Wednesday, March 30, 2011

Lagu riang ria..

Expressed by Noorita Yusof at 4:30 PM
Minta maap la kalo entry saya akhir2 ni balik2 pasal topik pagi Hotfm. Kalo takde idea cengginilah rupa dia.
Dah tua la katakan. Idea tak sehebat proton macam dulu2 lagi. Masa pon dah limited dah.. Klias bukan..?

Topik pagi HotFM pagi ni masih menarik macam biasa (tiba masanya untuk HotFM bayar saya sebagai freelance promoter nih). Tajuk pagi ini yg memanggil2 ku untuk mengedial tapi tak jadi sebab tengah posa telefon radio adalah Lagu-lagu Yang Anda Ingat Masa Subject Muzik kat Sekolah Dahulu Kala..

Dengar je topik ni lantas terpancul satu lagu secara semerta di ingatan. Memang terbaekkkk la lagu tu. Tapi before nak share lagu hit yg menduduki carta lagu riang ria sekolah tu, terlebih dahulu saya nak share pasal info cikgu2 yang penah ajar saya subject Muzik ni. Besalah saya.. Saya kan suka tokok tambah.. kuikui...

Darjah 1
Harap  maaf sebab tak ingat langsung. Agaknya cikgu dia tak best kot sebab tu tak ingat.. Hehe.. (Salahkan cikgu la plak kan. Walhal mmg banyak makan semut).

Darjah 2
Cikgu Sazali!! Cikgu muzik yg hensem dan baik dan saya sangat suka cara dia  mengajar. Saya masih ingat, alat muzik yg besi tiga segi tu pastu pukul kasik bunyi ting ting tu. Tak pon yang macam ketap2 ketam kaler merah biru tu. Tu je yg Cikgu Sazali bagi saya peluang main. Memang tahap tak reti main alat muzik yg lain hehe..

Darjah3
Masih Cikgu Sazali. Masa ni mmg rapat close dan berbaik2 la ngan cikgu sebab dah mula berjinak2 dalam kegiatan seni kan. Agaknya sebab kecik lagi dah menari2 ni jadi macam agak comel kot jadi Cikgu Sazali suka je nak layan2 saya. Maafkan saya atas aksi perahan santan di sini. (*perahan santan =  perasan hehe..)

Darjah 4
Cikgu Sazali dah tak ajar dah :(. Ganti ngan cikgu cina nama apa dah tak ingat dah. Penat saya mengetuk otak tapi still tak ingat2. Ee.. kalau tak bleh cari kat facebook kan. Tapi cikgu ni memang sporting binti talented habis lah. Segala koir, nyanyian solo, nasyid (Yeap!. N.A.S.Y.I.D) sume dia pegang. Saya masih ingat masa pertandingan koir kan, semestinya cikgu cina ni tukang main piano, baju koir kami kaler biru tua ada gambar triangle2 kaler kuning. Pastu ada reben besaq punya kat kiri kanan bahu. Abis bangga la tu time tu. Abis contest siap pakai baju tu pegi bersiar2 ke Pasaraya Hock Kee Seng. Sampai naik haus kaler baju tersebut. Pastu bila pertandingan nasyid lak kan, dah namanya nasyid kan, mesti la tenaga2 pengajar sume ustazah ke paling kurang pon cikgu melayu. Tapi tiba2 ada cikgu cina dan penolong nya cikgu india, ditambah pulak berskirt pendek di kalangan wanita berjilbab labuh, harus la ada terbit perasaan ingin menyorok di bawah kerusi kalau boleh, kata cikgu cina dalam hati. Nasib baik la tak menang, kalau menang?

Darjah 5
Cikgu Bahrain yang hitam hitam si tampuk manggis, makin dipandang bertambah manis.. Saya tak ingat cerita2 lain tapi saya ingat satu kejadian je. Masa tu ada ujibakat utk pertandingan nyanyian. Sudah lumrah saya nak masuk apa saja pertandingan ketika itu (pertandingan berkhatan je takleh masuk. Kalo boleh lama dah kot ekeke). Kebetulan la pulak masa turn saya tu, saya nampak ada seorang jejaka yg suka usik saya pon datang sekali. Malu la pulak kan.. Air muka dan control ayu kena la jaga. Terus lintang pukang lirik tak ingat sana sini. Apa lagi terus kena bantai. Cikgu Bahrain cakap "Orang kalau nak masuk pertandingan menyanyi kena la dari jenis yg 24 jam nyanyi je keje dia. Takkan lupa lirik punya. Baru layak!". Oh pedihnya..

Darjah 6
Tak ingat gak. Mesti samada cikgu tak kacak, tak best, tak seksi mahupun memboringkan.


Jadi, berbalik kita pada topik asal. Ala biasala kan.. Intro kena jauh panggang dari api dulu. Baru konar balik tajuk sebenar. Baru la Fadhilah Kamsah sket hehe..

Jadi lagu apa yg paling saya ingat masa kecik2 dulu..?


Semestinya....

Ada seorang budak,
Namanya Ah Meng,
Dia juga berkawan namanya Muthu,
Kami berkawan baik, sama sedarjah,
Bermain, belajar, bersama-sama,
Hey, Hey, Hey,
Hey, Hey, Hey,
Tiga sekawan....
Hey, Hey, Hey, 
Hey, Hey, Hey,
Tiga sekawan....

Dulu2 kan buku latihan muzik tu yg garis2 belah bawah dan ada ruang kosong belah atas utk lukis2 kan. Dan saya masih ingat lagi lukisan time tu.


1 thoughs.. on "Lagu riang ria.."

Decader on May 10, 2011 at 1:45:00 PM GMT+8 said...

menarik citer subjek muzik ko. buat aku teringat zaman sekolah rendah dulu.

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal