Wednesday, March 23, 2011

Kenangan si manis 17

Expressed by Noorita Yusof at 3:50 PM
Topik Hotfm hari ini sekali lagi menggamit2 ku utk mengecall tapi insiden semalam nye pasal kan, saya rasa saya akan berpuasa call hotfm topik pagi utk sebulan akan datang ekeke.. Yeap! Yesterday I was on air - the "I'm talking to you Mira!"'s caller. Enuff.. Tanak pikir2 dah.

So topik ari ni pasal kenangan masa darjah 5 bersempena dengan pengambilan result SPM yang berlangsung pada hari ini. (Apsal ayat aku bunyi macam buletin utama nihs).

Jadi apa yg boleh saya ingat apsal memori form 5 saya..

- Kelas saya nama dia 5P1, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman yang best lagi negeri cantik budaya menarik (kasik up la sket hehe).

- Satu2nya kelas campuran Science+Commerce. So sapa dok dalam kelas ni boleh menghalakan diri menjadi doktor, engineer, accountant, auditor, peserta raja lawak, pemidato dan sebagainya.

- Lebih dikenali sebagai kelas VPONE.

- Memegang anugerah kelas terbersih setiap minggu, berturut2, sepanjang tahun. Sampai orang dah naik bosan masa cikgu nak announce masa perhimpunan. Sume dah boleh agak. Ala.. Macam Siti yg asyik2 menang je kan.. Menang kena boo, kalah pon kena boo hehe..

- Cikgu yang mempunyai vokal paling kuat mengalahkan petir di langit adalah cikgu account kami, Cikgu Haizan. Cikgu paling best adalah cikgu math, Cikgu Azmi. Cikgu add math pon best gak, sebab dia je ajar yg boleh buat saya faham. Lagi satu yg saya ingat pasal cikgu add math ni kan dia ni wanita bertudung labuh. Dia penah pesan kat saya, kalau couple tu kena selalu beringat. Jangan bonceng2 moto. Nanti kalo tak jadi kawin orang2 akan bercakap - "Tula anak dara yg dah kena usung ke hulu ke hilir tu.." Saya memang ingat ni insyAllah sampai mati. Terima kasih cikgu.

- Tabiat saya lepas time rehat saya suka beli ayam goreng pastu taruk dalam poket untuk dimakan di kala2 lapar. Buruk pe'el betulla.. Huhu..

- Hampir 3/4 pelajar dalam  kelas ni ada nickname masing2. Pacat, Pocek, Mat Gam, Potet dan macam2 Po lagi lah.

- Sume ahli kelas adalah gila2 lagi kacang hantu, tapi result peksa? Terbaek!!

- Desk mate saya ada 3 orang. Belah kiri Nora Fasha binti Mat Som. Saya dok tengah2. Belah kanan Nurul Syahida binti Mohd Noor (Masih ingat nama penuh sekali binti ya). Dok depan Nor Azida, Farahaida, Nadiana. Belakang saya Tg. Norhazatina, Nor Kamila ngan Dalila. Boleh ingat sume? Hebaknya rasa..!

- Fasha pernah argue dengan cikgu BI sebab cikgu tu pernah memperkecil-kecilkan (walaupun si Fasha ni mmg kecil molek orangnya) kawan saya ini.

- Wan Shaadah adalah sangat cantik sebab kacukan Malay-Perancis. Sume pakat2 nak baik2 ngan dia sebab kakak dia adalah Wan Khadijah, ala model dan pelakon terkenal tu. Prof Razak suka amik dia blakon hehe.. Tapi awas, sekali Shaadah bukak mulut, habis ko. Mmg tak terague!

- Nik Norziana atau Gee adalah seorang gadis genit alahai kecik kecik kuci2 lagi rendah... Tapi dia baru je dapat twin baby boy last month. Cayalah!

- Ketua darjah Tg Dazrol manakala penolong kelas adalah Syahida. Jawatan saya- ketua makan. Biasa.. hehe..

- Saya juga tau Dazrol ada hati sket kat Syahida.. oopps!

- Kawan kami, Azman telah kembali ke rahmatullah sebab eksiden. Al-Fatihah.

- Kawan kami jugak Yusrahimi telah kembali ke haha takdela. Yusrahimi ni adalah bapa perakaunan. Tanyalah apa sahaja pasal account, mmg dia adalah kamus akaun bestari bergerak. Tadak sapa boleh challenge.

- Tapi for Sains dan Sains Tambahan, no no no... Yours truely yang pegang ya. Best student for the whole year and SPM 97. Alhamdulillah..

- Anugerah pelajar paling tersangat tekun dan nota tulisan yang cantik gila babeng jatuh kepada Nuzul Akmal.

- Me and Syahida penah jadi kaunselor tak bertauliah dalam percubaan nak 'menyelamatkan' seorang kawan sekelas yg sipi2 nak terjebak dalam permasalahan cinta. Punya nak target sekelas mesti dapat Pangkat 1, so sanggup tuh. Susah payah nak kasik nasihat kat orang. Nasib baik la budak tu nak ikut hehe..

- Ada sorang gewe yang kacak tapi mulut simpan kat dalam poket. Anak orang kaya dan bawak kete sport pegi sekolah. Nama dia Farhan Hussain.

- Nadiana kecik2 lagi dah tunjuk bakat keusahawanan. Dia jual sabun muka bentuk rose yang wangi. Tujuan tak lain tak bukan bagi melicinkan, mencantikkan dan menjadikan wajah muda berseri (17 tahun mmg masih muda kot).

- Saya dengan best fren saya, Syahida suka sangat stay back lepas abis sekolah buat stadi group  mahupun mentelaah di library. Geli bukan..? Semestinya 2+1. Studating kuikui..

- Ada sorang budak tu dari Sekolah Sri Puteri, kena balik sekolah sini sebab kena reject sebab dapat 7A 1B masa PMR, dan B adalah maths. Skali dia pulun nak mati kan lantas mendapat aggregat 6 dalam SPM. Cayalah!! Sapa kata bersekolah harian biasa tak boleh dapat result hebak?

- Bukan dia sahaja, the whole class adalah pangkat 1 dan separuh adalah beraggegrat under 10. Class you all!

- Seteru utama pelajaran saya tak lain tak bukan adalah my best fren sendiri lah. We did it right, buddy. Both of us target under 8 and we made it!


Itu lah yg ingat setakat ni. Mungkin ada 5000 point menarik lagi tapi takleh  nak recall. Hingga kini kami masih berhubung walaupun dah lebih 10 tahun berlalu, even dah kemana hala beranak pinak dah segala. Bukti, we have our own FB - VPONE'97. I love you guys! I love VPONE!!

3 thoughs.. on "Kenangan si manis 17"

Puan Nad on March 30, 2011 at 9:53:00 AM GMT+8 said...

Yusrahimi mane tuh? yusrahimi Yusuf ke?

Noorita Yusof on March 30, 2011 at 10:35:00 AM GMT+8 said...

yeahh :)

melanie on March 30, 2011 at 10:05:00 PM GMT+8 said...

ala...nangis kang,,,best zaman dedulu..thanks noorita..
diam..
cantik..
berisi rupanya anda..

:)

alhamdullillah..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal