Friday, August 19, 2011

Merecuns dans bungers apie...

Expressed by Noorita Yusof at 2:50 PM
Ari tu pas bukak posa kat umah kakak ipar, budak2 ni pegi la main bunga api kat luar sementara mama dan papa memasing sibuk tengok Datuk Lee Chong Wei ngan Yang Berbahagia Lin Dan compare2 peluh sapa paling banyak turun kat TV.

Point kat sini bukak peluh sapa paling tumpat, tapi bunga api sapa paling meratap.

Tell uols, malam tu budak2 ni main bunga api hok kaler merah tu yg ada belerang kat dalam tu 2 ikat. Satu ikat adalah pat ringgit je, bukan pat posen! Kau.. Kemain la eksited tak tehingga budak2 ni bersuka ria dengan bunga2 api tersebut. Dia tak tau dulu jaman jaman mak bapak derang, bunga api berbelerang inilah yang menjadi pilihan terakhirrrrrrrrrrrrrrr sekali untuk dilayan. Sebab paling murah lagipun..

Ingat tak bunga api mana yg saya  utarakan nih?

 imagine - satu ikat genggaman si Mua'z rege dia pat hengget?!


Tengok rupa luaran sama kan macam dolu2 nye tapi dalaman ya astaga nye ampes. Dulu sebab murah kan so dapat beli byk2. Punyala boring main menda ni sehingga memacu ke arah kreativiti. We all patah patahkan letak kat lantai simen then nyalakan terus jadi wooshh!! cam mercun u... at least... macam la mencabar kans..

Tapi bunga api merah ni zaman skang punya la lembik lagi lemah lembut mak ai.. bukan kata nak patahkan,  pegang je boleh terkulai layu di tasik madu? Apakah? Pastu tempat yg ada belerang tu kan punyala pendek.. Nak tau skala pendek dia cemane? Kan biasa  la budak2 kan main bunga api beserta tak lain tak bukan lagu tema dia "Selamat Hari Raya" lagu si Saloma tu kan. Baru je nyanyi "Selamat..." then bunga api abis! hahaha... terpinga2 la budak2 ni sebab baru nak start kunci lirik dan padam ekkeke.. Kalau dulu, kau cucuh pastu lari keliling rumah nak nyanyi  lagu Selamat Hari Raya dari awal sampai abis pon boleh haha. Siap boleh sambung ngan lagu DJ Dave lagi hehe (macam ada bau2 hauta sket di sini).


Pastu kan, takde pastu dah. Tu je bunga api yang ada. Tak puas kalu, sila main mercun hebat di abad ini.

Tidak berbahaya, baik utk  kesihatan & gerenti jari masih cukup sepuluh lepas main nih.


So abis kisah zaman kehari rayaan budak2 zaman skang. Now saya nak kongi mengongsi nostalgia bunga bungi api di aildilfitri time mama papa dia plaks.

Dulu, seawal2 Romadhon al murabarak dah carik bunga api dah Senah oi.. Sebab? Ni la dia galang gantinya yg dijanjikan oleh ibu bapa buat anak2 mereka yg gigih berpuasa. Jadi tiap2 hari beli, boleh la bakar duit tiap2 malam tak gitu? Pastu ada jugak simpanan hari muka. Tak lain tak bukan  mestila simpan kaw2 untuk  malam kemuncak iaitu malam tujuh likur..Tanya budak skang bila malam tujuh likur? Malam tengok You Saka Pergi Jauh2 tau ler..

Dulu kan kat meja tukang jual bunga api kemain la meriah uols... dari sekecik2 mercun, sepanjang2 bunga api sampai setinggi mercun das ada. Siap tanglung macam2 aneka wajah  lah. Lani meja tukang jual bunga api berkeluasan 1/18 kaki persegi je. Tu pon menyelit sebelah brader jual air tebu ataupun sebelah pakcik murtabak bawang je penuh tapi daging tarak. Mata melilau kiri kanan atas bawah takut kena ambush hehe..

Walaupun penuh meja dengan bunga2 api yg menggamit, tapi ibu bapa saya telah menetapkan hanya boleh  main certain2 bunga api dan mercun sahaja. Yg lain? Cuba la mintak kalau nak rasa kena jentik telinga.Sebab tu la kot jari jemari I masih lengkap dan runcing seperti janda Khairul Fahmi kan ehhe (abaikan menda melalut ini).

1) Bunga api satay. Satay ayam lagi sodap..
Amacam? Ada kenal? Dulu ni la bunga api idaman kalbu. Sebab? Dia adalah panjang dan mengeluarkan kaler2 hijau, kuning dan merah. Sungguhpun asap dia kalah asap fogging nyamuk aedes, tapi ianya adalah  best.






Andai takut dilambung lemas asap, jangan berumah di tepi bunga api ini..






2) Bunga api kucing
First skali it wasn't me yg tulis I FOUND THEM tu. Memandangkan gambar adalah dicilok dari blog sapa2 hasil capaian google image, jadi redhakan aja. Lagipun mood mengcrop adalah tidak muncul ketika ini. Jadi kita biakan aja expresi teruja ini sebab saya pon eksited gak bila jumpa gambar nih.
So bunga api kucing adalah very the terbaik kau memang da boom sebab hasil bunga apian yg keluar tu adalah cantik. Memancar2 macam ada star2 walaupun terasa2 memercik di tangan.



Gitew.... Cantik bukan...











3) Bunga api belerang (ni nama I kasik hehe)
Dulu bukan macam handle merah macam gambar kat atas je ada, handle biru pon ada taw.. Pas main handle2 sekalian kita biar je bersepah kat laman rumah. Menyapu adalah ditegah sebabnya nanti esok bila tengok balik akan tersengih sendirian mengenang keseronokan. Nostalgik ke tragik..
Disamping menjadi pilihan terakhir sebab murah gila, skali main sampai pegang2 dua2 belah tangan, pastu satu tangan sampai ada 2-3 batang. Punya la kan nak cepat abis ekekek..







4) Ngecun Dah (atau bahasa wilayah persekutuannya Mercun Das)
Biasanya ada 2 jenis. Yang panjang ngan pendek. Hati memang la meronta nak yg panjang tapi ibunda bagi green light yg pendek je. Ok, ciri2 keselamatan masih diambik berat la kan.. Tapi biasanya saya tukang beli je (ops not me, my parents. lembu punya susu, kerbau dapat nama la plak ehe). So yg tukang cucuh adalah bapak sedara yg hensem nama dia Pok Joe or adik lelaki saya bila dia dah tiba di muka bumi ini dan sudah ada keting keras baru layak.

 Cara main dia camni. Kena tala nunn ke langit  pastu akan keluar bedil2 satu persatu, berdas das. Sebab tu panggil mercun das. Kalau mercun ni kuat nangis tu nama dia mercun Devdas.


5) Mercun gasing
Satu-satunya mercun agak 'ganas' yg abah saya bagi main. Satu paket ada 6 bijik. Satu malam 2 bijik je leh main.
Jimat berjimat amalan mulia gitu kans..








Camnilah gasing ni berputerrr.. Cantik kan.. pandai orang ni amik gambar..hehe. Syarat (ada syarat.. macam Tiga Abdul la plak) nak main game ni adalah kena  main kat permukaan licin macam simen. Kalau main kat rumput kalu, ko tunggu la mercun gasing ko jadi mercun congkak.






6) Mercun roket
Start main mercun ni masa adik saya dah pandai main2 mercun. Sebabnya? Kakak dia mmg penakut pait ngan mercun ni.









Cara pasang dia macam ni tau puan2... Seelok-eloknya taruk dalam botol, cucuh then wooshhh dia naik atas. Jangan cucuh macam bunga api satay tu je.. Kelak anda2 semua yang hangus macam satay jadiknya hehe..













Masa arwah atuk saya (yang saya panggil Ayah) ada lagi, ni la mercun kegemaran dia.
Hamik! Mercun KongSi KongSi KongSini... Dia akan lerai satu2 pastu pasang sambil baling2 kat ayam. Ada unsur2 kejam disitu tapi adalah comel wahai ayah.. :)

Pendek (nyaris nak type pundek tadi -_-") kata tu  je lah mercun n bunga api nostalgiaku.
Anak2 saya sekarang mewarisi 1% peratus je sebab takde jual sangat dah. If ada pon mahal macam telur penyu harga dia. Baik beli telur penyu, boleh gak buat makan2 hehe..

Bila dah kawin, baru la brani tengok (tengok ya, bukan main) mercun bola. Dulu Encik Hubby saya suka  la main mercun ni masa kitaorang dok kat 17th dulu. Tengah2 malam karang dia pasang pastu lepaskan dari tingkat kitorang. So sampai bawah POMM!!!. Kalau ko tak dengar alarm kete bunyik, tak dengar baby nangis, tak dengar pakcik Muthu maki hamun dalam bahasa Urdu mmg tak sah!

 Mercun bola yang telah banyak meragut nyawa jari jemari kanak2 khususnya jugak bukan kanak2 amnya..
(apsal dah jadi macam artikel Karam Singh lak ni. Cuma tangan je tak naik nih)



Rumusan?
Budak2 dulu adalah bertuah dan budak2 sekarang adalah kesian... Kwang Kwang Kwang..

 Mana nak dapat open table macam ni dah skang ek..?


2 thoughs.. on "Merecuns dans bungers apie..."

Liyana on October 12, 2011 at 2:27:00 PM GMT+8 said...

hahaha kelaka la pulak bace entri ni.. :D

kan...budak2 dulu lg best. bdk2 skrg kesiann

Noorita Yusof on October 20, 2011 at 3:10:00 PM GMT+8 said...

tula kan liyana.. merasa bunga2 api serpihan je hehe

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal