 2011

Spam SMS

Expressed by Noorita Yusof at 11:08 AM 1 thoughs.. Links to this post
Tiba2 saya dapat satu sms..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
From: +628971586681
12-Jan-2011 10:49am


ini ayah lagi meminjam hp.kawan, sila beli keredit RM30, ke No, baru ayah 0178907102, ayah lgi ada masalah di pejabat polis, jgn dulu tlpn, nanti ayah yg tlpn. cepat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang dapat kita huraikan dari secebis message ini?

Ianya adalah tak lain tak bukan adalah bodoh piang jika anda dengan pantas beli kad prabayar dan hantar number dia kat si penghantar sms ini.

Kenapa?

1) Saya tidak memanggil bapa saya dengan panggilan ayah. Yang sebetulnya adalah tetttttttt.... (karang kalo tulis ada pulak yang pegi betulkan grammar before send pada saya lagi sekali).

2) Jika 'ayah' benar2 ada masalah di pejabat polis, nape tak pinjam je telefon polis atau kawan 'ayah' tu untuk call saya balik wahai 'ayah'?

3) Mana pergi 'ibu' saya bila 'ayah' dalam  masalah? Bukankah 'ibu' dan 'ayah' saya tak pernah berenggang?

4) Sila tilik message ini skali lagi..

"ini ayah lagi meminjam hp.kawan, sila beli keredit RM30, ke No, baru ayah 0178907102, ayah lgi ada masalah di pejabat polis, jgn dulu tlpn, nanti ayah yg tlpn. cepat."


Apa apaan tuh..?

Ngapaen ngak bilang dari tadik yg lok maunya keredit guek? Aduh... Ribut ributan deh..

Lain kali 'ayah', atau should we called you ibuk ibuk bapak bapak siapa yang punya anak bilang aku.., kalau nak menipu secara taktik kelas atasan sila belajar grammar betul2 dulu.. Nah, hantar lagi sms dengan penuh konfiden baru la orang tak gelakkan..

Jadi  kawan2, sila berhati2 ya.. Jangan gatal pulak nak kasik duit free kat orang2 macam ni. Instead of dia yg bods kita lak yg bods... okies..?

Tuesday, January 11, 2011

AJL 25

Expressed by Noorita Yusof at 5:38 PM 27 thoughs.. Links to this post
Sapa ada tengok AJL Ahad lepas?
A. Saya! Saya!
B. Tengok la kejap mula2, pastu tido la lagi bagus!
C. Tengok 5 minit, FB 5 minit. Pastu tukar channel jap then tukar balik nak nengok Faizal Tahir.
D. AJL? Apa barang tengok AJL. Baik tengok drama bersiri Putera Katak!

So jawapan saya adalah E. Tengok, pastu tak tengok kejap sebab tidokan budak2, then tengok balik sampai abis.

Disebabkan saya ada gap apabila menonton jadi saya tak dapat la memberi kritikan lanjut. Sikit2 bleh la..Sayugia diingatkan, takde paedahnya nak amik berat sangat pasal AJL2 ni. Bukan membina minda pun. (Heh, saja la kan berlagak konon diri bermotivasi tinggi. Padahal dalam hati ada taman astakona).

Jadi kita mulakan dari awal la ye kawan2..


1) Yuna- Cinta Sempurna
Sebelum apa2 saya nak mintak maaf pada fan2 ahkak Yuna kat luar sana. Saya bukan tak suka Yuna, sukaaaaa. Suara dia sedap.. Lagu dia sedap... Taaapi, bila dengar lagu Yuna kat radio tangan jadi fully automatic tukar frekuensi lain. Tidak dapat dipastikan sebab apa. So samalah di sini, bila kuar lagu Yuna saya gi basuh berak Muaz.

2) Tomok - Berlari
Ok, Tomok adalah not bad.Sungguhpun masa dia jadi penyanyi New Boys dulu saya adalah salah seorang manusia yg suka ejek2 dia sebab dia kunun cute nak mam pastu digilai anak remaja pulak tu kan. Tapi lepas dia menang sejuta tu jadi ok la plak mamat ni. Saya juga suka lagu ini dan lagu2 Tomok yang lain jadi saya akan katakan best pada persembahan ini. Persembahan sahaja ya. Jadi juara tak berapa boleh kot. Ko tak dengar FT melalak lagik..! (wah sedap2  mulut kau je ek mengata.)

3) A.P.I/ Loque - Pelita
Rasanya saya tidak pernah mendengar lagu ini sebelum ini. Taktau pon koliborasi ke apa. Jadi bila lagu ni kuar, again saya gi dapur makan aiskrim. Abis makan tengok2 lagu tak abis lagi. So layan la, sempat la tengok bila lagu nak abis tu drummer dia melompat gi depan untuk join sama2 kena tembak terbaring piu piu dush..!


4) Shahir - Kebahagiaan dalam Perpisahan
Sungguhpun ada fenomena Shahir masa dia menang AF ari tu, tapi saya tidak berapa nak heran (bukti? AF brapa dia menang pon saya tak ingat). Even terserempak di pasar malam pun saya membuat dono sahaja dan menggelakkan makcik2 yg bertungkus lumus nak amik gambar dgn dia. Tapi, buat pertama kalinya saya rasa Shahir ni cute gila la plak malam tu? Adakah kerana gigi besi sudah tiada? Ternganga saya dari mula sampai abis persembahan.

5) Black & MUH - Drama King
Lagu ini telah menggamit perhatian saya dengan penuh. Sebab? Sebab saya suka lagu ni dan saya nak Black menang.






6) Hafiz - Noktah Cinta
Saya pun suka lagu ni jugak jadi saya tengok jugak dengan penuh tidak berganjaknya. Ianya adalah best dan saya adalah suka. Tak kisah la ko nak pengsan ke nak mati ke nak kena angkat ke, saya tetap suka jugak.

7) Ana Rafali - Tolong Ingatkan Aku
Tolong la ingatkan aku yg aku memang kenot go dengan lagu ini dari awal2 lagi. Tak pernahnya dengar lagu ni betul2 kat radio. Dengar bunyi petikan gitar je akan jadi sama nasib la dengan lagu Yuna tu. Pi tukar cari lagu yang rancak2 segar sket. I betul2 takleh la lagu ni takleh takleh. Jadi bila lagu ini adalah menang?? AJL 25 adalah kenot go at all!


8) Faizal Tahir - Selamat Malam
Sekarang sudah menginjak ke pukul 10.30 samting malam. Jadi tiba masanya untuk saya mengucapkan selamat malam pada tv (berat hati toksah cakapla). Namun saya harus menjadi seorang mama yang bertangunggjawab sebab nak kena tidokan anak2. Esok nak gi sekolah kan. Jadi tidaklah menonton lagu ini. Kat youtube pon malas nak cari pada keesokan harinya. Kalo lagu Shahir, saya sanggup cari - eh?!


9) Adira - Ku Ada Kamu
Tak tengok sebab tengah menepuk anak2 + tak minat Adira.







10) Bunkface - Extravaganza
Masih menepuk anak. Tiba2 budak2 ni nak suh nyanyi lagu Jingle bell Jingle bell la pulak kan). Tido la cepat mama nak turun tengok tv nih..






11) Black - Sofea Jane
Saya memang minat Black. Even dia adalah tidak ensem macam Shahir (heh), tak putih cam Shahir (ok dah dah), tapi suara adalah sedap dan adalah humble sungguhlar.. Jadi saya tetap sokong Black even dia nyanyi lagu Sofea Jane ke, Sheila Rusly ke, Abby Abadi ke...



12) Faizal Tahir - Hanyut
Sekonyong2 semua orang cam kecoh dan bergempak sebab derang kata Faizal berenang2 ke tepian la pulak masa perform lagi. Envy sungguh pada yg tengok secara live sebab saya masih dok layan budak2 kat atas. Namun untuk tidak ketinggalan, saya gagahkan cari kat youtube pada keesokan hari dan dapat la tengok. Ala.. Setakat record lemas pastu naik balik dengan rambut basah kucing Pussy cat pon boley wat. Tapi power  la gak idea tu. Heh, bunyi cam anti FT, takdelah, tak anti pon. Just kadang2 rasa dia cam poyo sket, tapi opss! Dah menang kan, ok la tu..

13) Stacy - Jahat
Puan Noorita adalah sangat suka lagu ini. Setiap kali kuar radio (tak abis2 cite pasal radio. Well, radio adalah kadar ukuran suka tak sukanya pada sesebuah lagu) Puan Noorita akan nyanyi sama2 dengan Stacy sambil menggoyang goyangkan badan. Kenapa Puan Noorita suka lagu ni? Sebab Puan Noorita boleh melalak melepaskan segala beban di dada.

14) Hujan - Mencari Konklusi
Anak2 baru je tido dan saya dengan penuh bergegasan turun. Skali dah lagu last la pulak.. Pulak conclusion plak tu. Dah la tak berapa nak layan. Okla, tengok je la sebab nak nengok result.






Then the persembahan dari 3 supernovas..

I can smell dagu botox masak lemak, masak kurma cucuk bibir & sup hidung pelik here..

 
Ziana Zain adalah power. Suara I mean.

Hajjah Dato' Datin Siti Nurhaliza dengan fesyen tudung eh tak eh nya. - Eh! Dia pakai tudung ke tak tu? Eh! Dia pakai selendang la buat macam rambut..








And the result..???

Persembahan terbaik :  Hanyut (Faizal Tahir) - Tak sia2 berenang kan..
Vokal Terbaik : Noktah Cinta  (Hafiz) - Ingat Black dapat. Okla, as long as bukan Adira then takpe.
Nombor 3 : Noktah Cinta  (Hafiz) - Lagu Ajai kan, mesti sedap nye.
Nombor 2 : Drama King (MUH & Black) - Apa? Lagu ni no 2? Okla, maybe Sofea Jane nombor 1 kot.
Nombor 1 : Tolong Ingatkan Aku (Ana Rafali) - Tolong ingatkan aku berkali-kali bahawasanya yang memilih lagu ini adalah juri2 professional seperti Andy Flop Poppy dan Acis bekas pemain keyboard kumpulan Gersang. Jadi sila jangan cakap banyak.

Selamat Tahun Baru 2011 (still..?)

Expressed by Noorita Yusof at 1:24 PM 0 thoughs.. Links to this post
Hari ini sudah 11hb Jan 2011 dah saya baru terhegeh2 hendak menyenaraikan wawasan di tahun baru..
Maafkan di atas kelembaban ini..

Memori 2010
Family:
- Anak masih kekal 2 orang dan belum ada cita2 nak tambah ya. Kasik chance depa manja2 dulu dan poket tebal sikit la kan..
- Kehilangan arwah tok yang sangat dikasihi. Sangat sangat sedih dan masih terasa hingga kini.. Al-Fatihah  buat arwah chek tersayang.. :(

Apples Bakery:
- Berusaha memperluaskan empayar (empayar hokey) menerusi cabang lain. Ada plan yg sepatutnya dijalankan pada pertengahan tahun akan tetapi terpaksa dipostpone oleh kerana berpindah tempat kerja. InsyaAllah jika ada rezeki akan dilaksanakan tahun ini atau tahun depan. Doa2 kan ya..

Arena gila glemer:
- Masih meneruskan kegedikan di arena permodelan. Tawaran masih ada (Alhamdulillah) dan menjadi cover Aniqah utk bulan Feb 2010. Not a big deal kan but for me it was. Bak kata lagu Billionaire, "I wanna be a cover of Forbes magazine, smiling next to Oprah and the Queen...". "I wanna be the cover of Aniqah magazine, smiling next to Siti and Shahir.." Nge....

 Career:
- Career <-- cheh! bunyi kena mantap kan.. haha.. Tapi Alhamdulillah rezeki ada, naik pangkat la sikit.. sikit je belum jadi GM lagi pun..
- Dah jadi permanent staff. Terjamin la sikit dunia. Akhirat belum lagi..


Macam dah tak ingat dah apa benda lagi. If ada will tambah kendian..


Wawasan 2011
Senang - Ingin menjadi yg lebih baik, lebih maju, lebih kedepan dari segala aspek. Tu je. Amin..



So kawan2.. Di harap belum terlambat untuk saya ucapkan...


Wednesday, January 5, 2011

Percubaan untuk membunuh diri..

Expressed by Noorita Yusof at 6:01 PM 0 thoughs.. Links to this post
Semalam balik kerja dari kejauhan dah nampak akan langit kumolonimbus hitam pekat serta merembeskan petir dan guruh guruhan. Dan minyak dah tinggal sikit ingat nak wat aksi stunt la main redah je. Konon macam sempat.

Skali tiba di Federal Highway....


 Inch to inch plus bumper to bumper and dikit berdikit jam...


Dan tanda aras minyak..


Mula2 rilek lagi sebab seingat saya, suami berkata kalo kat merah tu boleh gi pergi dalam beberapa kilometer. Ungkapan'beberapa' tu adalah suatu ketidakpastian ditambah saya tidak lah reti sangat bab2 anggaran kilometer jalanraya ni. Jadi sudah ada nada2 cuak sikit di situ..

Dan jam semakin menggila. Kete tak gerak langsung. Plan asal nak singgah pump minyak kat Hartamas sambil di dalam hati menyumpah2 kenapa gedik sangat la tak isi  kat Cyber tadi.

Jam bertambah gila. Dengar radio katanya ada banjir kilat kat Hilton. 

Current location : Federal Highway dari arah barat daya Mid Valley. Baru lepas exit ke Taman Desa.
Keadaan tong minyak : Sesak nafas menuju ke arah nazak.
Keadaan jam : Memang gila nak mams nye padat.
 
Solution plan 1:
Redah je, amik Kerinchi Link and isik minyak kat Hartamas.

Risiko:
Kalo la sempat sampai. Kalo tak sempat naik Kerinchi Link pon cemane? Ada lagi 2 sport maut nak dilalui - dari current location sampai exit Kerinchi Link & turun Kerinchi Link sampai exit Hartamas.

Akibat berkaitan:
Mungkin minyak abis di tengah jalan dan:-
- Bukak hazed light dan menjadi model di tengah jalan.
- Call Mr. Hubby tapi bagaimanakah nak hantar minyak di kala jam nak mams ini?
- Jalan kaki pegi cari stesen minyak terdekat? Tapi kena tinggal kete pulak. Kalo orang curi?
- Selak kain sket tahan sapa2 nak tumpangkan pegi stesen minyak terdekat? Kalo la ada orang nak layan, kalo sume bo layan?
- Dok je dalam kete layan radio sampai abis jam +  menambahkan lagi keadaan jam sebab kete kita terpacak kat tengah2 jalan?
- Nangis dan meraung menyesali diri.


Solution plan 2:
Ada satu lencongan ke kiri masuk Jalan Klang Lama. Keadaan adalah 2x5 kemampusan di dlm jam. But at least keluar dari highway. Kadar kebarangkalian adanya stesen minyak adalah tinggi sedikit.

Risiko:
- Akan amik tindakan berbahaya kuar dari lorong kanan terusssssssss ke susur kiri kuar highway.
- Mungkin akan sesat ke mana hala since ada tulis pegi Puchong jugak. Mana tau sampai balik ke Cyberjaya. Takpe tido je situ takyah balik.
- Mungkin kadar jam situ lagi gila bab sampai urat kaki putus.

Akibat berkaitan:
- Jika jam adalah gila, sila aware yg akan sampai rumah pada pukul 10 malam.
- Baru berangan nak singgah pasar malam Seksyen 17 - hey! ada hati lagi nak pikir pasal makan?
- Dan macam2 lagi serabut serabai dalam kepala.


SO??


Saya decided nak pilih solution ke-2. Dengan pantas penuh it's now or never nye terus je pulas stereng dan masuk Jalan Klang Lama diiringi ungkapan Bismillah dan bacaan ayat2 kursi serta doa Nabi Yunus supaya dilepaskan dari segala kemelut.

Dan tu dia......... 

Jam adalah lima kali lapan gila tapi takpe. Redah je since dah pilih jalan kelam itu.

Tak berapa lama kemudian...


Nampak tak apa saya nampak??



Apa? Tak nampak???




Ha skang nampak?? Tula namanya stesen minyak atau dalam erti kata lain Kebahagiaan! HORRAYYYYYYYYYYYYY!


Seperti terserempak dengan makanan apabila lapar dan jamban apabila sakit perut...


Terus isi minyak kasik penuh disebabkan fobia punya pasal.


And...........



Back to battle! Tapi at least hati sudah ada sikit kelegaan juga.... :)





Notakaki: Sampai umah pukul 8.30pm waktu Sri Gombak.

Monday, January 3, 2011

Anak2 yg sekolah mak bapak yg cuak..

Expressed by Noorita Yusof at 3:05 PM 2 thoughs.. Links to this post
1st entry on 2011!! Happy New Year everyone...!!
(Blog pasal NY resolution dan sejarah2 2010 akan menyusul kendian..)


Pagi ni terdengar la satu perbualan di Radio Era. Era bersiaran dari sekolah Pandan apa ntah pagi ni sempena hari pertama persekolahan..

PakNil : "Ha... Kita tanya adik tahun satu kita ni.. Apa nama adik..?"

Budak tu : "Polan bin Si Polan" <-- Tak ingat sebab dah kuar ikut tinga kiri.

PakNil : "Macamana perasaan masuk sekolah baru hari ni?"

Budak tu : "Seronok!" <-- Teruja yg bukan dibuat2.

PakNil : "Nape seronok tu?"

Budak tu : "Sebab dapat belajar & jumpa kawan baru". <-- Kasik highlight sket sebab ini adalah tujuan yg disemat di dada bersebelahan dengan name tage besar gila pada tahun 1 ya. Pada tahun2 berikutnya motif utama akan bertukar pada nak cari kawan berlainan jantina yg spesial baru..

PakNil : "Bagus... Dulu tadika kat mana?"

Budak tu : "Kat Smart Reader & Kelas Fardu Ain apa ntah"  <-- Kelas fardu ain apa ntah pon ikut sama kuar ikut telinga kiri sebab teruja dengan jawapan pertama itu.


Smart Reader..

Inilah budak2 sekarang... Kalo dulu tanyala budak2 darjah satu mana pon jawapan derang adalah very the 1 Malaysia.. - Tadika Kemas.

Skang adalah seperti Smart Reader, Qdees, CIC, GCC, Tadika Montessori, Little Caliph, Little Aulad, Twinkle Tots, Twinkle Twinkle Little Star dan bermacam jenis sekolah2 yang hebat2 dan berprodukan budak2 yang tau membaca seawal 4 tahun!

Dan parents, sume berlumba2 nak bagi yg terbaik utk anak2 tersayang termasukla diri ini kan. Biar bergolok bergadai takpe. Biar tak dapat nak beli perfume DNKY yg latest pon takpe. Asalkan anak kita tak ketinggalan. Biar masuk darjah 1 akan rasa alamak kacang putih nye soalan peperiksaan ini. Sambil korek idung pon boleh score 98 markah. Kalo tak korek?


Moral of the story : Padan la budak2 skang dapat score sampai 21A (Ke ada lg yg lebih? 38A maybe? Termasuk sejarah Peleolitik dan Neolitik serta kajian kenapa Karam Singh Walia maki melayu di kala mabuk?).

Moral of the entry : Budak2 dulu lagi hebat kot sebab dengan berbekalkan hanya tadika kemas boleh je jadi angkasawan negara.

Motif tulis entry ni : Terasa sedikit emo sebab anak dara saya 1st day pegi pre school. Sedih sebab anak dah besar dan tak boleh dicium dan digomol sesuka hati lagi. Nanti kena marah.
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal