Tuesday, September 20, 2011

Puak2 Facebook

Expressed by Noorita Yusof at 12:17 AM
Setakat pemantauan (pantau tuh) saya setakat ni kan, saya rasa pengguna2 Facebook boleh dikategorikan seperti di bawah:-
(Diulang, pemantauan saya ya, bukan pemantauan Robert Kiyokawasaki)

Calon-calonnya ialah....

Observer Teragungs..
Sebarang hupdate, komentar, kepuasan, kesukaan, makian, cacian setiap orang dalam friend list sume dalam kotak paler utaks dia. Dari update orang pasal kucing beranak 6 ekor tapi 5 ekor mati sampai ke update kawin bulan lepas, cerai bulan depan sume dia hup-to-date. Ko tanya la apa2 berita terkini pasal sapa2, kompem dia tau punyalah! Memang gulung tikar la Pancaindera!


Abang Abang Adik Kakak SS (bukan Super Saiya tapi Syok Sendiri ekeke)
Ni yg bangsa set Facebook setting dia boleh post status je tapi tak kasik orang komen. Samada ko jenis tak dapat terima kenyaatan ataupun takut takde sekor umat komen status anda walaupun update status pat blas baris. Cover malu baik punya, tarak kasik orang tulis kalu.. Amma..~

Mr. and Mrs. Like
Ni jenis mengelikeee je khojenye.. Orang peknen dia like. Orang menang loteri dia like. Orang cirit birit dia like. Orang yg tukar status 'Married' to 'Single' pon dia like..?

Dewata Bahagia
Ni pulak yg pesen muncul sebagai pengomen bila bila masa orang post status ke gembira-gembiraan. Dia akan menumpang2 bahagia serta riang ria.. Komen dia penuh kata2 shweet lagi manis bak gula gula choki choki..

Jin Afrit
Ni berlawanan dari kategori di atas. Bila tang orang suka2 hati, orang macam ni tak nampak batang muka. Time orang tulis menda2 sedih lagi berhati parah dan dan la muncul si markonah di ntah dari mana. Siap bagi kata2 nasihat yg buat hati orang yg tercalar bertambah menanah!

Imam Muda Mark Zugebeg & Ustazah Pilihan Gaga Ulala
Pantang orang tulis bab2 ugama lagi kerohanian sket, tu dia... Ntah dari celah mana tubik la komentar2 berhadis siap2 nas nas sahih dari kitab2 ulul azmi. Yang selama ni diam mencatuk yg aku ingat dah lama bersara dari dunia hullahoop rangkaian sosial tetiba je tunjuk dakwah yang salah keretapi. Kalau betul takpe le jugak. Ni sama naik dengan orang gila isim tepi jalan. (emo sikit disini sebab menyampah tahap mughalazah).

Diam-diam ubi berisi.. Diam2 FB senyum sendiri
Dalam bahasa cyber cafenya adalah silent reader. Keje dia bacaaaaaaaaaa je update orang, komen orang, pujian orang, makian orang. Nak balas, sumeeee dalam hati je. Nak marah ke, nak sokong ke, nak keji ke, sumeeee depan PC/notebook/Ipad/Iphone/Blackberry/Blueberry/Strawberry jam sahajer..

Sinis sinis si tompok cili, lagi sinis nak kena cili..
Hok ni bangsa komen nak bikin panas je.. Pantang ada status yg sensasi sket, cepat2 la dia komen kasik orang naik panas.. Ni pon jenis untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Hanya muncul di ketika2 status terpilih ada sahaja.

Sahabat sejati dunia akhirat
Aku post status, ko komen. Ko komen, aku update status. Aku tag ko, ko tag aku. Ko share aku, aku link ko.

Wartawan hiburan meja makan
Atau saya panggil psychotic.. Ni bangsa skodeng status orang sebab nak jadik modal cerita time makan. Sasterawan negara ya jugak. Sebab nanti orang tulis 4 patah je, diolah jadi 100 patah perkataan dengan 5 perenggan.

Makan situ sana sini
Ni macam awok je ni.. Awok memang gemor la tulis ari ni makan mende, ari ni masak mende, ari ni beli lauk mende.. Pastu gemor la skodeng gambar2 lauk pauk yg di post kawan2.. Especially yg baru2 kawin tu kan.. teruja gitew nak nengok gambor lauk2 seperti ayam masak kicap jalen kalau-takde-saya-pon-tak-lalu-makan, sardin riang tirana, telur dadar suami sayang dan nasik putih sesuci lebaran.

Kipasan Ananda Krisnan
Amik gambar dengan duit disusun indah seperti kipas Baba Nyonya, dengan senyuman paling menawan Colgate gunakan tanpa was was. Takpun tabur2 duit kat katil dan terbaring persis Shashi Kapoor berguling di kelopakan bunga bersama Sharmila Tagore. Dah cukup berahi gambar2 itu, pastu pakat2 tag orang sana sini dengan status- Jutawan dalam Masa 3 hari! Kalau saya tipu sila amik kipas syiling dan pelangkung ke kepala saya.

Usahawan muda dan tua pon ada
Ni masuk FB sebab nak carik pelanggan je.. Sayer sokong je sebab sayer memang suka orang2 meniaga ni. Lagipun best apa beli belah di FB walaupun kena bayar faedah dengan harga yg boleh dapat sehelai anak tudung dari pasar malam.


Yang seterusnya tu tamboh sendirilah ya.. Macam2 bangsa la pendek kata kaum2 FB ni. Tinggal nak tapis dan melalui proses menggrade jer.


Suka entry ini? Sila like hehe...

2 thoughs.. on "Puak2 Facebook"

Jen Jen on October 12, 2011 at 3:15:00 PM GMT+8 said...

i like...

Noorita Yusof on October 20, 2011 at 3:10:00 PM GMT+8 said...

:)

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal