Thursday, August 4, 2011

Posa dulu dan kini..

Expressed by Noorita Yusof at 1:40 PM
Dulu

- Yang sebenar benar dan sejujur jujurnya saya start pose betul2 tarak tipu punya adalah masa darjah 6.

- Dah la kadang2 tak posa (okla salu tak posa). Muka selamba dek pegi makan kat kantin bersama kawan2.

- Satu satunya makhluk yang boleh mencabar kewibawaan poser saya adalah tembikai potong kaler merah juicy tak hengat terlentang dalam peti ais.

- Dulu masa kecik2, bila tak tahan sangat, bedal tembikat sepotong pastu balun megi sebungkus. Dah kenyang, 5 minit kemudian, menyesal. Ma ni pon satu, yg pegi potong timun cina siap2 tu kenapelah...Yang aku ni pon satu. Yang gatal2 pegi jenguk peti ais bulan2 ramadhan tengah2 hari buta tu sapa suruh?

-  Kuih yg paling dicintai masa bulan pose adalah kuih Hasidah. Tak jumpa kat mana2 muka bumi lagi selain KT. Kuih dia sempoi je. Tepung gandum lembik2 ada bawang goreng. Tapi adalah very the high!

Ini dia kuih 'high' tersebut..

- Minuman wajib waktu berbuka dulu2 adalah air tembikai potong2 dadu dalam air gula. Sedap nak pengsan!

- Takde kegiatan sapa tak poser tak boleh buka sama2 orang posa kat meja. Kalau buat macam itu kalu, ibu dan bapa saya nanti buka berdua2an sahaja. Mana ada adik lagi time tu. So tak meriah.. So, mereka tidak kisah akan dakyah ini hehe..

- Lepas berbuka, ikut Chek pegi terawikh. Lagi feel ikut orang tua terawikh dari ibu bapa sendiri. Sebab? Tak dapat dipastikan.

- Bila tiba je malam tujuh likur, main bunga api sampai tengah malam dengan kazen2. Tapi tiada pula kejadian terputus jari, tertanggal tangan dan sebagainya.


Kini

- Skang posa tak posa rasa sama je. Kadang2 buat keje sampai tak makan. Jadi posa secara tidak siaran langsung.

- Jarang la dapat proper2 buka poser kat meja mengadap lauk. Biasanya kunyah kurma sambil teguk air kotak sambil memegang stereng dan meredah jam belantara.

- Kalau kat rumah pulak, sempat makan kurma je dulu. Yang penting, anak2 kena kenyang dulu. Suap mereka siap2 baru la turn kita nak membedal ke apa pastu.

-Takde kaedah menghitung hari posa sebab tak sempat hitung2 tau2 dah habis dah bulan posa.

- Dulu eksited gila pilih baju tapi kini baju sendiri last skali. Baju2 anak2 dulu yang penting. Kita pakai baju tahun2 lepas pon tak kisah.

- Kadang2 macam takde beza bulan posa ke tak posa. Jiran2 tetangga masih tiada  mengamalkan amalan mulia bertukar2 juadah di petang hari dan sebagainya. Masih dengan sikap aku dan hal aku ko hal ko la hokey?

- Menu buka posa tak abis2 murtabak, tepung pelita. Hasidah tarak..




Kesimpulannya, tanya la sapa2 pon, zaman posa masa kecik is still the best!

3 thoughs.. on "Posa dulu dan kini.."

liyana on August 10, 2011 at 12:03:00 PM GMT+8 said...

bru pestime dgr kuih nama hasidah :)
mcm ala2 cekodok ke kak?

ibu amoi & raid on August 26, 2011 at 11:30:00 AM GMT+8 said...

bestnya..teringat masa kecik2..
hai salam perkenalan

ibu amoi & raid

Noorita Yusof on September 12, 2011 at 12:36:00 PM GMT+8 said...

liaya: yeke.. belum rasa lagi tu hehe
ibu amoi: salam perkenalan,, terima kasih kerana sudi singgah.. :)

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal