Monday, February 20, 2012

Hindustani Hai?

Expressed by Noorita Yusof at 3:41 PM
Sejak dua menjak rumah mak kena operate ni kan, terus kami sume bertukar seolah2 kembali ke zaman purba.
Ok la, up sket dari zaman purba sebab ada DVD player.

Sebab?

Sebab mamat indon tu pi bukak piring Astro lantas pasang balik ikut suka hati wak parjo dia nak tala ke mana2. Ia adalah memang menghala ke arah kiblat tapi mungkin terbabas lebih kurang 0.08mm dari paksi sebenar. Ya mengakibatkan babai TV, takleh tengok la hang sampai panggil tukang Astro yg sebenar pasang.

Showstopper di sini adalah selagi taksiap perabih, selagi tu takleh pasang piring tu betul2 sebab nak cat la kejadah hitu hini dan sebagainya. Jadi kena pasang secara cobaan dulu dan kami kenalah berpura2 tak amik tahu rancangan TV skang ni (walhal dalam hati terasa gila lost macam komunis dalam hutan).

Jadi kami mengambil sikap ke arah mari mengamarahkan DVD player yg berabuk itu dan beli serta download pelbagai cerita dari segala mak nenek industan sampai ke cite Bujang Terlajak yg mmg satu lagi cite bodoh bodoh mmg bodoh Prof Razak (sorry Prof. I can't stand it. Mungkin lawak Prof terlalu high level. Tak tercapai dek otak kecil molek ku).

Dalam byk2 CD bertambun, ada 2 CD yg budak2, mak bapak budak suka nor la pasang sampai kalau CD tu boleh bercakap, lama dah dia kata - "Would you please stop hai? Mere jaan lost hai.. Tired gila babi hai.."

Cite apa nak tau tak..? Ha nak tau la tuh.. Cer teka..

Apa? Kuch Kuch Hota Hai..? Hotak hang tgk cite lama2 ni. Cite Mann takpe tgk sampai bercucu lapan.


Cite 1 - Bodyguard



Hero adalah pelakon yg kejap geli kalau dia buat lawak bodoy macam suka gelak tak tentu arah atau berjoget macam orang kena sawan, tapi kadang2 jadi hero macho kalau dia stop buat menda2 stiupid tu seme.

Sapa?

Opkos la Mr Salman Khan otot ketak2 pastu suka bukak baju tanpa motip. Heroin dia minah yg tak reti joget ni tapi facial expression terbaik iaitu Miss Kareena Kaapor. Clap clap!

Kisah dia adalah pasal Kareena ni anak orang kaya (standard la mesti kalau tak hero, mesti heroin yg kaya macam nak mati) pastu nyawa terancam sebab ada orang jahat nak bunuh. Pastu bapak dia hired la Bodyguard sapa lagi hero la. Takkan pelakon tambahan 50 rupee satu  babak plak. Pastu pom pam pom (ayat malas nak tulis panjang),   heroin jatuh cinta kat hero pom pam pom pam lagi ha ni nak cakap. Ending cite ni mmg TERBAIK dalam donia seriously...! Nilah cerita kedua mak nangis uolls selepas cite Mann.. SEDIH gila babeng meleleh air mata duyung mak tau. Ha jgn nak cakap mak yg taufufa ke overs ke, husband mak pon dah genang2 air  mata, nak lagi? Bapak mertua mak yg hati lembut sket dari batu cincin tu pon sebak ok? Huwa.... Tgk ending dia patblas kali pon hiba2 lagi tau.. Kenapa? Kenapa..??? Heh over. Tapi cite ni happy ending. Sekian.

Lagi satu yg best tu lagu2 dalam cite ni.. Omaigash.. Nok mapuh punya best...!
Sampai abis kaum kerabat rumah mak wat ringtone ok. Tak cukup lagi, budak2 opis pon wat ringtone sama jugak. Kiranya bukan mak je la yg overs.. haha..

Anak2 mak..? Lagi over kau.. Dua2 dah hafal lagu Teri Meri Meri Teri Prem Kahani hey Musykil.... (mak pon over jugak..) Bla bla sampai abis. Nanti one fine day mak record video kasik post sini juga mari. Biar terkesima abang Salman tgk..



Cite 2 - Ra-One


Hero cite ni adalah hero Bollywood seindia (bukan semalaya) tak lain tak bukak Shah Rukh Khan ler.. Mula2 mak malas la nak tgk cite ni sebab penuh padat dgn simbol2 dan agenda2 freemanson (nama hero pun dah terang2 Lucifer. Berterus terang sungguhlar..) tapi ada la pulak lagu gila Chammak Challo. Lagu ni membuat pinggang mak rasa bergoyang2 gitew uolss.. Meriah sgt..

Jadi oklah apa kata tgk cite dia plak.. Bergoyang ke tak bergoyang.. Bagi mak takde apa yg boleh terkesanan kat jiwa mak bila tgk cite ni tapi sekadar hiburan dah takde menda nak buat tu kira halal la. Budak2 mmg suka la tgk cite ni sebab kata superhero kan. Gasak la super hero cakap Tamil ke atau setiap kali melibas setiap kali ada background muzik G-ONE!!!! Setiap kali dusyum G-ONE!!! Setiap kali lompat G-ONE!!!! Ok, hero dia nama G-One. Ra-One tu ongjahat occay. Kompius? Aku pun kompius gak mula2..
Kali ke 6 tengok baru tak brapa nak kompius.

Lagi satu kan, ada satu scene tu SRK makan spaghetti ke noodles ke apa ntah ngan menda putih cam dadih. U know what, makanan itu telah membuatkan I mengidam tak tentu pasal sampai suami tercinta I sanggup drive all the way from Sri Gombak to PJ sebab I cuma nak makan spaghetti from Humble Chef sahaja (macam ada iras2 makanan ni. Nak jugak! Nak jugak!). Spaghetti kedai lain takmo!


Agak menyelerakan bukan...


Kesimpulannya, bagi I, lagu Chammak Challo je best dalam cite ni. Yg lain2 tu sume B tolak.



Ok tiba2 macam rasa malas. Sekian.


0 thoughs.. on "Hindustani Hai?"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal