Friday, March 11, 2011

Khurafat - A Review

Expressed by Noorita Yusof at 6:34 PM
One fine tengah malam, me and Mr. Hubby akhirnya managed to watch Khurafat selepas beberapa kali percubaan yg asyik sahaja menemui kegagalan.
Sebab2 kegagalan: Nak tidokan anak pastu diri sendiri tertido sekali, bila dpt tengok Mr Hubby ajak tengok dvd2 lain dulu (prejudis terhadap cerita melayu terutama arahan Encik SyamsulYusofdepoyor), tak dapat nak chop dvd player sebab kena konker ngan anak2 (balik2 hantu kak limah) dan bermacam sebab kegagalan tak hendak seribu dalih di situ.

So last2 kami menonton kat notebook Mr. Hubby, kat dalam bilik. Sebabnya mula2 nak tengok kat bawah tapi Encik Papa mertua nak tengok bola plak dah. Karang kecuakan bola bertembung dengan ketakutan hantu adalah bersama dengan krohh krohh..

Setelah abis menonton, buat pertama kalinya kami memberi grad B+ dan sebuah decapan kagum pada karya seram pertama Encik Syamsul de' Jati ini. Bukan melayu sejati tapi..? Nanti la kita cite ya hehe..


Jadi, komen saya..?


1) Starting adalah orang mengusung keranda. Terus Mr Hubby komen -"Ala.. ni malas nak beli dvd kat pasar malam nih. Tiba2 dah kat tengah.." Saya pulak baru nak tunjuk muka kehampaan, sekali kuar la plak ayat2 apa di skrin. Oh rupanya intro la.. Ish.. Tak Hollywood betul la pemikiran.. Tengok la dulu ye tak. Belum apa2 dah berfikiran kondem hehe..

2) Saya ada satu kemusykilan - Johan (si Syamsul ni hero, nama dia Johan) ni keje apa? Attendant?

3) Garapan (fuh!garapan..) skrip adalah memang adik beradik kandung dengan cite Sembilu, Roda-roda Kuala Lumpur, Maria Mariana dan semualah cita2 Skop Production dan pemilik Restoran Haslam.

4) Para pelakon juga sudah diduga. Harusla ulang tayang pelakon2 dari Bohsia Jalan Pilih Jalan Hitam (ke kelam?), Roda2 KL, Gerak Gerak Gerak Khas, Sembilu the series dan orang2 yg sewaktu dengannya.

5) Skrip pertama yg kena kritik oleh kami sang pengkritik bebas:-
    Johan : "Mak, Johan nak pegi surau dengar ceramah. Dah lama tak dengar ceramah.." <-- SyamsulYusof? Ceramah? Wow!
    Mak  : "Baiklah (it's like, baiklah mama. Nanti Ieta beli roti dari kedai itu) Johan. Imam pon selalu dah tanya pasal Johan" <-- Imam tanya? Double wow!

6) Liyana Jasmay sebagai isteri adalah seperti budak baru lulusan SPM yg dah tak sabo2 nak menikah.

7) Harus ada adegan terkinja2 di dalam disko sambil meminum air teh o dalam gelas beer. Cuma babak unggun api je takde. Kalo tak, lengkap!

8) Lagi ketidak-boleh-blahan skrip issue - kena ada soalan yg jawapan sudah berterang terangan (Contoh: Kawan memabuk dengan kronik dan bermuka tension to the max. Lagi mau tanya soalan "Eh, kau ni kenapa? Ada masalah ke?"). Pastu kawan sebelah tukang jawab dengan panjang lebar siap sinopsis masalah. So penonton2 macam saya akan berkata "Ooooooo......".

9) Oh lupa, antara adegan mula2. Ada seorang pakcik kena rasuk ngan belaan sendiri. Instead of orang lain, Johan mendapat penghormatan untuk ikut Tok Imam tengok proses penghalauan hantu dengan muka yg cemas secara monotonous, manakala pelakon tambahan lain sila duduk tertinjau2 kat tangga rumah sahaja.

10) Hantu adalah mengusik secara bertubi2. Dari atas bawah kiri kanan, barat daya serta tenggara. Cemane muka hantu? Tak pasti sebab saya tutup muka huhu..

11) Cerita ini adalah secara tegar ingin audience memangkah makcik-tua-yg-satu-tempat-kerja-ngan-hero tu sebagai calon pencetus usikan hantu. Kesian dia tau.. Penat dia berbuat baik berpada2. (Oh ya, muka anak dia yg  mirip hero adalah sgt klias. Nak kasik lain sket mesti kena taruk spek mata la kan, gitew..).

12) Syamsul Yusof aka pengarah filem aka hero nama Johan adalah very the kayu jati yang terbaek.. Stok dari kayu balak tertua di benua. Lagi hidup watak kawan dia yg bawak van jenazah tu. Terhibur saya.

13) Towards the end, adalah the best part. Paling saya suka ketika babak pengimbauan. Ala bila tiba2 gambar jadi kaler kuning keburuk burukan tu. Paling best skalik tang dia sapu ubat guna2 kat Sabrina Ali tu, Ana ke apa watak dia. Lantas si Ana terus terangau dan memeluk hero tanpa sebab musabab.

14) Lagi terbaek tahap bukan cite Prof Razak Mohaiden yg wajib ada bunyi2 bodoh macam bunyi kuda kat dalam cerita dia adalah babak dia tak tau dia rupanya sang mayat yg terbujur kaku tu. Tak sangka kerana Syamsul pandai olah cerita dan lari dari tradisi filem2 melayu yg mana dari minit ke 6.25 tayangan dah boleh agak dah ending.

11) Dan adakah kerana kami mengeset otak ke paras terendah sebelum menonton filem ini, dan tiba2 ending dia adalah tidak menyangka, maka saya dan suamis sepakat menganugerahkan thumbs up kepada Encik Syamsul di atas karya dia yg boleh dikatakan best ini.

12) Tak kira la Mamat Khalid nak kutuk dia kaw2 dan Ahmad Idham nak libas dia cukup2 dan penonton2 intelek lagi yg cukup ramai di Malaysia ini, tapi for me it's a good start for him. Kasik  la chance wei..

13) Recommendation? YES for orang2 dewasa dan tua2, and a big NO NO for budak2. Mua'z sampai ngigau-ngingau 3 hari 3 malam  pas tengok cite ni.



0 thoughs.. on "Khurafat - A Review"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal