Wednesday, January 25, 2012

Sambelach

Expressed by Noorita Yusof at 4:39 PM 1 thoughs.. Links to this post
Tuen-tuen dan puen-puen..

Lama kita tak menyenduk nyenduk Fifi kan puen puen.. Kali ni Fifi teringin nak berkongsikan resepi yg pat blas kurun dah tak buat.. Sebab apa tak buat puen puen..? Sebab amarah masih membara di dada.. Dan kenapa skang buat balik puen puen..? Sebab teringin jerrr...

So..??

Apakah resepi amarah kita itew..??

Tak lain tak bukan adalah Sambal Belacan Bibik Tak Kenang Budi..

Melahar tak tajuk sambal kita ini..? Hahah..!

Well well.. Seumur hayat Fifi tau puen puen, mmg tau buat sambal belacans satu hala cara je taw.. Takde kornar2 bagi mengubah rasa.. Pertamanya, mmg dah sedap dah.. (bagi tekak I la kan puen puen). Keduanya, tak reti nak wat sambal lain. Ketiganya, dah la tak reti, malas eh haku semangat kesukanan nak pi belek resepi sambal belacan semata2 kan.... Belek resepi nasik kukus berayam percik rempah lapan lapis tu berbaloi baloi la jugek kan puen puen..

Tapi sejak pernah ada bibik suatu ketika dulu, sempat la belajar resepi Sambelach (shotpom sambal belacan kay. Glosari la konon kan) dari dia. Sempat belajar satu resepi ni je besides the peria masak telur tu noks before dia blah carik jantan. Kalau dok lama2 agak2 mampu restoran nasi padang kot dah Fifi.. Auww.. Haha..

So berbalik pada Sambelach kita tadi. Bagi menyemarakkan asmara, opps selera, meh kita tepek gambor dulu na..


Mana satu Sambelach? Sila balik Itali.


Berdasarkan pada gambar di atas, adalah konon nak buat nasik ayam penyet pada hari itu tapi bahan tak cukup plus dah abis kisah wat sambal tetiba bateri rajin dah abis.

Kesan sampingan bahan abis/takde 1 = Tempe/tauhu goreng --> telur goreng
Kesan sampingan bahan abis/takde 2 =  Kacang panjang/kubis --> tomato/timun
Kesan sampingan malas                     =  Ayam penyet berempah --> Ayam goreng-ala-macam-slalu2-tuh..


Jadinya puen puen, Fifi akan kongsikan resepi Sambelach senduk2 Fifi skang ya.. Sediakan pen dan kertas tau.. Kalau nak tekno sket, sila copy paste ke notepad dan printt..! Senang ahaks ahaks!


Bahen-bahennya:- 
(Fifi main agak2 je tau. Sebab takkan nak tanya sukatan camca oz segala ngan bibik kan.. Jatuh la saham rakyat Malingsia.. Hafal2 resepi dalam kepala sambil menjeling2 dia wat kije sudeh..)


- Cili padi secukupnya. (Dalam kes Fifi, Fifi taruk 10 batang ahak2.. Hamik ko, selagi tak berasap buntut, selagi tu komplen tak pedas kan).

- Cili merah besar sebatang. (Saja wat cukup syarat. Kalau rasa2 lidah tu cam ala2 Edinburgh, sila lebihkan cili besar dan kurangkan cili padi ya puen puen).

- Bawang merah 2 biji di hiris2 (takyah halus2 nak tunjuk skill kehebatan memotong bawang. kelak sume ni nak dihancurkan).

- Bawang putih seulas (sama la. Hiris kasar je).

- Tomato dalam hurm sebijik kalau hok kecik. If besar, amik la separuh. Belah la dua ke tiga ke.

- Belacan sketttt..

- Bilis skett (Fifi suka taruk lebih sket..).

- Minyak utk menggoreng.

- Garam/gula melaka (if nak jadi Jawa Indonesias sejati cam ex-bibik Fifi tu, sila sediakan serbuk perasa skalik).


Cara2nya puen puen:-
- Goreng bilis tu dulu kasik garing2 sket.. Ala, garing cam bilis nasik lomak korang tu bleh lah tuh.. Dah abis goreng, ketepikan.

- Minyak yg sama tu, masukkan bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah besar, tomato dan belacan sekaligus. Biarkan gegorengan itu seketika.

- Bila dah agak2 layu tu angkat2 la ya.. Yang penting tomato tu toksah la lama2. Karang lembik. Kiranya angkat tomato dulu, pastu belacan, pastu cili pastu baru bawang. Dalam 3-4 menet gak la bergantung la api dapur korang cemane. Jangan skema sangat sampai set2 timer k. Sekali lagi Fifi ingatkan, Fifi main skill agak2 je tau.. Korang kena ikut skill Fifi ni skali tau tau..

- Pastu sediakan korang punya lesung batu itew dan masukkan bilis dan barang2 gegorengan tadi skali. Petuanya, korang masukkan skali minyak gegorengan tu skalik dalam lesung tu. Jgn byk2. Cukup2 la nak kasik basah2 manja gitew. Then masukkan garam secukup rasa pastu gula melaka sket. Kalau tak confiden sedap, masukkan skali serbuk perasa (jakun kan taruk ajinomoto dalam sambal belacan.  Tapi itulah yg ex-bibik Fifi buat dulu tau sebelum kena jerkah dengan Fifi hehe).

- Then, lenyek2kan bahan2 tu dalam lesung sampai la hancur abis sebati sume. Kalau dan malas sangat abis tekno tuh, pakai la blender.. Cam Fifi, Fifi tak suka hancur2 sgt. Kasik ada kasar2 sket.. Baru la feeling nasik padang hehe..

- Abis kisah sume, masukkan dalam mangkuk kecik. Nak lagi nusantara? Masukkan dalam mangkuk kayu. Feeling desa woo..


Camtu je.. senang je buatnya.. Bagi Fifi, sambal ni dah cukup takyah ada kuah pon takpe dah..

Selamat mencuba taw... Senduk senduk Fifi..... ahak ahak ahak..

Thursday, January 12, 2012

Radio Muzik

Expressed by Noorita Yusof at 1:04 PM 6 thoughs.. Links to this post
Uolls sedar kan yg Radio Muzik dah Innalillah dari udara. Takde sebab musabab dan ribut gunung pinatubo tiba2 perkhidmatan dihentikan.

Dan I? Ofcoz la antara beribu2 makcik yg mengecam (Mengecam kay. Ayat macam muslimat parti gitew) penutupan stesen yg dah lama gila dah dok dengar ni.

Cuba korang namakan satu stesen radio yang pasang lagu industan yg memang tau2 je yang mana I suka dikala waktu ngam2 I tengah drive kat Duke dan boleh melalak skali dengan Alka Yagnik tanpa ada kete kiri kanan nak penyebok usha? Tell me tell me! Hanya  Radio Muzik bukan?

Well.. Nasik sudah jadik  bubur nasik. Kalau korang rasa nak RTM letak balik Radio Muzik sila buat pikek kat kawasan tempat letak kereta Angkasapuri sambil bawak sepanduk "Free Radio Muzik!" dan bawak speaker sambil nyanyi lagu Oh dunia ini penuh kepalsuan.. Oppss! Saya pangkah parti cap lagu pop yang evergreen ya.. Cakap siang2 hehe..

Tapi walaupun di cop sebagai kategori pendengar makcik tapi saya tetap suka Radio Muzik.
Kenangan Radio Muzik yg akan terus terpahat..

Time dulu2:
Time2 sekolah dulu Radio Muzik paling best dengan pilihan lagu2 pada waktu malamnya. Start kol 8-12malam. Siap kuar sotkabar Utusan okeh lagu2 yang terpilih pada tiap2 hari. Dan I, siap agak2 occay lagu apa kuar agak2 kol brapa then terpacak tunggu sebelah radio itu pasti. Kalau kena lagu2 feveret macam Itik Gembo-gembo, Untukmu Ibu, Takdir dan Waktu dan segala lagu koya yang lain, siap tape hoccay! Kadang sampai bermasam muka dengan ibubapa sendiri sebab meka2 ni suka bebenor kuar malam2 makan ke sopping ke apa. Kacau daun I nak tape lagu Rahsia Pohon Cemara tau! Terpaksa belek sotkabar lagi esok kot2 tersenarai lagi (semangat!).

Time sekarang2:
- Pagi2 bila agak2 lagu HotFM, Era, Sinar, FlyFM, HitsFM tak brapa nak berhalwa telinga, time tula tukar siaran ke Radio Muzik dan dengar celoteh DJ nama dia Muaz yang sikit2 penyengal juga orangnya. Ada segmen Luar Biasa woo pagi2 tu.. Luar biasa I mendengarnya. Lagu2 si Muaz ni pilih bleh tahan jugak tau. Agak2 dia ni budak sekolah sultan seleman gak kot pandai sangat baca citarasa I (yeap tau, tetiba je kan). hehe..

- Petang2 lak ada DJ pompuan dia nama apa dah Lizainor ke apa yg astaga suka yang amat berceloteh dan mengembangkan ayat sms orang dari 3 patah menjadi 3 baris. Tapi sebab segmen teka teki dia yang agak mencabar otak-yang-suka-puzzle2 macam I ni, jadi asyik pulak aku melayannya.. Contoh teka teki very the legend pernah dia tanya is Gajah apa yang paling kecik? Jawapan sengal kuasa lapan dia adalah Gajah Shin Chan. Sebab apa? Sila tonton di NTV7 setiap Sabtu kol 7 malam tak pun dapatkan buku2 katun Shin Chan dari gerai2 magazine Mamak berdekatan. hehe..

- Pastu lagu2 petang2 dia memang fuh layan abis! Sini la korang nak dengar lagu Memori Daun Pisang ke, atau lagu Kak Melah time pakai lipstik tebal dulu2 ataupun lagu Modern Talking you my heart you my soul sudah pasti. Korang pulas la radio pegi Orang Asli FM pon takkan dapat punya. Tapi agak2 kuar lagu keronchong untuk Ana tu  kan saya akan pulas ke HotFM kembali dan mendengar lagu segar dari Forteen takpun dari penyanyi suara macam budak sekolah dan memang budak sekolah pun si Najwa Latiff.

- Malam2 plak kalau travel balik kampung, memang akan dengar Radio Muzik sampai ke ceruk highway dan hilang signal baru pasang CD. Lagu2 dia tangkap jiwang woo.. Hilang ngantuk wa cakap lu. Tak caya tanya my hubby sebab kalau tanya saya saya tengah mimpi dah sampai kampung hehe..

Mungkin banyak lah lagi nostalgia anda2 especially kalau tanya papa ke mama. Mungkin pernah tuju lagu ke apa tu gasak la kan. Anyway, tak perlu la kecoh sangat sebab even tho Radio Muzik dah babai tapi ada channel baru which is Nasional FM. And that Muaz still menyengal kat sana u no need to worry. So? Motif entry ni? Saja la kan nak kecoh.. Macam korang tak biasa kekecohan ni.. Haha..!

Nway, enjoy your favorite channel!



to


Monday, January 9, 2012

Blind!

Expressed by Noorita Yusof at 5:59 PM 1 thoughs.. Links to this post
Today, I'm so wanted to write this.




MALAYSIANS ARE SOOOOOOOOOOOOOO BLIND!




Sekian.

Tuesday, January 3, 2012

LPTKM

Expressed by Noorita Yusof at 5:38 PM 0 thoughs.. Links to this post
Skang need to be extra careful jika hendak berkata2 di dalam rumah. (Di luar rumah adalah suatu perkara berbeza).

Y? Coz ada Lembaga Penapisan TuturKata Malaysia (LPTKM) dalam rumah I la ni.

Tak lain tak bukan Dato Seri Mu'az le sapa lagi..

Katakan la tengah dok tengok CD hurmmm paling koman la CD Boboiboi. 


Boboiboi: "Tak guna..!"

- "Mama... Boboiboi cakap tak guna.......... Nanti Allah marah.."


Adudu: "Nantikan pembalasan dari aku..."

- "Mama..... Dia cakap aku.. Nanti hantu paku amik dia..."


Gopal: "Biskut kau ni Yaya rasa macam kertas pasir la.."

- "Mama... Gopal cakap kau.... Tak baik cakap kau tau.. berdosa.. " -


Mama: "Haha.. Gila bodoh cite ni... haha"

- "Mama! Tak baik tau cakap bodoh..." -


Macam tulah penapis tuturkata buat keje sampai la abis siaran cite tu.. Dan begitulah seterus seterusnya sampai you say sorry to him.. (tau takde kaitan, tapi just dengan sorry je dia puas hati aih lantas diam...)

Such a good polite boy tapi mama papa selalu terkesima kena tegur.. Aiyark..



Hero Malaya menahan tangis kena cantas rambut dengan macha bersempena nak buka sekolah kikiki..


 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal