Monday, February 21, 2011

OK ke KO?

Expressed by Noorita Yusof at 2:35 PM
Since small, my father never ever encourage me to use aerosol spray as a routine helper to shoosh your 'enemies' away.

Kalo nak halau nyamuk opkos mmg kena pakai ubat nyamuk letrik je. Tu pon jenama Fumakilla. Agaknya time tu jenama ni la paling glemer kot. Kali ubat nyamuk lingkaran plak is a big NO NO for him. Takut tersambar langsir dan terbakar, takpun kita direct hirup asap dia lantas mengakibatkan kerosakan paru2 dan pelbagai alasan ngeri lagi. (Orang keje pejabat kesihatan memang itu macam).

So aerosol spray ni bukan takde, ada je kat rumah saya. Tapi sebagai stand by bagi menghadapi kejadian yg benar2 terdesak dan di waktu2 kecemasan sahaja. Contohnya nak spray muka ular tedung yg masuk dalam rumah kasik dia mabuk2 ayam sket, tak pon nak spray lipan ke, ataupun pelbagai haiwan eksotik yg lain. Tu pon harus memakai topeng muka yg berketebalan 2cm supaya bau tidak direct menusuk ke hidung.

Begitulah 'dasyatnya' bahaya penyembur aerosol bagi saya..

Jadi bila bila je saya bau aerosol spray di mana2 saya akan tekup hidung saya macam la saya tercium racun  yang boleh mengakibatkan kematian. If needed, siap tahan nafas skali tuh. Punya la takut.

Ironiknya, sejak saya berkahwin dan tinggal bersama2 ibu dan bapa mertuaku, bauan penyembur aerosol adalah suatu yg rutin, setiap subuh, setiap petang dan setiap malam sebelum tidur..

Ini kerana ibu mertua saya memang bergantung harap sepenuhnya kepada penyembur racun serangga ini bagi memastikan tiadanya nyamuk2 yg bergentayangan di mana2.

Dulu masa mula2 memang kejutan budaya la jugak. Setiap kali dia spray saya cepat lari naik bilik tutup pintu rapat2. Bila dah ada anak, saya cepat2 bawak derang naik atas takut tercium kan. Tapi dalam hati saya masih tertanya2. Kenapa mama suka sgt pakai aerosol spray ni kan. Tau tak tu racun?? Gumam (ceh, gumam) hati saya. Rasa marah pon ada sebab saya dapat rasakan aura2 ketidaksihatan berlegar di mana2. Memang syabas bete lah kat abah saya sebab buat saya trauma sampai sebegitu rupa.

Namun, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, bintang berganti bintang, dari aroma Shieldtox membawa ke Ridsect sume dah selamat masuk dalam lubang hidung saya.

Alah bisa tegal biasa. Lama2 siap bleh selamba je bernafas bila mama spray hatta depan batang hidung sekalipun. Tapi dalam hati masa terasa keterbahayaan itu. Tapi dah tak kuasa dah nak naik atas. Lagi2 jika tengah menonton CSI. Memang buat2 pekak hidung je ler..



Ditambah skang ada pulak Ridsect dalam bauan Lavender dan Orange (?).


Saya tak tau pandangan orang lain, apatah lagi pandangan ibu mertua saya yg mengatakan skang best dah Ridsect sebab wangi. Tak busuk cam dulu. Namun jauh di sudut hati saya, saya ada sikit rasa kurang setuju di situ. Aerosol spray adalah sedia maklum merupakan semburan RACUN serangga. Dan menghidu RACUN serangga secara sengaja adalah langkah yg kurang bijak. Abis yg hangpa buat RACUN serangga yg wangi ni apakah motif? Nak bagi manusia nazak dengan cepat secara halus..??


Saya masih ingat. Abah saya pernah berkata, dia hanya akan beli aerosol spray yg bau sebusuk2 umat sekali. Sebab dia nak sume tak tahan bau dia then lari jauh2. Jadi takdelah dok hidu bau racun tu kan.




Abis kalau dah racun bau wangi..??




Namun saya faham pada mereka2 yg bergantung harap pada semburan aerosol ini. Niat masing2 nak menghalalakan cara kan? Apa aku merapik ni.
Dia terpaksa guna bahan bantuan spray aerosol ni sebab area rumah saya tu mmg byk kes denggi. Ubat nyamuk letrik ke karan ke sume nyamuk buat boh layan je. Kena spray2 baru dia lari. Pastu kalo spray ngan aerosol spray wangi nye, adalah macam 2 dalam 1 kan. Wangi dan membunuh nyamuk dalam masa yg sama.. Tara.... hebat bukan..?? Huhu...



Dulu2 nye Ridsect. Busuk piang!



Advance nye Ridsect. Ada bau Lavender gitu... Melegakan stress...








p/s: Bukan niat nak pomot Ridsect ke apa. Dah umah ada spray ni, saya kabor je la..

1 thoughs.. on "OK ke KO?"

liyana on February 21, 2011 at 3:45:00 PM GMT+8 said...

hehe... kt rumah sy pun bergelantangan bau ridsect. pekak dah hidong ni. ridsect ok lg bau die, plg xthn bau bygon (betui ke eja). busuk giler kot. tp skrg bygon pun dh wangi. adeh~

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal