Monday, February 28, 2011

Dialog Sri Gombak - HKLBR

Expressed by Noorita Yusof at 9:38 AM 8 thoughs.. Links to this post
Impak HKLBRM yang masih belum berkesudahan..


Siang
Sofiya : "Mama. Ni siang kan."
Me : "Yes, sayang."
Sofiya : "Kalo tak siang apa ek?"
Me : "Kalo tak siang, jadi la malam."
Sofiya : "Bukan la mama, bomoh siang (siam) la.."
Me : - Terpaksa memberi kuliah akan bezanya siang dan siam-

Malam
Me : "Ok sayang, baca doa dulu sume before sleep."
Mu'az : - Recite bismillah, doa sebelum tido & Al-Fatihah tanpa byk soal-
Me : "Good boy.. Along?"
Sofiya : "Mama, kalau kita tak baca doa kan, nanti hantu kak limah tido kat sebelah kan?"


Friday, February 25, 2011

Buktikan kehantuan anda!

Expressed by Noorita Yusof at 3:28 PM 0 thoughs.. Links to this post
Whoever closed to me, whoever yg ada dalam my FB friendlist mesti tau saya ini adalah jenis hantu apa.

Bukan hantu kak limah balik rumah dia yg sepah gila macam tempat kucing beranak tu eh.

Tapi.... HANTU KFC!

Sejak bila : Sejak pandai makan makanan pepejal.
Sampai bila : Sampai bila-bila.
Tahap kehantuan : Sampai ke tahap tiap2 hari, 3 kali sehari boleh makan KFC.
Yeke, bukti lain? : Kalo tak dapat KFC (contohnya hujung bulan, lokasi semasa jauh dari outlet KFC, kena marah ngan laki sebab takut kolestrol tinggi dsb), dapat ayam goreng pasar malam pun jadi.

Ditambah pulak KFC skang ada buat pomosen ni hah.. Apelagih!! So, hantu2 KFC (especially langsuir2 snack plate sekelian) marilah kita menyemarakkan lagi kehantuan ini!



KFC Snax 25% off KFC Snack Plate Promo!

 

Kita boleh dapat diskaun sampai 25% kat KFC Snack Plate dengan kad KFC Snax ni.

Mana satu snack plate? Ala.. tak cukup hantu la camnih..


Promosi ni available setiap ari Selasa, dari pukul 2petang sampai la 6 petang (Pandaila kan. Start pas lunch hours. Demo tak kira. Ari Selasa mesti kuar lunch lambat sket ah kalo camni hihi). Hok penting skali, kad KFC Snax tu ye jangan lupa bawak!

So, cemane nak dapat kad tuh?



1) Go to http://www.snax.com.my/#/KFC_Menu and click on Sign up.

2) Baca lantas terima je syarat2 gunung ledang dia tu.



4) Pastu nanti pegi kat inbox email yang kita provide tu untuk activate account.


5) Siaps!



6
) Nanti kad dah sampai - guna kat KFC (selasa, 2pm-6pm) - bleh la check point kat sini.



 
So apa tunggu lagi... Moh sign up ramai2... Jumpa di KFC sana sana sana.....

Wednesday, February 23, 2011

Sesekali kita ambil tahu...

Expressed by Noorita Yusof at 11:10 AM 2 thoughs.. Links to this post
I admit.
I'm not good in politics.
Neither domestics nor international.
Totally sucks.
Jadinya, saya memang tak reti nak mengulas panjang2 pasal any politic issue yg sedang berlaku di dunia kita pada masa ini.
Namun dipertemukan dengan seorang insan yg sangat celik mengenai ini.
Yeap, my husband.
Remember saya penah bgtau yg buku2 dia adalah sume yg berskala kemengantukan berganda pagi saya?
So politics, just a piece of cake from his interest.
Daripada Malay Dilemma from Dr. M membawa kepada ideologi politik semasa di Timur Tengah.
Setiap kali dia explain, saya cuma mendengar, nak join debat, ilmu tak ada. Nak komen, lupakan saja ler kan.
Namun dalam kebluran saya ini, dia selalu mengingatkan.
Apa yg berlaku pasti ada yg tersirat. Namun majoriti dunia hanya memandang yang tersurat..
Anything happened, there will be always a master mind behind.
There will be always a reason..
There will be always a plan..


Bercakap pasal krisis di Timur Tengah.

(Ni apa yg saya faham dari sudut pikiran seorang yang bernama Noorita Yusof. Yang mendapat input daripada Ahmad Ariff. Bukan nye suara dari Najib Tun Razak).

Teori domino di Timur Tengah.
Jika kita perasan, kenapa la asyik Timur Tengah je dok berantakan dari dulu.
Dari zaman Bush serang Iraq, sampai kejatuhan Saddam, Osama Laden di Afghanistan, Egypt, dan yang paling baru di Libya.
Kenapa America tak attack Netherlands ataupun Antartika?
Jawapan? Sendiri cari, tak tau sgt nak ulas.

Bush, dengan fahaman ideologi yg hanya mahu menyerang.. Serang Iraq, serang Pakistan.
Obama, ideologi baru, demokratik. Tidak menyerang, namun menyelamatkan.
Bush, duit sume dah abis sebab dok belanja ke military stuff.
So apa tinggal utk Obama?


Mind.


Serang la pulak melalui minda.

How?

Facebook, Twitter, ect ect.

Bukti?

Bagaimana huru hara tercetus di Egypt?
It's from the Facebook. From the person who called pengasas Google.
Facebook and Google sapa yg cipta?
And the domino effects terus merebak..
Satu persatu pemimpin (yang zalim, bak kata mereka) tumbang dan bakal tumbang.
Not any single bullet involved.
Senjatanya adalah rakyatnya sendiri..


Tersurat??

Misi rakyat utk menumpaskan pemimpin zalim.
Jihad menegakkan revolusi.

Tersirat?

Misi America dan para illuminati berjaya lagi..



Want more?

- http://www.apfn.org/apfn/obama-nwo.htm
- http://www.worldlibertytimes.com/2008/03/obama-hillary-mccain-bloodline-to.html
- http://www.apfn.org/apfn/barack_obama.htm
- http://www.youtube.com/watch?v=daxnUMUnolc


Monday, February 21, 2011

OK ke KO?

Expressed by Noorita Yusof at 2:35 PM 3 thoughs.. Links to this post
Since small, my father never ever encourage me to use aerosol spray as a routine helper to shoosh your 'enemies' away.

Kalo nak halau nyamuk opkos mmg kena pakai ubat nyamuk letrik je. Tu pon jenama Fumakilla. Agaknya time tu jenama ni la paling glemer kot. Kali ubat nyamuk lingkaran plak is a big NO NO for him. Takut tersambar langsir dan terbakar, takpun kita direct hirup asap dia lantas mengakibatkan kerosakan paru2 dan pelbagai alasan ngeri lagi. (Orang keje pejabat kesihatan memang itu macam).

So aerosol spray ni bukan takde, ada je kat rumah saya. Tapi sebagai stand by bagi menghadapi kejadian yg benar2 terdesak dan di waktu2 kecemasan sahaja. Contohnya nak spray muka ular tedung yg masuk dalam rumah kasik dia mabuk2 ayam sket, tak pon nak spray lipan ke, ataupun pelbagai haiwan eksotik yg lain. Tu pon harus memakai topeng muka yg berketebalan 2cm supaya bau tidak direct menusuk ke hidung.

Begitulah 'dasyatnya' bahaya penyembur aerosol bagi saya..

Jadi bila bila je saya bau aerosol spray di mana2 saya akan tekup hidung saya macam la saya tercium racun  yang boleh mengakibatkan kematian. If needed, siap tahan nafas skali tuh. Punya la takut.

Ironiknya, sejak saya berkahwin dan tinggal bersama2 ibu dan bapa mertuaku, bauan penyembur aerosol adalah suatu yg rutin, setiap subuh, setiap petang dan setiap malam sebelum tidur..

Ini kerana ibu mertua saya memang bergantung harap sepenuhnya kepada penyembur racun serangga ini bagi memastikan tiadanya nyamuk2 yg bergentayangan di mana2.

Dulu masa mula2 memang kejutan budaya la jugak. Setiap kali dia spray saya cepat lari naik bilik tutup pintu rapat2. Bila dah ada anak, saya cepat2 bawak derang naik atas takut tercium kan. Tapi dalam hati saya masih tertanya2. Kenapa mama suka sgt pakai aerosol spray ni kan. Tau tak tu racun?? Gumam (ceh, gumam) hati saya. Rasa marah pon ada sebab saya dapat rasakan aura2 ketidaksihatan berlegar di mana2. Memang syabas bete lah kat abah saya sebab buat saya trauma sampai sebegitu rupa.

Namun, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, bintang berganti bintang, dari aroma Shieldtox membawa ke Ridsect sume dah selamat masuk dalam lubang hidung saya.

Alah bisa tegal biasa. Lama2 siap bleh selamba je bernafas bila mama spray hatta depan batang hidung sekalipun. Tapi dalam hati masa terasa keterbahayaan itu. Tapi dah tak kuasa dah nak naik atas. Lagi2 jika tengah menonton CSI. Memang buat2 pekak hidung je ler..



Ditambah skang ada pulak Ridsect dalam bauan Lavender dan Orange (?).


Saya tak tau pandangan orang lain, apatah lagi pandangan ibu mertua saya yg mengatakan skang best dah Ridsect sebab wangi. Tak busuk cam dulu. Namun jauh di sudut hati saya, saya ada sikit rasa kurang setuju di situ. Aerosol spray adalah sedia maklum merupakan semburan RACUN serangga. Dan menghidu RACUN serangga secara sengaja adalah langkah yg kurang bijak. Abis yg hangpa buat RACUN serangga yg wangi ni apakah motif? Nak bagi manusia nazak dengan cepat secara halus..??


Saya masih ingat. Abah saya pernah berkata, dia hanya akan beli aerosol spray yg bau sebusuk2 umat sekali. Sebab dia nak sume tak tahan bau dia then lari jauh2. Jadi takdelah dok hidu bau racun tu kan.




Abis kalau dah racun bau wangi..??




Namun saya faham pada mereka2 yg bergantung harap pada semburan aerosol ini. Niat masing2 nak menghalalakan cara kan? Apa aku merapik ni.
Dia terpaksa guna bahan bantuan spray aerosol ni sebab area rumah saya tu mmg byk kes denggi. Ubat nyamuk letrik ke karan ke sume nyamuk buat boh layan je. Kena spray2 baru dia lari. Pastu kalo spray ngan aerosol spray wangi nye, adalah macam 2 dalam 1 kan. Wangi dan membunuh nyamuk dalam masa yg sama.. Tara.... hebat bukan..?? Huhu...



Dulu2 nye Ridsect. Busuk piang!



Advance nye Ridsect. Ada bau Lavender gitu... Melegakan stress...








p/s: Bukan niat nak pomot Ridsect ke apa. Dah umah ada spray ni, saya kabor je la..

Wednesday, February 16, 2011

Seni Mengenalpasti

Expressed by Noorita Yusof at 11:50 AM 2 thoughs.. Links to this post
Suatu perbualan di sebuah chatroom

A : "Hi morning.. How r u.."

B : "Morning, good.."

A : "Bz ke?"

B : "Biasa2 je."

A : "U tau tak, yesterday bla bla bla, pot pet pot pet, chot chet chot chet.."

B : "Yeke??

A : "Iya.. Pastu kan nyot nyet nyot nyet, sok sek sok sek.."

B : "Oh.."

A : "Hahaha.. Tula.. Pastu kan yada yada yada.."

B : "Icic.."


Jika ini lah corak perbualan, sila teruskan dengan - "Oklah, catch u later ya.. bye..". 
Jangan sekali2 sambung - "Oh ya, you tau ari tu si bla bla bla ni dia kan pot pet pot pet.."

Cemane tau..? Sila rujuk pada 10 seni mengenalpasti ini:-

1) Takde tanya kabar kita balik.
2) Most of the feedback is ayat pendek tak lebih dari 4 huruf.
3) Setiap tindakbalas mengambil masa sekurang kuranngnya 10 minit.
4) Tiada pertanyaan balas.
5) Aura kekepochian tiada di situ.
6) Jelas serangan dari satu pihak saja.
7) Kalau ada seni membaca hati secara maya, boleh dapat tau dalam hati dia cakap - "Bila la dia ni nak stop.. Tak kosa aku nak melayan.."
8) Bila kita nak cakap bye, dengan cepat nya dia mereply - "Ok!". Nah.. Disitu terpancar nur kebahagiaan.
9) Lepas je conversation berakhir, tiba2 je letak status BZ atu letak status Do Not Disturb atau paling terus terang Logout terus.
10) Dia tak pernah2 msg kita dulu. Asyik kita je dok hai kat dia.


Jadi kawan2.. Renung renungkan dan selamat mengenalpasti... ^_^



Friday, February 11, 2011

Mumbling...

Expressed by Noorita Yusof at 5:14 PM 0 thoughs.. Links to this post
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
WARNING: Entry ni boring nak mampus. Sekian, terima kasih.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


If you notice, recently I only mumbled about such a fun fun thing and stories here.
Dah lama gila tak meluah2 perasaan, tak puas hati sini tak puas hati sana.

Why?

Ada banyak sebab. Antaranya, malas nak kusam2 kepala otak fikir menda2 tak best. Lagipun my surroundings skang ni byk membantu. Due to my drastic change of my hanging-around pattern even the way I think also sudah tukar, so I got less issue to complaint about. Like none of my business so why should I care??

Well. Saya pasti, saya setakat ayat di atas ni, ada dah buat2 cebik bibir tu. Again, dulu saya sangat kisah. Skang, tak kisahlah.. Asalkan anda bahagia, saya turut bahagia.

Tapi saya cuma pelik dengan segelintir perangai manusia. Yang jenis pada pandangan dia, dia je yg betul. Apa orang lain buat sume tak betul.

Sampai urusan masa depan, perancangan kita, sume juga nak dimasuk campur..?

I'm 31 years old for God sake, and matured enough to make my own decision. Yes, thanks a lot for your concern, but if you're too concern, ia boleh menjadikan kemenyampahan. Dan dari kemenyampahan menjadi..? KEBENCIAN..

And for me.. I admit, mungkin hati terlalu lembut. Tak reti nak marah2 suka2 hati. Tak reti nak meradang2 tak bertempat. Tak reti nak mengargue. Tak reti nak berkasar suara especially pada orang yg lagi tua. Tapi bukan bermakna saya boleh dipijak2 dan ditekan2. Pernah dengar tak dengar - orang yg jarang marah, kalo sekali marah..???

So, please, don't test my patience. Selagi hormat masih ada, selagi itu saya boleh menurut. Tapi jika sampai limitnya, jangan sampai ada yang terluka ya.

Apa yg aku membebel kat sini pun tak tau la.. Mungkin kalo kawan office baca, ingat saya marah kat boss atau colleague. Kalo family baca ingat saya marah kat bapak sedara. Kalo kawan baca ingat saya marah kat kawan hok paling tua sekali. Kalo penjual murtabak pasar malam baca ingat saya marah kat mak dia hok tukang bungkus tu. Terpulang la pada penilaian masing2.. Saya meluahkan je.. Tak mengurang mana2 pon. Cuma buat pembaca pening2 lalat je sket..Hehe..

Jadi, moral of this post? Ntah kawe pon tok tahu.. Saja2 je nak membebel kot.. Skali skala kan..
Abaikan je la..



Wednesday, February 9, 2011

Produk2 yang sedia menemani diri ini..

Expressed by Noorita Yusof at 6:28 PM 15 thoughs.. Links to this post
Hari ni saya rasa gedik nak share pasal produk2 yg saya pakai.. Meh kita menggedik sama2..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siren Amaran : Tujuan saya mengeshare bukan bermaksud saya nak bgtau satu donia saya pakai produk mahal lagi kacak. Produk2 saya mmg cikai2 cap ayam je sebab tak mampu nak beli mahal2. Jadi sila jangan salah anggap. Macih..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wajah punya hal
Baru2 ni sejak dua  menjak bertukar kerja di tempat baru, wajah saya mengalami masalah allergikasi yang amat serius (bagi saya lah. sebab tak pernah kan). Kuar bintik2 halus pastu gatal dan rengsa2 (main hamik je ayat rengsa. Bunyik cam ala2 masalah kulit je kan). Hanya barang2 di bawah ini sahaja yang mampu di pakai lantas mengatasi masalah saya sedikit demi sedikit.. ^_^

 
Pencuci muka saya - Organic soap. Diperkenalkan oleh rakan sekerja, Haw Lai Ping dan Alhamdulillah, sangat bagus! Mengurangkan kesan rengsa dan ruam2..



Facial scrub - Digunakan HANYA bila terlebih rajin.



BCG cream. Hanya dijual di farmasi kat Kuala Terengganu yang best sahaja. Imported nih jgn main2. Cream ini mampu mengurangkan merah2 dan gatal2 di muka. 1-2 hari gerenti (again, dengan izin Allah), hilang dan kering merah2 tu..



 Ok, bukan bermakna saya nak jadi putih melepak macam model ini tapi saya sangat suka pada facial mask yang dipegangnya. Mereka telah berjaya menge'calm'kan kulit muka saya.. Bintik2 merah serender.. Kulit jadi sejuk dan nyaman..


My original masker - tomato tomatok tomato matok.. kasik tenyeh isi kat muka.. This is still the best!



 
Air tapisan yang paling sedap kat dunia - RX water. Basuh ngan air ni dan selawat.. InsyaAllah.. Miracle happened...



Itulah saja petua dan usaha saya mengurang dan menghilangkan noda2 di wajah. 


Untuk nak tambah kasik kulit lagi kaw2 la konon kan..
Check it out..

Moisturizing lotion from Hada Labo. Teruja baca- "1 sold every 4 seconds in Japan!"
Give a try and anda pasti terkesima dengan hasilnya. Lembut kulit kita jadinya kalah buntut Muaz.


Dah pakai lotion kena la geng ngan cream kan. Kalo tak, macam makan nasik takde cili padi jadinya hehe..
Gandingan kedua2 ni mmg wallah! Tak mahal sangat. Beli dua2 ni tak sampai RM100 pon. 



Kadang2 timbul jerawat2 nakal di wajah kan. Dalam kes saya ni asyik2 kat dagu atau dahi. Especially bila time delegasi Jepun datang melawat. So Tea Tree Oil from Bodyshop ini adalah besfren saya, dari zaman anak dara kat UM dulu lg. Bespren saya Norsyahira Bohari yang perkenalkan. :)



Ok. Abis part penjagaan kulit muka. Now alat2 bantuan untuk mencantikkan muka yg tak berapa nak cantik cam Erra Pazira nih..

2-way cake from Avon. Saya suka compaq powder De'Wajah sebenarnya. Ok, bukan nak pomot ke apa mentang2 kan. Dulu dapat free kan so bila pakai jadik sesuai bangat. Tapi payah sangat nak dapat kat kedai. Nasib baik ada bedak Avon ni. Best gak. Best seller for year 2010.


 Blusher. Pon dari De'Wajah. Dapat free gak from the winning hamper. Tak abis2 lagi dari 2 tahun lepas. Expired tak expired main bantai je kan aku ni pon..




Eyebrow pencil. Juga dari Avon.




Eye liner, dari Avon gak. Tapi HANYA di pakai pada ketika nak cantik satu macam. Contohnya bila pegi kenduri kawin atau mana2 majlis formal dan sume orang dress up bagai nak gila. Dan juga masa nak dating ngan Mr Hubby.. Kalo tak jgn harap. Leceh masa nak padam. Ish..


Kalo nak lagi gedik.. Ha meh la kita lentikkan bulu mata kita. Tapi saya tak brapa suka pakai Encik Maskara.
Sememeh.. Kolot kan tapi what to do.. I just comfortable to be myself..
 

Lagi satu bespren baru semenjak dua menjak ni. Kalo tak bibir jadi kering cam tanah kat Jelebu, Negeri Sembilan. Laki pon tak selera nak cium. Nape Jelebu? Sebab Jelebu lah tempat kat Mesia yg paling sikit dapat hujan. Wah.. Geografi la pulak..


Sapu sikit lip gloss from Silky Girl.. Terusss jadi gedik cam Sharifah Amani.. Kata ada keluarga terbaik.. Mampu..?



Perfume saya?? One Drop Perfume sesungguhnya. Sumpah tak tipu. Sebab yg Mr Hubby jual dulu tak abis2 lagi. Bini dia la perabihkan..




So, lain2 penjagaan diri...



Enchanteur shower gel. I like...! Wangi....~

Shampoo rambut saya.. "Saya nak balik duit saya..!" Ahaks!
 
Pas shampoo, sapu ini hair cream.. Lembut beralun gitu rambut anda.. Guna jejari sikat pon boley...



 Foot scrub - Eh kaki jangan lupa nyah.. Memang la ada orang lain kisah?? Tapi laki kita kisah nyah..

Bila kaki lembut, laki pon rajin la nak urut ye tak.. 


Wait! Dengan memakai produk ini tidak bermakna saya menyokong Cik Fasha Sendat kita ya. Saya pakai ni sebab mata saya mmg sembab dan eye roller ini adalah best.



Jadi, tu jelah produk2 yg saya ada. Takde yg lain memang ni je yg ada. Toner mmg tak pakai sebab kulit muka saya mmg tak sesuai. Nanti berabuk la jerawat kuar. Nite cream pon tak pakai sebab malas + nanti senang kuar jerawat gak. Jerawat ni pon satu. Dah tua2 bangka ni bawak2 la berambus kan. Still gak nak bertenggek kat muka saya. Eye2 shadow, foundation sume ada la tapi pakai bila ada shooting je (geli la kan bunyi). Kalo hari2 biasa mmg jgn harap la nak pakai. Rimas aku heh.  Dan produk2 ni hanya berharga dari RM9.90 hingga RM50 je. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak melangkau jumlah ni. Dulu lain la masa bujang trang tang tang. Nak lawa je manjang kan. Dah ada anak2 ni kita maintain2 je la kan. Ala2 kadar gitu.. Tapi kalo ada duit2 lebih terpijak tu apa salahnya kan sekali sekala kita manja2kan diri kita ye tak..? ;)

Tuesday, February 8, 2011

Promoter vs Kastemer

Expressed by Noorita Yusof at 2:41 PM 4 thoughs.. Links to this post
Suatu  hari di sebuah farmasi yang femes dengan acara kutip2 setem, di sebuah pasaraya, di negeri Selangor..

Looking around, hajat di hati nak cari face mask. Disebabkan kesuntukan waktu jadi tak sempat nak belek2 sendiri. I choose to seek for promoter's help instead -


Me : "Excuse me kak. Kat mana tempat mask2 ek?" <-- Panggil dia kakak bukan sebab nak menyembunyikan hakikat diri dah tua. Tapi mmg promoter tu lagi tua, agak2 dekat 40 dah. Panggil makcik kang dia buat2 tak dengar pulak.

Promoter : "Mask yg mana ek tu dik?"

Me : "Yang tempek2 kat muka pastu tanggal2 tuh".

Promoter : - Bertanya pada rakan sejawat-

Promoter : "Yang ni eh dik?"" <-- Sambil menunjukkan sekeping mask jenama tettttt..

Me : "A'ah camni. Ada lagi tak jenama lain?"

Promoter : "Yg ni je ada."

Me : "Oh yeke. Ni akak amik kat mana ek?"


Promoter :  - Tunjukkan tempat pada saya -

Memang la tak berapa ada sangat mask kat situ. Sejenis dua je.. Saya pon belek2 la baca isi kandungan, specialized in what what..


Promoter : "Dik, mask ni utk apa ek?"

Me : "Untuk saja2 nak kasik kulit lembut2 gitu."  <-- Main petik je kan.

Promoter : "Oh yeke. Abis yg mana elok ek. Mask byk jenis kan" 

Me : (Keannoyingan mula menular) "Hmm ada macam2.. Peel off mask,  mask tampal2.. macam2 lah.. gitu.."

Promoter : "Abis mana yg paling best ek"

Me : "Tengoklah kita suka pakai yg mana. Mana yg sesuai" <-- Tahap rasa nak cabut lari dah ni.

Promoter : "Kalo macam ni utk apa ek" <-- Sambil simply capai je mask kat rak tu tunjuk kat saya.

Me : "Ni utk memutihkan.  Ni ada tulis ni for whitening." <-- Musykil. Aku ke hang yang keje sini nih..??


Promoter : "Oh..."

Me : "Oklah, takde la plak yg nak.. Gi dulu.." 



Post Mortem:
- Tu la last masuk farmasi cawangan tu.
- Lenkali kalo nak hire promoter, kasik try test tahap pengetahuan dulu. Takdelah terblur2 sana sini.
- Lenkali kalo tak tau, mintak orang yg tau assistkan. Pastu watch and learn.
- Menjadi promoter bukan  bermakna anda kena berbasa basi dengan customer macam jumpa jiran tetangga kat pasar basah masa beli ikan.
- Penting: Promoter kena la muda cun melecun. Lengkap! Beauty with brain!
-  Kalau customer dah tunjuk muka cam - awak sungguh menjengkelkan saya. Sila brambus skang boley..? tu sila2 la backoff sikit ya. Kasik ruang dan waktu customer nak pilih2 barang ya.



Tuesday, February 1, 2011

Dialog Sri Gombak - Soal Jawab yang tidak berkesudahan

Expressed by Noorita Yusof at 2:37 PM 3 thoughs.. Links to this post
My both doter and son sekarang memang pakar pertanyaan. Kaunter pertanyaan? Of coz la mama tercinta kan.


Rain Rain Go Away..

Doter : "Mama, kenapa hari ni hujan je tak henti2 ek.."

MYP - Mama Yg Penyayang (nak jugak tokok tambah kan)  : "Sebab air dah penuh kat awan.." <-- Cuba nak kasik fakta saintifik la sket konon nak brilliantkan otak si anak.

Doter : "Nape air penuh kat cloud..?"

MYP : "Sebab air kan kena tarik dari laut, lake, river sume.. So dia naik atas kat awan. Bila cloud dah berat dia jadik la hujan.." <-- Cikgu Sains saya masa form 1 mesti bangga nih.

Doter :  "Abis sebab apa dia hujan?"

MYP : "Sebab air tu dah berat n banyak.. Then dia turun la jadi hujan.."

Doter : "Bukan la mama.. Sebab Allah buat.."



School

MYP : "Sayang.. Ari ni blaja apa kat school.."

Doter : "School pagi belajar bla bla bla.. School petang blaja bla bla..."

MYP : "Tadi masa mama amik Sofiya kat school petang tu sapa yg bawakkan beg Sofiya tu..?"

Doter : "Oh.. Tu... Teacher Noni.."

MYP : "Oh ek.. Teacher  Noni ajar apa..?"

Doter : "Teacher Noni ajar tido.."



Cakap Cina

Doter : "Wo ai wo de jia ren..." <-- Sambil pegang buku.

MYC - Mama Yg Confused hehe.. : "Apa tu sayang..?"

Doter : "Wo ai wo de jia ren..."

MYC : "Wo ai wo de jia ren...?"

Doter : "Bukan... Wo ai wo de jia ren..."

MYC : "Wo ai wo de jia ren...?"

Doter : "Bukan la... Ee.. mama ni tak pandai la.. Wo ai wo de jia ren la..."

MYC : "Wo ai wo de jia ren la...?"

Doter : "Wo ai wo de jia ren...!!"

MYC : "Wo ai wo ti ja yen..?"

Doter : "Ha betul..!" <-- Muka selamba.

*Wo ai wo de jia ren : I love my family




Short Form

Bagi menyembunyikan plan nak gi mana2 dari anak2 takut derang tak sabar ke apa, biasanya saya n hubby akan guna short form kalo berbicara.

Me : "Pa, nanti tengahari ingat nak gi G la."  (G = Giant).

Hubby : "G takut ramai orang la lambat2 ni.. Kita gi C kat MV nak..?(C=Carrefour, MV= Mid Valley)

Me : "Sama ramai je sana pon.. Oklah.. Tapi tanak lama2 sebab nanti petang nak gi PM." (PM = Pasar Malam).

Doter : "Ala mama.. Pegi Giant la.. Carrefour takde playground.. Tapi kalo nak gi Mid Valley jugak Sofiya nak pegi Jusco main game.. Pastu tanak beli toys sebab nak beli DVD kat Pasar Malam..."



Toys  
Di sebuah shopping complex. Si anak tersayang merengek nak beli toys..

MKK - Mama Kena Kerah : "Sofiya cepat sayang pilih. Nak balik dah ni.."

Doter : "Jap mama.. Sofiya pilih yang murah-murah  je tau.. Mahal tanak sebab mama belum gaji kan." 



Enpon
Doter : "Mama.. Pinjam henpon mama.. Sofiya nak  main game.."

Mama : "Amik la henpon mama atas meja.."

Doter : "Mama.. Ada tak game masak2..?"

Mama : "Mana ada sayang.. Ada satu je game dalam henpon mama tu.." 

Doter : "Apsal takde mama? Sebab henpon mama murah ke..?" 



Huh??

Doter : "Mama.. Kenapa muka mama ada bintik ek..?"

Son : "Sebab mama ayegik yah!" <-- (Sebab mama allergik lah) - Menyampuk.

Mama : "Sebab mama kena allergik.."


Doter : "Oh.. Sebab apa tangan mama sejuk ah..?"


Son : "Sebab mama dumam yah!" <-- (Sebab mama demam lah) - Menyampuk lagi.


Doter : "Bukan la! Sebab mama dah tua la.."


Mama : T_T

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal