Tuesday, February 8, 2011

Promoter vs Kastemer

Expressed by Noorita Yusof at 2:41 PM
Suatu  hari di sebuah farmasi yang femes dengan acara kutip2 setem, di sebuah pasaraya, di negeri Selangor..

Looking around, hajat di hati nak cari face mask. Disebabkan kesuntukan waktu jadi tak sempat nak belek2 sendiri. I choose to seek for promoter's help instead -


Me : "Excuse me kak. Kat mana tempat mask2 ek?" <-- Panggil dia kakak bukan sebab nak menyembunyikan hakikat diri dah tua. Tapi mmg promoter tu lagi tua, agak2 dekat 40 dah. Panggil makcik kang dia buat2 tak dengar pulak.

Promoter : "Mask yg mana ek tu dik?"

Me : "Yang tempek2 kat muka pastu tanggal2 tuh".

Promoter : - Bertanya pada rakan sejawat-

Promoter : "Yang ni eh dik?"" <-- Sambil menunjukkan sekeping mask jenama tettttt..

Me : "A'ah camni. Ada lagi tak jenama lain?"

Promoter : "Yg ni je ada."

Me : "Oh yeke. Ni akak amik kat mana ek?"


Promoter :  - Tunjukkan tempat pada saya -

Memang la tak berapa ada sangat mask kat situ. Sejenis dua je.. Saya pon belek2 la baca isi kandungan, specialized in what what..


Promoter : "Dik, mask ni utk apa ek?"

Me : "Untuk saja2 nak kasik kulit lembut2 gitu."  <-- Main petik je kan.

Promoter : "Oh yeke. Abis yg mana elok ek. Mask byk jenis kan" 

Me : (Keannoyingan mula menular) "Hmm ada macam2.. Peel off mask,  mask tampal2.. macam2 lah.. gitu.."

Promoter : "Abis mana yg paling best ek"

Me : "Tengoklah kita suka pakai yg mana. Mana yg sesuai" <-- Tahap rasa nak cabut lari dah ni.

Promoter : "Kalo macam ni utk apa ek" <-- Sambil simply capai je mask kat rak tu tunjuk kat saya.

Me : "Ni utk memutihkan.  Ni ada tulis ni for whitening." <-- Musykil. Aku ke hang yang keje sini nih..??


Promoter : "Oh..."

Me : "Oklah, takde la plak yg nak.. Gi dulu.." 



Post Mortem:
- Tu la last masuk farmasi cawangan tu.
- Lenkali kalo nak hire promoter, kasik try test tahap pengetahuan dulu. Takdelah terblur2 sana sini.
- Lenkali kalo tak tau, mintak orang yg tau assistkan. Pastu watch and learn.
- Menjadi promoter bukan  bermakna anda kena berbasa basi dengan customer macam jumpa jiran tetangga kat pasar basah masa beli ikan.
- Penting: Promoter kena la muda cun melecun. Lengkap! Beauty with brain!
-  Kalau customer dah tunjuk muka cam - awak sungguh menjengkelkan saya. Sila brambus skang boley..? tu sila2 la backoff sikit ya. Kasik ruang dan waktu customer nak pilih2 barang ya.



4 thoughs.. on "Promoter vs Kastemer"

liyana on February 8, 2011 at 3:36:00 PM GMT+8 said...

haha kelaka.. dah akk pulak yg kena mask tu utk ape.. kah3
amik part time wat promoter la kak. confirm laku brg tu.. hheh :)

Noorita Yusof on February 8, 2011 at 4:56:00 PM GMT+8 said...

hehe diri sendiri confuse.. cam sapa consult sapa ni kan hehe..

Miss Moon on February 9, 2011 at 1:07:00 PM GMT+8 said...

ai paling tak suka tang ai pilih barang ada org menempel .....cam rimas sangat

Noorita Yusof on February 9, 2011 at 1:57:00 PM GMT+8 said...

mmg pon moon. sebok je..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal