Monday, April 18, 2011

:)

Expressed by Noorita Yusof at 10:23 AM 9 thoughs.. Links to this post
Smalam abis je Sports Day Sofiya ingat dapat la singgah restoran best2 nak lunch kan. Memandangkan dah lebih kurang pukul 1 lebih dah time tu.

Me : "Pa, awak dah lapar lom ek. Nak terus balik ke apa?"  (Dalam hati menyimpan harapan konon2 nak  makan luar la kan).

Mr. Hubby : "Hmm kita tak la lapar bangat. Tapi kita balik je la. Awak masak." (Damn..)

Me : "Ha..? Masak.. Ala.. Ayam keras lagi la.." (Ala. Malas nye nak masak huhu.. Penat..)

Mr. Hubby : "Takpe kita boleh tunggu.."   (Damn.. Damn..)

Me : "Tapi cili kering takde. Cili padi pon tinggal sikit. Santan pon.." (Ajak makan nasik kandar please.. wink wink..)

Mr. Hubby : "Ok kita singgah Giant dulu beli menda2 tu." (A.I.S.E.H!!)

Me : "Hmm... Okla........."


Singgah la supermarket segala beli apa yg I claim abis tu segala....
Then masak la dengan muka muncung patbelas. Menu: Ayam Padang & Goreng Kacang Panjang.
In 1 hour (sungguhpun lauk adalah 20 jenis, tapi ayam adalah keras ok.. segar dari freezer) saya siapkan lauk kat meja.


Me : "Pa, dah siap.. Meh la makan.." (Suara mendatar abis la sebab tension kan. Laki aku ni takde hati perut langsung la.. Penat2 suruh gak masak uhuk uhuk..)

Mr. Hubby : "Hmmm... Sedapnya bau... Ni la dia hidangan dari syurga...."

Me :  :)    (Ok, segala penat lelah hilang dalam satu saat..)

Friday, April 15, 2011

Senduk senduk Fifi.....

Expressed by Noorita Yusof at 9:51 AM 3 thoughs.. Links to this post
Dah lama ekceli saya skip Panggilan Hangit kat Hotfm tu. Bukan apa rasa cam bosan la plak.
Rasanya dalam 5 call, 4 dah tau dah sapa yg call. Pastu blakon2 pretend2 terkejut la pulak. Clue? Bila awal2 lagi dah tanya ni sapa from mana.. Pastu bila dah tau kena panggilan hangit, terus tanya sapa yg kenakan dia. Kaedahnya nak nama pengena dan dikena tu berkumandang di udara.. Hek eleh..

Ok2. Tak semua la kan.. I kan macam Raja Petra. Suka ati mak bapak sedara saya nak tulis apa kat blog pastu tak ngaku point kat sapa hehe..

So panggilan ari ni saya dengar sebab yg tukang hangitkan orang tu adalah Fifi si senduk sotong hehe..
Nak gak dengar dia menggatal ngorat orang kan. Tapi belum abis dengar saya tukar station lain sebab rasa mamat tu macam tau je. Si Fifi ni pon satu, ada ke ngaku nama dia Fifi. Sebut la nama Maria Mariana ke, Maria La Usurpadora ke.. Ni Fifi satu Mesia tau tu si Wak AG kan.. Appada..

Makanya point sebenar saya nak cite ni bukan pasal sotong ke, kerang ke atau ikan siakap. Tapi kisah nyah atau nama manjaan - noks noks ni ngorat jantan kan.

Sapa jantan tu? Adalah orang paling rapat ngan saya, sapa lagi kalau bukan boyfriend aka tunang aka suami saya kini..

Tak tau lah tang mana ke hebatnya, tang mata ke istimewanya Mr Hubby ni sampai selalu jadi tumpuan aweke2 berhalkum kita ni. Dulu masa couple, kalo gi jalan2 dan lantas berselisih dengan 'awek2' ni kan bukan they all melirik kat haku tapi menyengih kat boifren ku..?? Apakah menyengih pada yg kau ada apa yg aku ada..??

Kalau takat sengih tu boleh lagi. Ni sengih dan mengekori?! Derang macam tak peduli la saya kat sebelah kan, dia tau dia nak menggedik jugak. Yg Mr Hubby pon satu. Makin kena ikut, makin galak dia dok gelak sebab kelakar katanya. Time tu kelakar la kan. Tapi bila sampai tahap makrifat berikutnya..? Tak ke naya..

Lagi menjadi2 masa Mr Hubby penah masuk majalah pelam tu lagi sensasi tu. Apalagi kalau bukan majalah Mangga zasss... Don't ask me how and how the pose was tapi adalah memang menarik2 awek2 halkum kita ni menjadi histeria (la kot). Punyala banyakkkkkkkkkkkk surat cinta dia dapat. 40% je dari perempuan tulen ya.. Selebihnya..??? Sendiri mau ingat... Dan kalau dah namanya awek halkum, kasik lak surat cinta kat marka halkum jugak, apa kes...?? Harus la ada ayat2 sensual seperti "Adik suka tengok dada abang yg bidang.. Kalau baring kat situ bestnye...", "Saya nak call abang boleh? Nak jugak dengar suara abang yg merdu tu" (mana kau tau merdu tak merdu?), "Yaya suka tengok mata abang, menikam kalbu..", "Boleh tak nak amik kanda jadi abang angkat dinda...?" dan macam2 seribu satu patah ayat2 muntah darah yang lain lagi lah. Belum kira yang siap pos gambar. Yang hado...!

Saya masa tu geli tu geli jugak. Tapi saya mengencouraged dia utk balas. Nak gak tau apa progress kan haha.. Tapi Mr Hubby cakap jangan cari nahas. Betul gak hehe..

Bukan kata orang kirim surat. Reporter yg bertanggungjawab menyeret Mr Hubby ke lembah kemempelaman ni pon 2x5. Boleh di tengah2 pagi yang hening dia sms Mr Hubby ajak teman outstation pegi Kelantan. Kesunyian takde orang teman katanya (ewah..?).

Dah masuk alam pekerjaan dan dah kawin pun aroma penarikan masih ada kat dalam diri dia. Ada pulak rakan sekerja ajak tido rumah.. Ingat niat suci ada tersemat di situ tapi bila sms seterusnya menyatakan bilik dia kosong sebab kawan sekatil (sekatil ya. diulang. SEKATIL) balik kampung dan sekarang takde kawan, ha kau jgn nak mengada2 ya. Karang kena rogol sapa susah..??

Rupa2nya kan baikla kita susah hati boyfren kita or laki  kita kena ngorat dengan seorang gadis atau mak janda sekalipun takpe. Ianya adalah normal.Tapi jika dia dingorati oleh kaum sejenis, perasaan geli dan ngeri tu berganda2 I tell you. Takut..... Tapi yang penting empunya diri tu kena kuat iman la kan. Karang terjerumus Nauzubillah..

So nyah.. Boleh pandang pandang.. Kenot pegang pegang ya... ;)



"Hi abang... Ngorat la saya ngorat la ngorat la..."

Tuesday, April 12, 2011

Disney on Ice 2011 - Worlds of Fantasy

Expressed by Noorita Yusof at 5:01 PM 0 thoughs.. Links to this post
Adalah terlambat mengupdate.

Last last Sunday we went to our so called annual kids fun time. Apalagi kalo tak Disney on Ice time..!!! (Sapa yg excited ni aku pon confused).



So mari kita biarkan gambar berbicara.



I'm ready!

Payah nyer nak amik gambar budak ni. Asyik lari sana sini!


We're ready!
 
 Main character for this year - Little Mermaid, Cars, The Lion King & Tinkerbell


video
Host - Mickey Mouse and Friends...


Cars..


Little Mermaid & kawan2


The Lion King


Intermission - Makan2 dulu..


Tinkerbell


Masing2 dapat upah baru la nak balik..



Post Mortem:
- Still tak dapat menandingi Disney on Ice Princess Wishes last 2 years. Show, character, props sume2 lah.
- Kali ni tok ma budak2 join. Dah namanya ada orang senior join kan sume kena lengkap serba serbi. Daripada makanan sampai ke persediaan kencing berak baju spare, sluar spare, jaket takut sejuk, plastik takut muntah, minyak angin takut sakit perut, blah blah sume cukup lengkap!
- Makanan saja dah boleh bawak pegi berkelah dua hari dua malam - nugget, sosej, fries, ciken wing, roti cekelat, oreo dan macam2 makanan kedai koperasi sume ada dalam beg. Tunggu ngaps je.
- Sofiya dah besar kan so dah pandai mengenjoy. She very excited from beginning sampai abis. Lebih2 time mermaid kuar.
- Mu'az macam takde perasaan. Diam dan makan je keje dia.
- Dah dekat nak abis baru Mu'az bukak mulut - "Mama, mana Hantu Kak Limah tak kuar2 ni..?" Nak, orang dah sampai ke Hollywood, apakah masih setia bersama Mamat Khalid?? Adalah sungguh sambal belacan anakku yg seorang ini..
- Dah abis show harusla kena beli ole2 buah tangan kan. Nasib budak2 tak merapu nak mainan bukan2 yg mahal macam bedil tu. Harusla saya beli ole2 yg paling murah harganya - coloring book yg berharga RM15 sekeping sahaja. SAHAJA ya!

Friday, April 1, 2011

Yearly headache (bcoz too excited!)

Expressed by Noorita Yusof at 2:16 PM 2 thoughs.. Links to this post
Mr. Hubby nye birthday is just around the corner!

And saya macam biasa masih tercari2 hadiah apa yg the best nak kasik dia kan.

Jom semak checklist sat.

2000
Body shampoo dalam botol shape dumbbell. (sebab dia tengah menggila bina badan time ni)

2001
Patung popeye. (sebab lengan dia gemuk cam lengan popeye the sailorman.. tut.. tut..).

2002
Buku ada quote love2. (sebab dah start nak berjiwang).

2003
T-shirt berkolar kaler kelabu (pilih sama2 ngan ma & abah. jadi ciri2 hadiah adalah kebapaan sket).

2004
Wallet yg ada ukiran nama dia (nak tunang kan. wallet kena yg jenis ada byk ruang2 sket. hehe).

2005
T-shirt fit kaler creame (sebab seksi).

2006
Buku motivasi (sebab masing2 kena pandai motivatekan diri sejak dua menjak jadi parents kans).

2007
Belt (sebab tak tau nak kasik apa dah).

2008
Magic trick set. Punya la setahun kasik hint nak menda ni kan kan kan.. (Mr Hubby terer buat magic woo.. Setaraf David Blind! hehe).

2009
Pakej spa (Sejak dua  menjak berbisnes ni, penat je manjang. Kasik la chance manja2 diri sket..)

2010
Sling bag & kek shape burger, homemade punyah!

2011
??


Jadi 2011????

Masih mencari2 hadiah yang the best.

Tapi ari tu ada tanya dia nak apa utk birthday kali ni. Jawapan dia senang je.

"Kasik kita duit".

DUIT..?

"Sebab kita nak beli buku".
"Nanti resit dia kita kasik kat cayang balik. Boleh dapat refund income tax kan".
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal