Wednesday, February 29, 2012

On Lisa & Yusry's Reception

Expressed by Noorita Yusof at 3:14 PM
Ramai geng2 belog (geng ya, bukan peminat. nanti orang kata feeling retis plak) minta I (kata diri nama I plak sebab kena uptodate ala2 Melodi gitews) tulih2 sket pasal majlis resepsi Lisa & Yusry ari tu. Yap yap, utk yg tak geng fesbuk ngan I dan secara otometiknya tak dapat tgk gambar2 mengada I. Ari tu I ada pegi reception derang kat PPIC. Nanti I cite cemane bleh gi sana ya. Rilek jgn gelojoh..


Kasik post gambar mempelai dulu.. Sweett angat... ^_^


Pop quiz question yg mula2 skali dalam kepala korang kan? Tau dah..

Q: Cemane dapat gi majlis tuh? 
A: Ala seludup masuk je. Buat2 tukang angkat dulang terus orang ingat kakitangan Kuzie Catering haha.. 

Takdelah tu jawapan sarcastic. Jawapan gymnastic nya adalah Lisa ni adalah sedara mara Mr Hubby. 2nd kazen dia belah mak dia. Ke rasa2 nak kena lukis carta organisasi di sini. Tak perlu la nak overs kan. Sapa nak salasilah keturunan tu sila email I personally tau. Mana tau nak bukti DNA dan sebagainya ke boleh kasik.

Jadi secara otometiknya Lisa ni adalah sedara by marriage la ngan I dalam erti kata lain bolehlah menumpang glemer. Secara lintas langsung juga, Enche Yusry yg penah saya gilakan sampai tahap letak gambar dalam purse dan poster di dinding suatu ketika dulu sudah menjadi sebahagian keluarga besar kami. Dan lantas dapat la terjumpa2 di ketika majlis hari raya dan sebagainya.. Yeye!

Begitu panjang lebar perenggan pendahuluan kita. Terasyik pulak.

So, mari kita semak point2 menarik sepanjang majlis itu... (Sebijik cam majalah URTV gitu kan? kiki)

** Sampai PICC betul2 orang baru bang Maghrib. So sempat bisik kat hubby kalau kat surau tu jeling2 la sapa2 kat sebelah (lepas semayang la takkan tgh semayang kan. tak senonoh tau). Mana tau ada Aaron Aziz semayang skali ahaks.

** Masa tgh bratur nak amik table number, terserempak ngan Nora Danish. Rasanya dia la celebrity paling awal skali sampai. Sempat la snap gambar sedas dulu. Paling best, mak mertua I yg mmg frankly speaking punya olang pi tanya dia bila nak kawin. Secara semerta wajah dia berubah dan berkata dengan lemah lembutnya "Hai.. tak tau lah.. (sila jangan tanya dengan lebih lanjut ya makcik plis...- dalam hati)".


Shomel...


** Decoration pelamin adalah very the marveles. Cantek angat angat... Lain kali (lain kali?) saya pun nak pelamin camtulah. :)


Cantik..

** Majlis persandingan adalah mengikut adat Johor (belah Lisa obviously kan). Ikut adat Johor pengantin perempuan naik pelamin sorang2 pastu muka kena tutup dulu ngan pengapit. Pastu pengantin laki kalu nak duduk kat sebelah isteri dia kena lalu halangan2 duluan. Seperti kena jawab pantun, kena bayar tol dan sebagainya. Biasanya tol peringkat pertama adalah budak2 kicik cam sepupu2 ke sedara mara pengantin. Tol peringkat kedua, cam sepupu sepapat or sedara mara besar2. Tol ketiga cam adik beradik, dan seterusya. Terpulang ler kat keluarga pantin perempuan nak dera bakal family baru dia cemane haha. Last skali kena lalu tol paling besar skalik iaitu tol mak andam. Ha ni kena prepare angpow busaq punya. Besanya mak andam akan bukak sampul duit kat situ jugak dan kalau tak pueh hati, kena la eko tambah baru dia kasik lepas. Fuh! Begitu besar pancharoba.. Jadi for Yusry-Lisa, derang takde tol2 pon. Just balas2 pantun before panjat tangga pelamin je. Agak2 Yusry mesti dah kasik angpow awal2 kat semua showstoppers dengan ucapan pi main jauh2. Aku nak bersanding nih.

- Gambar tada sebab tukang amik gambar dok sibuk gelak-






** Yusry adalah very the romantic. Masa dia nak duduk kat pelamin sempat lagi dia kucup tangan Lisa. Omaigash.. Sweetnya tulong..

** Masa acara merenjis, mak sedara Lisa (apa dah nama dia mama ada cakap tapi adalah luper) paling mencuri tumpuan. Orang lain setakat renjis air mawar manja2 gitew la kan, tak perlu la anda memandibungakan pengantin itu sekali lagi. Tapi auntie ni tarak kira punya. Dia main hantam je renjis berputar2 kat pantin. Pastu dia kutip secara genggaman tamak itu bunga rampai dan baling kat bebudak ni yg terkulat kulatan. Pastu tak pueh hati, dia amik bunga rampai segenggam lagi, baling lagi. Nasib baik tidak terkambus Yusry ngan Lisa oleh daun2 pandan tersebut. Oh sungguh menggamatkan majlis. Nice one auntie!

Gambar tengah merenjis tak dapek la kan. Reporters penuh! Tapi ada satu gambar dia tengah makan. Ha paling kiri sekali tulah auntie yg brutal tersebut. I like..! :D


** Para petugas katering rasanya mesti bersorak kegirangan dapat kena shift keje malam ni. Biasanya wedding I attend before ni takde plak derang dok2 kat luar sementara tunggu waktu makan tiba. Ni sume pakat2 dok berderet tgk majlis. Kalau I pon mesti buat camtu jugak. Bila lagi kan.

** Masa makan biasalah ada hiburan2. 1st skali itu group ada iras2 El-Divo katanya la kan. Namanya Fourteen. Tang mana cam El-Divo tu pon tak taulah.  Oh ya, mungkin tang tangan mana memegang mikrofon sama kot. Lagu pertama derang adalah Barakallah ya. Ya, Barakallah. Itu adalah lagu Maher Zain secara English+Arab. Maka  tak perlulah membuat gaya Justin Biber. Membuat saya tersengih2 kekelakaran.

- Malas ah amik gambar sebab tengah makan la wei - 


** 2nd performer adalah Jaclyn Victor. Biasalah lagu apa lagi kalu tak More Than 1 Second hehe.. Sedetik Lebih ler tew.. Pastu dia nyanyi2 kat depan pengantin yg tengah makan beradab. Dah abis nyanyi dia cakap "Lisa, you're so beautiful.." Yes she's right. Lisa adalah very very very da beautiful that night I (or forever?)..

Jac


** Pastu kan derang saja je nak dera Aizat. Secara adhoc suruh dia nyanyi. Tak sempat nak tambah nasik ahaks dah suruh naik stage tetiba. Tapi adalah comel sebab gitar dah ada kat stage. Nampak sangat memang adalah plan baek punyah nak kenakan dia. Lagilah comel sebab Aizat mintak sapa2 ada menda alah utk main gitar tu (or plektrum hasil carian google) dari tetamu kalau ada. Or else dia kena pakai sim kad wat petik gitar. And luckily ada plak sorang guess bawak. Agaknya nak buat kaut tapai pulut in case sudu kecik tadak kot.

Tatau lagu apa dia nyanyi sebab I masa ni sibuk jalan2..


** Me and Jasmin (kazen hubby) jalan2 kat table Celebrities dengan nawaitu sekor nak cari Aaron Aziz sekor lagi nak cari Siti Nurhaliza. Sporting sangat Min tau.. Diri sendiri pun satu, nak jugak heret anak2 skali kalau dah nak gi menggedik cari retis tuh. Dalam 'pencarian' tu, mana2 artis best yg terserempak kitaorang rembat je la amik gambor. Tapi memilih ok. David Teo, Prof Razak, Tam Cili Padi dan hero Papa I Love You bahkan Intan Ladyana kena reject mentah2 je oleh kami occay. Selective kans.. Ada skali tu nampak Sazzy Falak yg owesome tapi kena halang ngan si Awal Ashaari, terpaksa la snap kejap oleh kerana dia adalah agak kacak juga. Toleh skali lagi ilang la plak si Sazzy ni.. Wah wah kemain perenggan ni kan. Just like in celebrity's partaaayy.

Antaranya..


** Masa tengah carik2 ni memang sah la tak jumpa Aaron. Siti jauh skali. Kalau ada memang sah la dok meja depan2 sebelah Marion Counter kan. So adalah memujuk hati sendiri sambil berkata mesti Aaron adalah bizi shooting. Satu family nih sedia maklum akan hajat di hati saya ni sume cakap takpelah.. Takde rezeki kali ni.. So masa beratur2 nak kuar dewan utk bersalam ngan pantin, mata masih lagi cari2 kalau kalaulah ada kelibat kan, nyata hampa.

Alih2 masa dah kuar baru berkira2 nak turun escalator my mum in law tunjuk kat belakang I. Toleh2 sekali itu abang Aaron yang kacak sekocoh2 baru datang ngan wife dia. Apa lagi tanpa melengahkan masa terus I terkam dia sambil berkata. "Aaron.. Boleh amik gambar tak." Gila babeng nye terus terang takde bermadah pujangga seperti Adakah Abang Aaron sibuk? Adakah sudi meluangkan masa barang sedetik lebih utk bergambar dengan saya? Atau paling berbasa basi Assalamualaikum.. Kalau tak silap saudara ni Aaron Aziz kan? Pelakon terkenal yg saya gila macam nak gila tu kan?

Dah I terus terang, dia pun jawab terus terang jugak.. "Boleh, tapi boleh tak saya nak jumpa pengantin japppppp je.. .."  Sambil mentelengkan wajah dan berkata dengan manja (kan dia ni mmg suka kan wat wat camtu time blakon pun. ee geram). Saya yang terkesima lantas menjawab "Boleh..." sambil sudah mula berkhayal secara terpukau.

Pastu Mr Hubby I dah mula tersenyum2, faham bini dia dah mula gatal seperti ulat naik daun kari. Then dia sendiri cakap ni kalau kita tunggu sini rasanya awak pun sempat kuar janggut dulu. Apa kata kita masuk balik cari dia kat dalam - Apakah sungguh sporting suamiku ini? Adakah saya atau dia yg rasa-rasanya teruja nak amik gambar ngan Abang Aaron nih?

So kitaorang pun masuklah ke dalam. Cari2 skali nampaklah Aaron tengah 'stuck' kena tahan ngan peminat2 dia yg silih berganti amik gambar ngan dia. Ceh! Korang amik ngan gambar ngan dia dulu mana aci. Terus I melakukan terkaman sekali lagi tanpa mempedulikan queue tak queue. Agak2 dia cam I kot terus amik gambar ngan I dulu huwa huwa huwa.. 


Mission Impossible Accomplished!


Wahaha.. Sekali tatap ada macam sebuah keluarga bahagia tak? Haha.. Yang belah kanan tu madu I wat2 cari enpon la plak dalam enbeg. Hihi.. (Sorry, mood gatal dah on). ^_^

Pastu dah abis sume Mr Hubby salam la ngan dia. Kita cam hah salam je? Melangkah 5 steps dari Aaron kita cakap kat hubby - nak amik gambar baik amik skang. It's like now or never! Dia diam jap pastu terus dia berubah fikiran lantas..

Ewah.... Ewah..


Maka, dapatlah saya balik tanpa rasa gundah gulana mahupun berhati walang. Tido pon lena semacam je malam tu kikiki. Tak kira lah anda nak cakap I gatal ke apa, tapi Aaron adalah very the kacaks. Sekian.

Oh ya, lupa lak ni entry pasal Yusry & Lisa reception bukan majlis mari mencari Aaron Aziz. So berbalik pada pengantin tadi, dah abis selesai misi utama terus la balik rumah. Tak larat nak tunggu pengantin abis salam nak amik2 gambar family ke apa. Esoknya adalah kerja dan budak2 adalah sekolah. Maka baru la nak sedar diri sedikit. Begitulah ceritanya malam tu. Utk cerita sensasi yg lain, sila baca paper atau majalah2 gossip selepas ini ya.. 




11 thoughs.. on "On Lisa & Yusry's Reception"

Liyana on February 29, 2012 at 4:12:00 PM GMT+8 said...

kekeke..mcm kelaka bace entri ni.. wah sungguh bertuah akk dpt la jumpe yusry selalu... giteww~ :D

Noorita Yusof on February 29, 2012 at 5:23:00 PM GMT+8 said...

hehe.. harap2 la kan Liyana.. Berangan je lebih taw ekeke..

Masreena on February 29, 2012 at 8:00:00 PM GMT+8 said...

akak ni kelakar la =)

Anonymous said...

ieta...kita kena gosip fes to fes ni psal aaron...kikiki...

Zura on March 1, 2012 at 11:39:00 AM GMT+8 said...

hakhak..."gmbr keluarga bahagia"?...hadoi la ieta.. sakit perut gue baca entry ini...tp best la dpt tgk live abam aaron..bestnyeeeee.....i is jeles..

!k@ on March 3, 2012 at 2:36:00 AM GMT+8 said...

hehe..sukenye baca ntry nie..

Girl Girl on March 5, 2012 at 11:16:00 AM GMT+8 said...

Slm kak... pes time bace blog akak terus jatuh cinta gitu.. heheheh.... best la blog akak ni. Sy tahu blog akak ni pon dari Liyana (pengomen kat atas tuh). Btw, sy pong org Ganu gop... Leh la pasni kite speaking Ganu... :)

Noorita Yusof on March 5, 2012 at 3:00:00 PM GMT+8 said...

Masreena: hehe yeke dik.. -malu-

ira (eh betul ke nih?): ala ari tu x dan nak share2 cite pasal ni. dah dok gelekek cite lain

Zura: hehe.. punya teruja tu sampai termipi abam aaron dua malam ok. gila tak gila huhu..

Ika: aduih rasa malu sebab byk mengarut kat sini.. -_-"

Girl Girl: yeke dik.. owoh tima kasih sebab sudi baca blog kiter.. mari2 la jenguk sokmo deh pasnih :)

I am a super woman, super wife and super mom... on March 8, 2012 at 5:54:00 PM GMT+8 said...

gelak sorg2 kita baca entry awak ni...jeles2..nnt bila2 ade family jauh dan dekat punye gathering i nak kirim autograp ekkk..hihihihi...

Noorita Yusof on March 9, 2012 at 11:24:00 PM GMT+8 said...

auh sapa superwoman/wife/mom nih? dasat woo hehe.. bleh2.. nanti kita siap nak kasik kiss kat kertas tu skalik hehe

Anonymous said...

buy xanax discount xanax no prescription - generic equivalent for xanax

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal