Wednesday, January 5, 2011

Percubaan untuk membunuh diri..

Expressed by Noorita Yusof at 6:01 PM
Semalam balik kerja dari kejauhan dah nampak akan langit kumolonimbus hitam pekat serta merembeskan petir dan guruh guruhan. Dan minyak dah tinggal sikit ingat nak wat aksi stunt la main redah je. Konon macam sempat.

Skali tiba di Federal Highway....


 Inch to inch plus bumper to bumper and dikit berdikit jam...


Dan tanda aras minyak..


Mula2 rilek lagi sebab seingat saya, suami berkata kalo kat merah tu boleh gi pergi dalam beberapa kilometer. Ungkapan'beberapa' tu adalah suatu ketidakpastian ditambah saya tidak lah reti sangat bab2 anggaran kilometer jalanraya ni. Jadi sudah ada nada2 cuak sikit di situ..

Dan jam semakin menggila. Kete tak gerak langsung. Plan asal nak singgah pump minyak kat Hartamas sambil di dalam hati menyumpah2 kenapa gedik sangat la tak isi  kat Cyber tadi.

Jam bertambah gila. Dengar radio katanya ada banjir kilat kat Hilton. 

Current location : Federal Highway dari arah barat daya Mid Valley. Baru lepas exit ke Taman Desa.
Keadaan tong minyak : Sesak nafas menuju ke arah nazak.
Keadaan jam : Memang gila nak mams nye padat.
 
Solution plan 1:
Redah je, amik Kerinchi Link and isik minyak kat Hartamas.

Risiko:
Kalo la sempat sampai. Kalo tak sempat naik Kerinchi Link pon cemane? Ada lagi 2 sport maut nak dilalui - dari current location sampai exit Kerinchi Link & turun Kerinchi Link sampai exit Hartamas.

Akibat berkaitan:
Mungkin minyak abis di tengah jalan dan:-
- Bukak hazed light dan menjadi model di tengah jalan.
- Call Mr. Hubby tapi bagaimanakah nak hantar minyak di kala jam nak mams ini?
- Jalan kaki pegi cari stesen minyak terdekat? Tapi kena tinggal kete pulak. Kalo orang curi?
- Selak kain sket tahan sapa2 nak tumpangkan pegi stesen minyak terdekat? Kalo la ada orang nak layan, kalo sume bo layan?
- Dok je dalam kete layan radio sampai abis jam +  menambahkan lagi keadaan jam sebab kete kita terpacak kat tengah2 jalan?
- Nangis dan meraung menyesali diri.


Solution plan 2:
Ada satu lencongan ke kiri masuk Jalan Klang Lama. Keadaan adalah 2x5 kemampusan di dlm jam. But at least keluar dari highway. Kadar kebarangkalian adanya stesen minyak adalah tinggi sedikit.

Risiko:
- Akan amik tindakan berbahaya kuar dari lorong kanan terusssssssss ke susur kiri kuar highway.
- Mungkin akan sesat ke mana hala since ada tulis pegi Puchong jugak. Mana tau sampai balik ke Cyberjaya. Takpe tido je situ takyah balik.
- Mungkin kadar jam situ lagi gila bab sampai urat kaki putus.

Akibat berkaitan:
- Jika jam adalah gila, sila aware yg akan sampai rumah pada pukul 10 malam.
- Baru berangan nak singgah pasar malam Seksyen 17 - hey! ada hati lagi nak pikir pasal makan?
- Dan macam2 lagi serabut serabai dalam kepala.


SO??


Saya decided nak pilih solution ke-2. Dengan pantas penuh it's now or never nye terus je pulas stereng dan masuk Jalan Klang Lama diiringi ungkapan Bismillah dan bacaan ayat2 kursi serta doa Nabi Yunus supaya dilepaskan dari segala kemelut.

Dan tu dia......... 

Jam adalah lima kali lapan gila tapi takpe. Redah je since dah pilih jalan kelam itu.

Tak berapa lama kemudian...


Nampak tak apa saya nampak??



Apa? Tak nampak???




Ha skang nampak?? Tula namanya stesen minyak atau dalam erti kata lain Kebahagiaan! HORRAYYYYYYYYYYYYY!


Seperti terserempak dengan makanan apabila lapar dan jamban apabila sakit perut...


Terus isi minyak kasik penuh disebabkan fobia punya pasal.


And...........



Back to battle! Tapi at least hati sudah ada sikit kelegaan juga.... :)





Notakaki: Sampai umah pukul 8.30pm waktu Sri Gombak.

0 thoughs.. on "Percubaan untuk membunuh diri.."

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal