Wednesday, February 9, 2011

Produk2 yang sedia menemani diri ini..

Expressed by Noorita Yusof at 6:28 PM
Hari ni saya rasa gedik nak share pasal produk2 yg saya pakai.. Meh kita menggedik sama2..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siren Amaran : Tujuan saya mengeshare bukan bermaksud saya nak bgtau satu donia saya pakai produk mahal lagi kacak. Produk2 saya mmg cikai2 cap ayam je sebab tak mampu nak beli mahal2. Jadi sila jangan salah anggap. Macih..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wajah punya hal
Baru2 ni sejak dua  menjak bertukar kerja di tempat baru, wajah saya mengalami masalah allergikasi yang amat serius (bagi saya lah. sebab tak pernah kan). Kuar bintik2 halus pastu gatal dan rengsa2 (main hamik je ayat rengsa. Bunyik cam ala2 masalah kulit je kan). Hanya barang2 di bawah ini sahaja yang mampu di pakai lantas mengatasi masalah saya sedikit demi sedikit.. ^_^

 
Pencuci muka saya - Organic soap. Diperkenalkan oleh rakan sekerja, Haw Lai Ping dan Alhamdulillah, sangat bagus! Mengurangkan kesan rengsa dan ruam2..



Facial scrub - Digunakan HANYA bila terlebih rajin.



BCG cream. Hanya dijual di farmasi kat Kuala Terengganu yang best sahaja. Imported nih jgn main2. Cream ini mampu mengurangkan merah2 dan gatal2 di muka. 1-2 hari gerenti (again, dengan izin Allah), hilang dan kering merah2 tu..



 Ok, bukan bermakna saya nak jadi putih melepak macam model ini tapi saya sangat suka pada facial mask yang dipegangnya. Mereka telah berjaya menge'calm'kan kulit muka saya.. Bintik2 merah serender.. Kulit jadi sejuk dan nyaman..


My original masker - tomato tomatok tomato matok.. kasik tenyeh isi kat muka.. This is still the best!



 
Air tapisan yang paling sedap kat dunia - RX water. Basuh ngan air ni dan selawat.. InsyaAllah.. Miracle happened...



Itulah saja petua dan usaha saya mengurang dan menghilangkan noda2 di wajah. 


Untuk nak tambah kasik kulit lagi kaw2 la konon kan..
Check it out..

Moisturizing lotion from Hada Labo. Teruja baca- "1 sold every 4 seconds in Japan!"
Give a try and anda pasti terkesima dengan hasilnya. Lembut kulit kita jadinya kalah buntut Muaz.


Dah pakai lotion kena la geng ngan cream kan. Kalo tak, macam makan nasik takde cili padi jadinya hehe..
Gandingan kedua2 ni mmg wallah! Tak mahal sangat. Beli dua2 ni tak sampai RM100 pon. 



Kadang2 timbul jerawat2 nakal di wajah kan. Dalam kes saya ni asyik2 kat dagu atau dahi. Especially bila time delegasi Jepun datang melawat. So Tea Tree Oil from Bodyshop ini adalah besfren saya, dari zaman anak dara kat UM dulu lg. Bespren saya Norsyahira Bohari yang perkenalkan. :)



Ok. Abis part penjagaan kulit muka. Now alat2 bantuan untuk mencantikkan muka yg tak berapa nak cantik cam Erra Pazira nih..

2-way cake from Avon. Saya suka compaq powder De'Wajah sebenarnya. Ok, bukan nak pomot ke apa mentang2 kan. Dulu dapat free kan so bila pakai jadik sesuai bangat. Tapi payah sangat nak dapat kat kedai. Nasib baik ada bedak Avon ni. Best gak. Best seller for year 2010.


 Blusher. Pon dari De'Wajah. Dapat free gak from the winning hamper. Tak abis2 lagi dari 2 tahun lepas. Expired tak expired main bantai je kan aku ni pon..




Eyebrow pencil. Juga dari Avon.




Eye liner, dari Avon gak. Tapi HANYA di pakai pada ketika nak cantik satu macam. Contohnya bila pegi kenduri kawin atau mana2 majlis formal dan sume orang dress up bagai nak gila. Dan juga masa nak dating ngan Mr Hubby.. Kalo tak jgn harap. Leceh masa nak padam. Ish..


Kalo nak lagi gedik.. Ha meh la kita lentikkan bulu mata kita. Tapi saya tak brapa suka pakai Encik Maskara.
Sememeh.. Kolot kan tapi what to do.. I just comfortable to be myself..
 

Lagi satu bespren baru semenjak dua menjak ni. Kalo tak bibir jadi kering cam tanah kat Jelebu, Negeri Sembilan. Laki pon tak selera nak cium. Nape Jelebu? Sebab Jelebu lah tempat kat Mesia yg paling sikit dapat hujan. Wah.. Geografi la pulak..


Sapu sikit lip gloss from Silky Girl.. Terusss jadi gedik cam Sharifah Amani.. Kata ada keluarga terbaik.. Mampu..?



Perfume saya?? One Drop Perfume sesungguhnya. Sumpah tak tipu. Sebab yg Mr Hubby jual dulu tak abis2 lagi. Bini dia la perabihkan..




So, lain2 penjagaan diri...



Enchanteur shower gel. I like...! Wangi....~

Shampoo rambut saya.. "Saya nak balik duit saya..!" Ahaks!
 
Pas shampoo, sapu ini hair cream.. Lembut beralun gitu rambut anda.. Guna jejari sikat pon boley...



 Foot scrub - Eh kaki jangan lupa nyah.. Memang la ada orang lain kisah?? Tapi laki kita kisah nyah..

Bila kaki lembut, laki pon rajin la nak urut ye tak.. 


Wait! Dengan memakai produk ini tidak bermakna saya menyokong Cik Fasha Sendat kita ya. Saya pakai ni sebab mata saya mmg sembab dan eye roller ini adalah best.



Jadi, tu jelah produk2 yg saya ada. Takde yg lain memang ni je yg ada. Toner mmg tak pakai sebab kulit muka saya mmg tak sesuai. Nanti berabuk la jerawat kuar. Nite cream pon tak pakai sebab malas + nanti senang kuar jerawat gak. Jerawat ni pon satu. Dah tua2 bangka ni bawak2 la berambus kan. Still gak nak bertenggek kat muka saya. Eye2 shadow, foundation sume ada la tapi pakai bila ada shooting je (geli la kan bunyi). Kalo hari2 biasa mmg jgn harap la nak pakai. Rimas aku heh.  Dan produk2 ni hanya berharga dari RM9.90 hingga RM50 je. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak melangkau jumlah ni. Dulu lain la masa bujang trang tang tang. Nak lawa je manjang kan. Dah ada anak2 ni kita maintain2 je la kan. Ala2 kadar gitu.. Tapi kalo ada duit2 lebih terpijak tu apa salahnya kan sekali sekala kita manja2kan diri kita ye tak..? ;)

15 thoughs.. on "Produk2 yang sedia menemani diri ini.."

MaS PuTRi on February 10, 2011 at 8:27:00 AM GMT+8 said...

kak ieta, saya tak tahulah orang lain. tapi masa saya student dulu saya selalu guna vaseline kat bibir.. lama2 bibir makin gelap dan gelap. skrg stop dah... tapi bibir dah hitam =(

Bercinta dengan DUDA? Fikir sekali lagi.

Noorita Yusof on February 10, 2011 at 9:16:00 AM GMT+8 said...

mas, pas baca ni terus akak cermin bibir haha.. yeke mas?? kalo camtu nak stop gak lah. dah sebulan dah wat camtu. ish terpaksa guna balik lip balm. tapi kesan kering tu tak hilang cepat macam pakai vaselin. ada tips lain tak mas?

Anonymous said...

kak ita..tea tree oil tu ok ke??sapu je kat jerawat ke??bape sebotol tu kak?cam berminat la..
(nak menyampuk) betui ke pasai vaselin tu??nak benti pakai gak la...

liyana on February 10, 2011 at 11:44:00 AM GMT+8 said...

wlupun cite psl bab penjagaan diri, ttp rase cam kelaka la entri ni.. hehe, buntut muaz? haha
sy dari dulu smpai skrg pakai safi je yg hijau tu, lg kolot, haha

Noorita Yusof on February 10, 2011 at 12:00:00 PM GMT+8 said...

anonymous: a'ah so far Alhamdulillah ok. Jerawat cepat kering pastu tak tinggal parut. sapu betul2 tang jerawat tu. Rasanya tak silap harga sebotol dalam RM28 ke camtu. tak tau la kot dah naik harga.

liyana: ala apa salahnya. mana ada kolot. asalkan kena ngan kulit kita takpela kan. lagi untung takyah nak pakai brand mahal2 :)

Anonymous said...

thanks kak..nnti nak cri la..leh try,jerawat tumbuh dgn baiknya skrg nih :(

ira said...

owhh...kwn baek ku masih ingat miracle tea tree bottle kita dulu. siap share2 kan ieta demi nak lawa punye pasal hahaha...

Noorita Yusof on February 11, 2011 at 8:17:00 AM GMT+8 said...

anonymous: orait.. selamat mencuba.. ;)

ira: harus ira.. dapat sentengah titis pon takpe. asalkan rasa berangin tu haha..

Anonymous said...

akak, produk tea tree oil tu nak dapatkan kat mana ye.. ;)

Noorita Yusof on March 6, 2012 at 5:22:00 PM GMT+8 said...

akak beli kat Bodyshop. So far Tea Tree bodyshop paling best skali bagi akak :)

Anonymous said...

buy valium valium dosage dogs anxiety - buy valium online fast delivery

Anonymous said...

http://technologiesuae.com/#2938 can you buy xanax uk - generic xanax walmart

Anonymous said...

order tramadol buy tramadol without rx - buy tramadoltablets

Anonymous said...

buy ambien online uk buy ambien online usa - buy ambien no rx online

Blogger on November 25, 2016 at 9:48:00 AM GMT+8 said...

WE ARE RECRUITING NEW LIVE CAM MODELS!
RECEIVE UP TO $10,000 EVERY WEEK.
BECOME A BONGA MODELS CAM MODEL TODAY!

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal