Tuesday, November 27, 2012

"Anggun Pesona, Dewi Jelita" - Daftar Sekarang!

Expressed by Noorita Yusof at 11:07 AM 6 thoughs.. Links to this post
My dear friends..

Ieta Resources kembali lagi dengan event terbaru


"Anggun Pesona, Dewi Jelita"



Kami bawakan TIGA slot utama beserta satu slot BONUS!

1) KETAHUI RAHSIA KULIT CANTIK & TANGANI KULIT WAJAH BERMASALAH

2) PELAJARI TEKNIK SOLEKAN PANTAS & MENAWAN

3) BAGAIMANA TAMPIL STYLO DALAM PERSALINAN MINIMAL


BONUS!
Pendedahan eksklusif membentuk badan menawan dalam masa yg singkat!
(Manfaatkan keadaan bentuk badan semulajadi kepada bentuk badan ideal)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Date: 8th December 2012 (Saturday)
Time : 8:30am to 5:00pm
Venue: Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tentative Program:
8.30-9:00     : Registration & Welcome tea

9.00-10.00   : Penjagaan Wajah (Oleh Shazlina Samsudin - Independent Beauty Consultant)

10.00-10.15 : Tea break & snack

10.15-12.00 : Asas Solekan Diri (Oleh MuzaNyra- Make-up artist, Ex-student Awinseindahwajah)

12.00 - 1.30 : Lunch & Zohor prayer

1.30-2.30     : Rahsia Pembentukan Badan (Oleh Penasihat Pembetukan Badan Wanita)

2.30-3.00     : Simply Stylo (Oleh Noorita Yusof - Part time model, Beauty Product Endorser)

3.00-3.15     : Tea break & snack

3.00-4.00     : Simply Stylo (continue)

4.00-5.00     : Miss Dewi Jelita Crowning & Photo shoot.



- Artis undangan : Memey Suhaiza
- Doorgift untuk semua peserta 
- Lucky draw untuk peserta bertuah.
- Peserta berpeluang memiliki portfolio modelling pertama di sini.

Tempat adalah terhad. Hubungi untuk pendaftaran.
017-239 7177 / 017-334 7177
noorita_y@yahoo.com
FB: Anggun Pesona, Dewi Jelita




 

Thursday, November 15, 2012

Ada apa di sana..

Expressed by Noorita Yusof at 4:19 PM 1 thoughs.. Links to this post
10 sebab saya suka balik kampung saya..



No doubt. Can't find elswehere!

Dunlopillo ke, Dreamland ke kat KL, takkan sama katil di kampung..

Tiada kompromi!


Beribu gerai keropok lekor tiruan di KL, manakan sama keropok asli..

Pekak dan muak dengan jam di KL.

Kalaulah ada ICT di Sri Gombak..


Hanya di Terengganu!

Tak perlu nak tawar menawar dengan Bangla atau Indon.

Hasil air tangan ibu tetap tiada tandingannya..


Dapatkah dibeli damai ini di mana2..?






Gambar makanan sesaja? Well, just telling you the truth.. ^_^

Saturday, November 3, 2012

Apa yg saya suka buat dulu & buang tebiat jika buat sekarang..

Expressed by Noorita Yusof at 12:58 AM 0 thoughs.. Links to this post
Apa yang saya suka buat dulu..
Tetiap petang pakai tshirt and skirt pendek (feveret time tu my purple feminin-cut tshirt + skirt itam pendek kembangg setaman. Rasa terus transform jadi Erra Fazira kuikui) pastu naik basikal round keliling kampung dgn adik. Sambil round sambil main lumba2. Sambil kayuh laju2, skirt kembang akan berombak2 ditiup angin. Tangan plak satu pegang handle satu kontrol skirt takut terselak2. Ye ye.. dah tau terselak pehal pakai gak kan kan..? Sebabbb rasa cantik. Sekian.

Buang tebiat jika buat sekarang..
Pakai tshirt pendek? Pakai skirt pendek? Nak kena pelangkung dengan laki...??
Naik basikal keliling taman?? Keliling rumah pun belum tentu ada masa..

Pastu perasan2 orang tengok.. -_-"



Apa yang saya suka buat dulu..
Dalam kete sukaaa sangat tengok permandangan luar lantas berangan. Kalo lalu tempat hutan2 sket abis sume pepohon rendang tepi jalan aku tilik. Sambil tilik sambil bayangkan kalo dilukis kat kanvas mesti macam ni macam tu.. Kalo lalu kat pekan2 plak, mesti nak tengok siaran TV apa yang kedai2 kopi tengah pasang. Nak2 kalau ma abah ajak  kuar jalan ketika sedang menonton rancangan kegemaran, maka tengah jalan sibuk la tinjau TV kat kedai2 kopi. Sempat la tengok sekilas scene mana dah masa kereta kebetulan lalu depan kedai derang..

Buang tebiat jika buat sekarang..
Apa ko buang tebiat nak meninjau2 panorama luar? Abis panorama depan kereta sapa nak tinjau? Panorama nak pulas stereng belah mana sapa nak tengok? Karang silap2 kereta masuk longkang.


Pengkoyaan is in progres..



Apa yang saya suka buat dulu..
Dulu suka minum air milo atau air rut bir sambil berangan2 iklan Scott's Emulsion.  Dulu ada satu iklan Scott yg aksi suap menyuap scott emulsion pakai sudu ke mulut anak lah, bapak lah sapa2 lah. So saya pun berangan la cam iklan tu. Buat2 muka hepi sambil buat2 kena suap. Sejam nak abiskan air secawan dok minum sudu per sudu sedemikian.

Buang tebiat jika buat sekarang..
Nak teguk pas makan pun air pun kadang2 miss, apetah lagi nak buat2 kena suap sudu demi sudu. Baru nak masuk suapan kedua ,"Mama...... Nak kencing..." "Mama....... Nak susu..." "Cayang.... Nak air teh..."
 

 Setitis demi setitis sampai kiamat..



Apa yang saya suka buat dulu..
Dulu tiap2 hari tulis diari. Setiap bijik perkara yg terjadi dari pagi sampai ke sebelum tido..
Constant gilah macam drama TV dah aku rasa.

Buang tebiat jika buat sekarang..
Nak tulis diari? Nak tulis blog pun lima blas minggu skali!

"Ari ni orang sebelah buang kahak namblas kali. Geli betul.. Aku suspek dia ada sakit batuk kering la.."



Apa yang saya suka buat dulu..
Dulu kalo hari2 cuti sekolah or cuti unibersiti, suka la gayut kat tepon ngan kawan2 waktu siang2 hari. Sharp2 kol 12 baru letak tepon nak masuk dapur masak. Tu pun kadang2 terbabas 12.30 kalo kebetulan tengah bergosip hangat. Kejap lagi ma abah nak balik kol 1 lunch kat umah.

Buang tebiat jika buat sekarang..
Kol 12 baru nak masak di kala orang nak makan kol 1? Megi kari je ler..

Apa saja la cerita tak abis abis...



Apa yang saya suka buat dulu..
Jalan kaki gi mengaji Muqaddam lalu laluan sunyi semak kiri kanan selamba je hari2. Boring2 gi main sampai dalam hutan mana kutip bijik getah. Kalau lagi boring jalan kaki depan sana lintas jalan beli goreng pisang ngan ABC.

Buang tebiat jika buat sekarang..
Usah kata nak lalu jalan semak samun, nak kluar rumah buang sampah kat tong sampah depan pintu pagar pun boleh kena culik senah oi!

 Selambanya aku dahulu kala..



Apa yang saya suka buat dulu..
Kemaruk retis sampai abis dinding bilik kena tampal ngan poster besar2. Siap ada poster saiz badan sebenar!

Buang tebiat jika buat sekarang..
Bawak2 la sedar diri kalau nak tepek poster Justin Bieber dalam bilik makcik.. Bawak2 la tepek Asma AlHusna ke, salasilah nabi ke..

Olololo....



Apa yang saya suka buat dulu..
Zaman kapel, pantang kita merajuk sikit, segunung tujuh lautan dalam boypren akan datang pujuk. Tarik muka masam sket, abis cekelat teddy bear sume dalam pelukan. Belum merajuk lagi, seribu pat ploh kali misscall dapat. Selagi tak angkat selagi tu la tak putus2 call masuk. Belum kira bab merajuk seminggu lagi?!

Buang tebiat jika buat sekarang..
Masam muka dah jadi biasa macam makan nasik.. Merajuk? Silap2 sendiri pujuk.. Kalo perang besar bom Hiroshima baru la ada KFC atas meja tiba2 wat ubat amik hati..

Nak majuk gak..!




Apa yang saya suka buat dulu..
Boleh je nak tido kol 3-4 pagi malam2 minggu macam ni. Esok bleh je pas Subuh tido balik bangun kol 9-10 pastu terus branch sambil muka terpisat2.

Buang tebiat jika buat sekarang..
Tido la kol 4-5 pagi pun tapi sharp2 kol 6 dah kena bangun. Nak siapkan bekpes la, jemur baju bla bla bla. Kalo weekend, sharp2 6.30 anak2 dah start korek lubang idung la, tarik telinga la, geletek kaki la suh bangun mandi.. So saya kena chow skang sebab dah kol 1 pagi.

 Tata pipel..!

Wednesday, October 24, 2012

Di balik cermin mimpi...

Expressed by Noorita Yusof at 11:15 PM 3 thoughs.. Links to this post
Pagi ni Mu'az celik2 mata je terus segar bugar sambil bercerita -  
"Mama, tadi kan Muaz mimpi Muaz pegi naik choo choo train dengan Oggy........."

Aku senyum sendiri.

Mimpi budak2 kan.. Menda yang menghiburkan hati derang. Yang buat derang gelak berdekah2..


Mimpi sang anak bujang...





Mimpi sang anak dara..





Mimpi sang papa..
(sampai main terajang je orang kat sebelah yeee.... hmmmph!)




Mimpi mama akhir2 ni..





Mimpi mama lagi.. 
Yang boleh membuatkan kesengihan sepanjang hari.. ^_^




Apa ada dalam cloud korang ya.. nge......

Monday, October 8, 2012

Singgah kejap

Expressed by Noorita Yusof at 5:03 PM 0 thoughs.. Links to this post
Sejak dulu sampai sekarang, everytime saya nampak signboard2 sebegini mesti ni yg pantas terlintas di fikiran.













No offense kawan2. Just image tegar dalam kepala sahaja.. 

Dulu ma salu pesan, tengok signboard ni & fikir. 
Kat mana yang kita rasa kita patut singgah.


Wednesday, September 19, 2012

Duck duck go away, banyak orang nak tiru mulut anda adohai suweyyy...

Expressed by Noorita Yusof at 12:49 PM 2 thoughs.. Links to this post
Ahahaha.... Tak abis lagi ketawa pas baca blog akak senduk pagi tadi (kantoi pepagi dah bukak blog bagai. Nak kasik spark mulai hari katakan).

So kaitan repekkan ahkak senduk dengan saya adakah tak lain tak bukan adalah menasik tambahkan semata2.

Saya memang dari dahulu kala adalah sangat muntah nanah sangat tengok orang yg suka2 snap muka donald duck nih lantas post sebagai profile pic.

Maksudnya kalau raut wajah persis K-Pop tu its ok its alrite. Sila2. Memang comel serious. Tapi kalo setakat muka nasik goreng belacan macam saya ni toksah la Jemah oi... Buruk nor lah..
Sebab tu saya tak pernah mencoba nak snap gambar mulut2 itik segala ni sebab memang sedor diri akan kehuduhannya kalo teruskan niat tu. Tak pasal2 kena maki dalam blog kak senduk tu dan tak pasal2 tersenarai dalam carian google image.

Ni baru kita define as shomelll.. Kiyuutttt rasa nak buat bubur itik masak halia je rasa..




^_^



Caution! Ibu mengandung sila tekan X belah kanan atas NOW!




I ni plak lepas kecoh video Nora Danish 5 hari MC parody tu, baru nak sibuk carik yg ori nye kan baru paham apa ke hallah citenya. Pas tengok ni terus rasa nak nyorok dalam reban bagi pihak budak ni..

video




Saturday, September 8, 2012

Special appearance

Expressed by Noorita Yusof at 11:45 PM 0 thoughs.. Links to this post
Today seperti biasa la kan.. Apalagi aktiviti warga kota di dalam bulan2 Syawal yang masih bersisa ni. Selagi tak mencecah 30 Syawal selagi tu merata lah Open House situ sana sini.

Jadi kami ni kan tak ketinggalan la memenuhi undangan open house dengan tangan dan mulut terbuka.. Kalo bab2 subject makanan ni on ajer manjangnye... InsyaAllah selagi terdaya termampu kami penuhi.. Sker sker.. !

So ari ni ada la satu jemputan kat area Sri Damansara nun..
Rumahnya ex colleague masa kat HP dulu.. (Aih I miss HP. Especially HP Towers. Sob Sob..).

Food I tell ya. MARVELES! Yummy tahap ke lapan! Sumeeeeee tuan rumah buat sendiri. Dari laksa penang (laksa pon kisar sendiri Timah oiiihh), rendang ketupat lemang, nasi-lepas-makan-sendiri-kasik-nama, kambing & ayam BBQ, coleslaw, lepat pisang, tapai aih macam2 la.. Putus napas dibuatnya nak sebut sume.

Nak jadika ceritanya, tengah dok syok2 melantak tu (time tu giliran makan nasik. Giliran tuh. Kantoi sume juadah nak bedal), sekonyong2 ada la seekor Lessie (anjing hok besar gabak sebesar kambing dengan bulu lebat satu badan cam tew) baeekk nye direct masuk kat porch tuan rumah ini. Kitaorg mmg tgh makan kat porch tu. Ada meja2 makan kusi2 sume lah.

Apalagik, berteriakan la sume makcik2 pakcik2 sume. Bukan takut ke anjing tu, tapi karang dibuatnya dia wat2 jilat betis ko apa nak jawab? Pi carik tanah selut la ko pastu dibuatnya...



 Apakah tiba2 anjing sebesar ni meluru kepada anda?


Aku ni pulak memang bangsa penakut anjing tahap kritikal. The kritikalest adalah ular. Kalo ular yg terjah tadi aku yg pengsan dulu kot. Jadi pelagik, tarik sume anak2 dekat2 ready nak cabut la kan. Tapi seingat aku sapa ntah cakap anjing ni dia bleh sense org takut ke tak takut. Yang takut tu lah dia attack dulu. Ngeri siot!

Jadi dalam kegelebahan itu aku try la tenang2kan hati. Buat2 la teringat dok snorkling kat  Pulau Redang ke apa dalam usaha nak tipu anjing tu konon aku tak takut. Agak2 anjing tu mesti gelak dalam hati kot kan.

Si anjing Lessie ni pulak, tak tau la sapa nye. Ntah anjing sapa ntah terlepas ish.. Lapar gok seagak aku la kan.

Nasib baik la dalam ramai2 tu ada guess Chinese. Dia la yg tolong pujuk2 bawak anjing tu kuar dari gate. Makan masa gak woo! Siap kena gigit lagi uncle tu. Aaaa... Anjing memang menakutkan dan ganas! (Persepsi aku la dari dulu sampai skang. Tolak la anjing Chiahuahauaha ke mende tu).

Tuan rumah lak. Besar panjang la nak kena samak lantai porch dia. Sebabnya si anjing sempat la jilat2 lantai tu ish.. Cian tuan rumah.


Kalo sampai sini korang still blur apa motip aku tulis entry ni, sebenarnya aku pun blur skali kuikui.

Moral of the story is, kalo korang ada bela anjing ke kucing ke kambing ke singa ke, kalo rasa2 bleh mengganggu gugat keharmonian rukun tetangga, sila la jaga binatang peliharaan anda baik2 ya. Mana yg kena tambat tu tambat ke le kemas2. Jangan sampai ada jiran yg boring ditembaknya ur pet, tak pasal2 kena bela cicak lak pastu.



So rakan2.. Akhir kata, jangan segan silu nak jemput kami gi open house korang ya. ^_^






Saturday, July 28, 2012

KRU Showcase

Expressed by Noorita Yusof at 4:17 PM 1 thoughs.. Links to this post
Ekceli entry ni patutnya bulan bulan lepas tapi masa tu adalah agak bizi pastu bila tak bizi malas pulak, pastu bila tak malas pi tulis menda lain dulu pastu last2 sekali lupa.. Biasa lah.. budak remaja memang gitu.. cepat luper kuikui..

Menda nak diceritakan di sini adalah perkara yg sedikit lagha. Sebab apa lagha sebab waktu penulisan adalah jatuh pada bulan Ramadahan al mubarak.. I mean sepatutnya ko menulis kisah2 Nabi or menda2 berakhlak sikit la.. Tapi nak wat cemane. Sementara ada mood ni kan marilah kita membantai.

Tajuk dia   : Kepergian ke Showcase KRU sempena ulang tahun ke-20 group dier.
Kat mana? : Kat Rumah Kebajikan Neverland, KL.
Bila ah?     : Dah lepas dah pong.. 10 Jun ari tu. Cite basi dah ni tapi ipedulikhaper..


Kisahnya adalah saya ni kan memang peminat tegar KRU. Bukan penaik tegar bas ekspress Sani je taw.. Sejauh mana ketegaran..?? Sejauh tepek poster kat dinding bilik rumah, bilik asrama sampai kena denda, ada sume album dia, mini album ke, full album ke, album gambar ke, kalo ada rancangan TV yg ada KRU memang tobat tak kuar rumah, kalo kuar gak siap tape, taruk gambor Yusry dalam purse, sampai ke boyfriend (ex I mean) pun muka cam Yusry! Ketegaran dong..?? Bukti tegar lagi? Kalo masa tu enpon dah ada dan bersepah macam skang ni, memang ringtone, caller ringtone, bunyik message, alarm clock sume aku taruk lagu KRU.

Tapi seketegaran itu masih tidak membawa daku ke konsert mereka. Sebabnya peluang belum ada.
Jadi, bila dah ada peluang ini, suami bagi keizinan siap hantar ke pintu rumah kebajikan lagi, soo..??

Tiket dia lak takdelah berdebuss ratusan ringgit gitu. Mana mampu. Baik I beli sofa bed satu. Guess room tadak perabot lagi. Ok melalut. Jadi tiket dia atau okla nama dia pass, kita bleh dapat dengan beli barangan KRU. Ari tu depa wat iklan ada t-shirt KRU. Kami pun berdebus la order. Skali berdebus derang cakap dah sold out. Yang tinggal t-shirt VIP yg ada muka sekor2 kat depan dada, t-shirt VIP lagi yg ada sign2 derang ngan t-shirt MOJO. Ada tulisan M.O.J.O je kat tshirt tu (sapa la plak Mojo nih? Mojo Jojo tau la aku). So kalo korang pilih apa? Kalo pilih ada muka sekor2 tu sila tutup blog saya sekarang ahaha.. takdelah. I pilih nak t-shirt MOJO tuh. Pakai tak pakai lain kira. Yang penting amik segala saiz yg ada senang aku nak sedekah2 kat sepupu nanti miahaha... Btw, purchase RM50 dapat satu pass. So I purchased RM100, dapatlah tshirt 3 lai, landyard KRU satu. Landyard tu selamat jadi hiasan kat dalam bilik. Sok sok kalo jadi staff KRU bolehlah pakai.

Jadinya tiket dah ada. Apa lagik carik la geng yang segilaan dengan saya. Who else?? Nor Syahira Bohari la jawabnya! ^_^

Pada hari kejadian, tiba je depan rumah kebajikan tu dah Maghrib. Orang dah beratur mak ai panjang dah tu. Sume tak sabar nak wat kebajikan kat dalam la tew. So aku solat la dulu korang nih.. Yusry Yusry jugak, tapi jangan sampai luper Tuhan ish.. (sorry iklan Azhar Idrus jap kat sini).

Dah abis solat dalam kol 8 camtu barula join bratur. Punyala panjanggggggggggg sampai ke pintu gate. Semangat nye pasal, redahkan ajer...



Ni la rumah kebajikan tu. Ehehehe...



Takyah cite panjang, dah solat solat dulu memang la penuh dah kat dalam tu. Lain la kalo sume uzur dan buat2 uzur, dapat la gi kat depannnnng skali nun.

Masa tu kami berenam. Ada lagi kawan2 yg lain join. Lain2 tu sume cakap dah la kita dok sini jelah. Lokasi? 400 hasta dari depan stage. Oh no no no!!! Di sini, that is the why aku ajak Ira ni join. Dia memang bangsa whatthehell sikit sama la ngan aku. Mana bleh menyerah kalah sebelum bertarung?? Kan Ira kan kan kan.. Kita kan battleship punya orang hehe..

Sooo.... Me and Ira apa lagi. Redah je la orang2 ramai tuh. Tapi opps lalu kat geng2 perempuan je. Jadi bergeser ngan muhrim2 je lah. (<-- statement life saver in case ada prejudiser yg tersesat baca blog I skang nih).

Redah nye redah, dah sampai tengah. Ok la. Show dah start. Layan dulu.
Show dia pun artis2 KRU je dulu. Anak2 buah, anak2 ayam n anak2 ikan derang dulu perform.

Opening speech.. Agak ramai umat depan kami ketika ini. Takpe takpe.. rilek dulu..


Group Elite or mama mama Elite.. Abby je takde. Yelah, takkan ko nak berkinja dengan tudung tersebut..?



SofazR


Adelah lagi ramai retis dia tapi I malas nak snap.

Pastu sampai stengah, redah lagi. Proses keredahan ni kena ada mata setajam hawkeye dan sense setajam Van Helsing sket. Skill kena tinggi. Kena perati masa yg sesuai, lorong yang sesuai, orang yang sesuai.
Sebab tu skill2 sebegini orang yg sipi mereng macam kami je ada hehe..

Jac. Masa ni kami dah agak merapat ke stage. Ada 4-5 bijik kepala lagi menyemak kat depan. 


Masa yang sesuai?
Masa orang tubik from crowd gi kencing. Ha masa depa jalan kuar tu ko jalan masuk ler. Tapi syarat, pundi kencing anda tu kena la awal2 lagi dah kosong. Karang korang lolos ada orang yang lolos. Ha ingat tuh!

Lorong yang sesuai?
Orang kuar takkan ko terus hantam masuk lorong dia. Abis dia nak kuar cemane..? Camni caranya, orang A kuar, orang sebelah A tu akan berganjak. Time berganjak tu ko pandai2 la kan. Kalo tak pandai gak, dah, duduk tengok depan TV je.

Orang yang sesuai?
Korang nak redah pun tengok orang la kan. Karang ko redah minah bonzer mana ngan kau sekali kena caci maki dihina. Tengok orang tu agak2 gemalai dah berbudi bahasa tu bleh la ko amik tempat dia tuh. Nak tau segemalai mana? Masa dia kuar crowd tu dia senyum kat anda. So ok lolos skang..!

So lolos punya lolos punya lolos punya skill punya skill punya skill punya wat muka selamba muka sardin muka toya maka sampailah ke depan di mana depan anda adalah kaki Yusry, Edry n Norman. Sampai ko bulih sentuh stage tu baru proses kelolosan itu tamat. Yeahhh! <-- Hembusan kepuasan.


Yeah...!! 


Tiada lagi bijik2 kepala di depan. Tiada lagi halangan. Muahahah!


Kelabu kelaler sebab orang langgar2 siku I.. Ish...

Apalagik. Enjoy la show itu live telecast depan mata. Saya memang tak amik gambar tak amik video sebab malas. Ahahah.. Bukan apa, Ira dah buat dah keje tu. Jadi saya tukang sorak je lah hehe..

Ada skali tu terambik video Yusry. Sebab dekat gila ya amat kan depan mata ai je. Tengah dok amik skali dia datang ke depan straighttttt depan telefon I yg dok tala kat muka dia tu straight hulur tangan nak salam2 ngan orang ramai kan. Aku pun salam la skali. Masa salam tu terlebih excited la plak aku tertekan hapa ntah lantas video tadi adalah tidak save. You fool Ieta! Huwaaa!! Nasib baik Ira ada amik video gak walaupun ala2 rakaman curi sebab kena laga2 ngan siku lengan kepala otak orang ramai kan.. Btw, Ira nye position was kat belakang I sebab orang depan dia dah eksited tak hingat. Hihi..

Ira yang beshh..


Me yg tiba2 berumur 16 tahun kuikui..


Overalnya mmg bestttt sangat tapi tak puass.. Sebabnya start lebey kurang kol 9 tu sumeeee artis2 KRU yg perform. KRU just perform last skali dari kol 10 sampai 10.33pm gitu kot. Stengah jam utk nyanyi lagu2 derang yang best2 ituh??? TAK CUKUPPPPP!!!

Takpelah, takkan nak expect derang konsert pat lima jam kan. Sume pun dah berumur dan ada yg beranak pinak dah pong.. Perform pun pakai kot je.. Takde dah baju2 sejuk winter, baju2 ujan ke, baju besar rapper ke sume2 tu. Seswai la selaku status usahawan kanss..

Ok KRU, we all LOVE you sooo MUCH!!!!



Wednesday, July 18, 2012

Justin dan kesuwitannya..

Expressed by Noorita Yusof at 1:09 AM 0 thoughs.. Links to this post
Dulu kan.. Saya kan.. Memang sikit pun tak heran sama itu budak tau..

Sehinggalah..

Di suatu hari nan indah permai..

Akan tertontonlah daku pada kaca TV..





Ekceli pertontonan itu adalah tidak disengajakan.
Tapi bila dah start tengok filem ni saya jadi cam aik.. Best la plak..

Overallnya filem ni pasal cemane bakat si Justin Bieber (JB) ni dicungkil, sapa yang bertanggungjawab intro dia ke dunia hiburan n naikkan dia, cemane susah senang dia nak jadik retis, sikit2 improve sampai dapat kumpul peminat satu dunia hinggakan dia mampu buat konsert kat Madison Square Garden. Tiket dia terjual in just within 22 minutes sahaja ye puan puan.. Woooh..! Bukan calang2 retis nak wat show kat sini kaus... Retis2 hebat jah. Kalau ND Lala masuk queue, tunggu anak dia menang American Idol dulu baru bleh rasanya.. (nama sekadar untuk hiasan sahaja).

Jadi setelah menonton pilem ini, saya sudah jatuh minat kat JB secara mee segera. Instantly! Sekelip mata! Sedetik cuma!

Sebab?

Sebab from this film, I found and discovered that this Canadian boy is such a sweeeetttt boy seriously!

Penuh dengan elemen kejutan dan bangsa tak kisah serta tak berlagak serta agak naif serta comel dan serta macam macamlah!

Palinggggg saya suka kan dia sukaaa sangat wat surprise kat fan2 dia. Contoh?

Jalan2 kat tepi jalan pastu singgah kat tempat dia pernah lepak utk nyanyi2 & kasik motivasi kat budak yg tengah buat menda sama macam yang pernah dia buat dulu.

video
- Tengah2 hang dok nyanyi lagu Ombak Rindu tiba2 Aaron Aziz datang letak duit lima posen..? -


Jalan2 pastu kasik tiket free kat fan2 dia (omaigash!!)
video
 - Can you see their tears..?? Well I'm in tears too.. huwaa... Shuwitttttt -


Ada banyak lagi scene2 pengejutan peminat yang betul2 menyebakkan dada. I mean pernah ke korang dok2 makan laksa kat warung tepi jalan tiba2 Anuar Zain datang dok sebelah sambil hulur tiket..?

Atau dok sedap2 korek2 idung kat taman tiba2 Ella and the boys datang ajak pi tengok konsert dia..?

Only happened if JB is around.

 Tu belum masuk part dia tarik peminat dok skali atas stage ngan dia serta berdendangan.

video
- Ok filem ni sepatutnya adalah filem kegembiraan. Tapi aku dok nangis manjang.. huwaaaa!!!!!! -

Ok enuff..

Kesemertaan jatuh cinta pada JB telah mendorong aku korek2 video dia kat youtube. Macam2 jenis cara kasik peminat dia sakit jantung yang dia buat ok.

Surprisekan wedding orang, jadi hadiah (jadik hadiah ok, bukak bagi hadiah) kat peminat kecik dia during her birthday, surprisekan birthday party orang, jalan2 kat kaki lima tiba2 wat show ngan gitar tu toksah cite lah. memang slalu.. macam2 lagi lah yg mmg buat aku sebak dada je nengoknya..

Paling paling saya suka kan, pengejutan peminat yang ini. Gila ultimatelah!!
video
- One word : LUCKY!!! -


video
- Menangis meraung meratap hoccay! -


Aduh sampai esok tak abis kalo aku nak tala upload sume. Senang2 kira korek sendirik kat youtube. Macam2 gila babeng nye video ada. Yang penting pakai internet fiber optik supaya tiada kebufferan lantas terjadinya permotongan stim.

Terbaru?

JB and Cik Selena jalan2 walk walk eat air (jalan jalan makan angin) kat Wangsa Walk!

Aih nape la tak cakap awal2 hang nak datang sana... Bleh saya ajak pekena Mee Udang Banjir kat blakang sana nunn.... Ajak Cik Selena skali kasik brapi sket mulut makan pedaih2 sket noo... hihi...



Kejadian ini  berlaku masa dia nak perform kat MTV World Stage kat Sunway Lagoon ari tu. So alang2 sampai awal kat Mesia dia jalan2 la dulu gamaknya. Pasar malam Sri Gombak je tak dan nak pegi.
 
Jadi walaupun ramai ketawakan saya sebab tiba2 join kaum remaja huha huha dan gay boy gay boy dengan minat kat mamat ni, saya tak kisah. Yang saya tau JB sangat sweet. Saya dah follow pun Twitter dia sekian hehe..



Wednesday, June 13, 2012

Nasi Lemak Kopi O..

Expressed by Noorita Yusof at 12:45 AM 3 thoughs.. Links to this post
Benarlah kata orang, blog is a powerful tool..

Ada orang berniaga kot blog..

Ada orang luah perasaan kot blog..

Ada orang jumpa kawan lama kot blog..

Ada orang jadi artis kerana blog...

Ada orang naik turun mahkamah juga dari blog..

Ada orang kutip fund tru blog..

Ada orang masuk TV sebab blog.. :)


So me? Which one?


Have you ever read my post pasal Bas Express?


Yeap, becoz of this post, I appeared on TV!



7th June 2012
- TV9 called me and mentioned about my Bas Express punya post. (Menjerit daku dibuatnya bila dia start mentioned pasal story2 dalam post ni. Saya sangat tau akan kemengarutan yg saya utarakan di sini dah sangat malu bila diwar warkan kembali!). They had read my stories and wanted me to share them dalam one of their Nasi Lemak Kopi O punya slot. Will appear together dengan boss Sani Express - Dato' Sani Salleh!

8th June 2012
- Went for pastel-outfit shopping! Baju2 I kebanyakkannya kaler wallah ceria di dalam gundah gitu kan. Satu2nya kaler pastel yg saya ada adalah pink. Kalau tak pink, merah jambu. Tu je. So TV9 oredi reminded - no all white, no all black, no terang benderang, no stripe. Jadi sangat gembira sebab ada alasan untuk soping head to toe! Horrah!!

9th June 2012
Kol 8.30am kena standby kat Sri Pentas. I never know that our slot adalah kedua terakhir di mana dekat kol 10 dah kots. So ada banyak masa utk merelaxkan diri dan menyaksikan slot2 lain secara langsung di depan mata tanpa saringan kaca TV. Suatu pengalaman yang tidak ternilai!

Then sampailah masa dan ketikanya.

Before melangkah kaki ke set macam2 doa dah baca dalam hati. Hubby merangkap manager (cewah ada ala2 bunyi cam retis dah..), merangkap penasihat, merangkap pom pom boy berkali2 bagi pesan - suara kena kuat sikit dari biasa (ok suara I mmg bangsa perlahan. ayu konon kan..), tak mo kontrol ayu (opps!), be confident, nak gelak then gelak je macam biasa. Takyah control2 cun tekup2 mulut segala. Bila gelak jgn cari2 dia (mmg habit I ni kalau gelak je sikit2 nak cari kelibat Hubby. Rasa secure). Yang paling penting - Be yourself!

So natijahnya memang Alhamdulillah perasaaan nerves, gementar, gerun, berdebar, malu dan sebagainya terbang entah ke mana. Memang betul2 rasa cam sembang2 kat kedai kopi secara virtual. Y virtual? Sebab takde nasik lemak ngan kopi O mai secawen kat atas meja kikiki...

Jadi, silalah nikmati video penuh NLKO yg saya amik dari web tonton.com.my.


Nasi Lemak Kopi O - Episode 69

I will appear at 1:12:30.



So itu adalah official video macam yg dilihat di kaca TV.

Kat bawah ni video the making live from Studio C, Sri Pentas.

video
Sebahagian dari sesi perbualan..



Tu dia bila geng lama berjumpa kembali. Cer teka cer teka dok discuss pasal apa. Depa dua dok diskas pasal brapa anak yg dirancangkan. Hahah! Yeap that topic my goodness!



Proud of you AG or dikenali sebagai Aji kat EC coz dah haji since darjah 5.



Me n Hunny Madu yg sempat 'ditangkap' ketika dia sedang berkejaran ke konti Hot FM pula.



From left: Dato' Sani Salleh (owner Sani Express), me yg ala2 mak datin (sampai ada yg ingat I datinnya Dato' Sani. No no no.. Mati ai kena saman ngan bini dia kang) & Luqman Hakim (pengacara NLKO- I minat you since iklan Bank Rakyat. Comel sgt iklan tu! ^_^).


Caption saya dalam ini gambar is "Pengguna bas express tegar" or something like that. Gelak guling I dibuatnya bila tengok balik. Dulu memang tegar megar sebab ulang alik kan masa blajar kat UM. Tapi baru naik bas Sani few times je and bleh dikatakan so far terbaek lah (Mengampu la plak kan.. Mentang2 baru jumpa..). Tapi seriously.. Kemas dan bersih. Pastu sharp2 ikut jadual. Tu yang paling mak suker tew...

Dalam sesi talk tu I ada tanya Dato' Sani ada ura2 nak taruk pramugari tak dalam bas2 dia tapi dia cakap tgh konsentret utk mengimprove menda lain dulu. Bukan apa, kalau ada pramugari, senang I nak turun kencing ke apa kalo sorang2 handle budak. Takla I nak terkucil kutahan Jebat sampai 7 jam uhuk uhuk..

Anyway, terima kasih banyak TV9 sebab sudi jemput saya yg tak seberapa ni ke studio utk berkongsi cerita. Ada gak yang mempersoal - "Rasanya aku lagi tegar kot! Tiap2 minggu balik kg naik bas Sani kot!!"

Yes tapi anda tak tullis blog. Jadi orang tak tau. Moral of the story, marilah merapu di blog mana tahu ada keajaiban menunggu anda.. Cewah cam bunyik cogankata la plak dah..







 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal