Tuesday, March 1, 2011

Takyah dok sembang sedap..

Expressed by Noorita Yusof at 5:59 PM
Orang Melayu ni memang kuat..

Kuat sembang.

Sejak hidup di bumi Allah yang bertuah ini, banyak dah saya jumpa manusia Melayu yang kalau menyembang ya astaga... Dia la juara. Sampai tak cukup mulut, kaki tangan sume turun sama naik hah. Punya la sedap sembangan itu.

Belum bab kutuk orang.. Uishhh terbaik vah vahh... Sana tak kena, sini tak kena. Orang tu salah, orang ni salah. Sume tak betul, sume tak kena. Diri sendiri yang banyak kekurangan tu tak sedar ke?

Saya bukan anti Melayu. Ada la tu yg dok terjuih bibir cakap yela.. gi la kawan ngan bangsa lain..
Tapi memang hakikatnya begitu. Sapa yang pernah mengalami, pernah rasa pasti akan tau bezanya.

Malas nak sembang sedap kat sini.

Tapi sekadar ingin mengingatkan. Termasukla yg pas baca nanti ni suka jaja cite orang pastu jadi bahan sembang time lunch, bawak2 la sembang menda berfaedah sikit. Dari dok sibuk cari kekurangan orang lain.

Kalau tukang sembang tu cakap serupa bikin takpe jugak. Tapi biasanya yang kuat sembang tu la paling bongok sekali buat kerja!

0 thoughs.. on "Takyah dok sembang sedap.."

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal