Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Expressed by Noorita Yusof at 12:10 AM
Ramadhan tiba lagi..

Dulu setiap kali bulan posa je excited gila! Bukan eksited apa, eksited sebab dapat balik kampung dan beraya bersama2 sepupu sepapat yang punyala ramai nye umat. Gamat.. Dan disebabkan tu jugak my darling hubby asyik nak balik Ganu je tiap2 tahun. Sebab? Kat kampung dia (JB kampung ke) dah takde budak2 bergamatan dan takde tangan atuk nenek nak dicium. Sudahnya, 6 tahun kawin, 5 kali dah raya kat Trg hehe.. Sekali je raya kat JB tu pon saya sukarelawati pujuk dia nak raya sana.. Konon nak rasa la kan suasanana riang ria di hari raya..

Tapi Ramadhan 2010, telah menyaksikan Ramadhan yang paling sedih dalam hidupku.. Ramadhan di mana nendaku pergi..

Masuk tahun ni, dah 2 kali kami beraya tanpa arwah. Happy tu happy la. Tapi macam tak lengkap. Macam makan nasik takde kuah, macam minum milo takde sudu, macam makan ayam goreng takde sos..

Biasanya pagi2 raya sume siap cepat2 nak berkumpul rumah Chek, nak cium tangan dengan pipi dia.. Pastu bergambar ramai2 - acara wajibalghunnah setiap tahun. Tapi since last year, macam tak tau nak kumpul umah sapa. Last2 kumpul rumah makcik, amik gambar gak tapi, masih ada yg kurang..

Tiada lagi nasi dagang.
Tiada lagi laksa Terengganu kuah putih, kuah merah.
Tiada lagi nasi tu nasi ni.
Tiada lagi duit raya yg setiap kali nak bagi mesti dikorek di celah baju dalam dia :).
Tiada lagi pelukan dan ciuman dari pipinya yang sejuk...
Tiada lagi pertanyaan itu ini. Keje macamana. Makan kat KL macamana. Jaga budak2 macamana.
Tiada lagi cerita jiran sebelah, cerita sepupu saya dah beranak lagi sorang, cerita anak sedara yg jatuh motor, cerita biawak masuk bilik air, cerita kucing beranak lagi 6 ekor, cerita itu cerita ini..
Yang penting, tiada lagi baju kain sepapan sekaler yg dipakai oleh semua kazen2 lelaki termasuk la adikku dan anak lelakiku.. Sebab dia yg jahit sume. Ya semua ya.. Tahun ni saya bet, sume mesti berangoli la kalernye..

Sunyi.

Suami ada. Anak2 ada. Ibu bapa ada. Kawan2 ada. Tapi Chek tiada.

Chek tak sama.

Dulu kalau nak call Chek, kena pastikan set masa betul2. Sebab sekurangnya kena spend masa stengah jam, paling koman la tu. Ceritanya tak berkesudahan.. Ada2 saja celotehnya.. Pernah masa saya tido kat rumah dia, dengar cite dia sampai tertido. 3-4 pagi, tak abis2.. :)

Dulu, setiap kali balik kampung, sampai je mesti kena jumpa dia dulu. Kalo tak, siap. Menjawab la ko..

Setiap kali nak balik KL smula, kena jumpa dia last skali. Setiap kali saya nak kasik dia duit belanja, mati2 dia tanak. Sampai kena selit kat lokasi feveret dia.. Mana lagi, baju dalam la haha..  (Jangan main2, baju dalam dia ada zip ok hehe).

Kalau nak list, mmg byk yg kehilangan sejak dia takde..

Tapi saya akur dan faham.. Fitrah kehidupan. Akan ada yg datang dan pergi..

Buat nendaku yang tersayang, Che Zaharah, Ieta sayang Chek sangat2.. Dunia akhirat..
Semoga tenang di sana... Al-Fatihah...




Salam Ramadhan buat semua..

1 thoughs.. on "Salam Ramadhan"

antonio said...

al-fatihah jgk nenda mekta yg terchenta....semuga rohnya ditempatkan di tmpt org2 yg beriman....


berangoli....i like tat word...saperlaa pencetus idea tuu..heheh

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal