Thursday, January 12, 2012

Radio Muzik

Expressed by Noorita Yusof at 1:04 PM
Uolls sedar kan yg Radio Muzik dah Innalillah dari udara. Takde sebab musabab dan ribut gunung pinatubo tiba2 perkhidmatan dihentikan.

Dan I? Ofcoz la antara beribu2 makcik yg mengecam (Mengecam kay. Ayat macam muslimat parti gitew) penutupan stesen yg dah lama gila dah dok dengar ni.

Cuba korang namakan satu stesen radio yang pasang lagu industan yg memang tau2 je yang mana I suka dikala waktu ngam2 I tengah drive kat Duke dan boleh melalak skali dengan Alka Yagnik tanpa ada kete kiri kanan nak penyebok usha? Tell me tell me! Hanya  Radio Muzik bukan?

Well.. Nasik sudah jadik  bubur nasik. Kalau korang rasa nak RTM letak balik Radio Muzik sila buat pikek kat kawasan tempat letak kereta Angkasapuri sambil bawak sepanduk "Free Radio Muzik!" dan bawak speaker sambil nyanyi lagu Oh dunia ini penuh kepalsuan.. Oppss! Saya pangkah parti cap lagu pop yang evergreen ya.. Cakap siang2 hehe..

Tapi walaupun di cop sebagai kategori pendengar makcik tapi saya tetap suka Radio Muzik.
Kenangan Radio Muzik yg akan terus terpahat..

Time dulu2:
Time2 sekolah dulu Radio Muzik paling best dengan pilihan lagu2 pada waktu malamnya. Start kol 8-12malam. Siap kuar sotkabar Utusan okeh lagu2 yang terpilih pada tiap2 hari. Dan I, siap agak2 occay lagu apa kuar agak2 kol brapa then terpacak tunggu sebelah radio itu pasti. Kalau kena lagu2 feveret macam Itik Gembo-gembo, Untukmu Ibu, Takdir dan Waktu dan segala lagu koya yang lain, siap tape hoccay! Kadang sampai bermasam muka dengan ibubapa sendiri sebab meka2 ni suka bebenor kuar malam2 makan ke sopping ke apa. Kacau daun I nak tape lagu Rahsia Pohon Cemara tau! Terpaksa belek sotkabar lagi esok kot2 tersenarai lagi (semangat!).

Time sekarang2:
- Pagi2 bila agak2 lagu HotFM, Era, Sinar, FlyFM, HitsFM tak brapa nak berhalwa telinga, time tula tukar siaran ke Radio Muzik dan dengar celoteh DJ nama dia Muaz yang sikit2 penyengal juga orangnya. Ada segmen Luar Biasa woo pagi2 tu.. Luar biasa I mendengarnya. Lagu2 si Muaz ni pilih bleh tahan jugak tau. Agak2 dia ni budak sekolah sultan seleman gak kot pandai sangat baca citarasa I (yeap tau, tetiba je kan). hehe..

- Petang2 lak ada DJ pompuan dia nama apa dah Lizainor ke apa yg astaga suka yang amat berceloteh dan mengembangkan ayat sms orang dari 3 patah menjadi 3 baris. Tapi sebab segmen teka teki dia yang agak mencabar otak-yang-suka-puzzle2 macam I ni, jadi asyik pulak aku melayannya.. Contoh teka teki very the legend pernah dia tanya is Gajah apa yang paling kecik? Jawapan sengal kuasa lapan dia adalah Gajah Shin Chan. Sebab apa? Sila tonton di NTV7 setiap Sabtu kol 7 malam tak pun dapatkan buku2 katun Shin Chan dari gerai2 magazine Mamak berdekatan. hehe..

- Pastu lagu2 petang2 dia memang fuh layan abis! Sini la korang nak dengar lagu Memori Daun Pisang ke, atau lagu Kak Melah time pakai lipstik tebal dulu2 ataupun lagu Modern Talking you my heart you my soul sudah pasti. Korang pulas la radio pegi Orang Asli FM pon takkan dapat punya. Tapi agak2 kuar lagu keronchong untuk Ana tu  kan saya akan pulas ke HotFM kembali dan mendengar lagu segar dari Forteen takpun dari penyanyi suara macam budak sekolah dan memang budak sekolah pun si Najwa Latiff.

- Malam2 plak kalau travel balik kampung, memang akan dengar Radio Muzik sampai ke ceruk highway dan hilang signal baru pasang CD. Lagu2 dia tangkap jiwang woo.. Hilang ngantuk wa cakap lu. Tak caya tanya my hubby sebab kalau tanya saya saya tengah mimpi dah sampai kampung hehe..

Mungkin banyak lah lagi nostalgia anda2 especially kalau tanya papa ke mama. Mungkin pernah tuju lagu ke apa tu gasak la kan. Anyway, tak perlu la kecoh sangat sebab even tho Radio Muzik dah babai tapi ada channel baru which is Nasional FM. And that Muaz still menyengal kat sana u no need to worry. So? Motif entry ni? Saja la kan nak kecoh.. Macam korang tak biasa kekecohan ni.. Haha..!

Nway, enjoy your favorite channel!



to


6 thoughs.. on "Radio Muzik"

NaNaRuZaNa on January 13, 2012 at 9:34:00 AM GMT+8 said...

Radio..radio muzik...stesen muzik..anda...ahhaha...tu yg paling nak dgr...aitu baru je diskas merepek ngn husband psl memori radio muzik..same kes la kak ieta...na ngan kakak x tape..tp tulis lirik..rase bongok bile da besar...ahahhaa..

Noorita Yusof on January 13, 2012 at 11:39:00 AM GMT+8 said...

wah siap tulis lirik lagi dasat hoccay. hehe

Liyana on January 17, 2012 at 4:31:00 PM GMT+8 said...

haha, mcm sama je citara kita yer, :D

-:monalisacrv:- on January 18, 2012 at 2:08:00 AM GMT+8 said...

Radio mana sha nak dgr lagu AXLs lagiiiiiii?? Albreng ke apa dorang tukar?? Puas dok tekan2, check channel betul,... X realize agaknye radio muzik ramai peminat...

Anonymous said...

buy valium buy cheap generic valium - kind medication valium

Anonymous said...

http://www.achildsplace.org/banners/tramadolonline/#4378 buy tramadol online cod overnight - buy tramadol medication

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal