Saturday, March 10, 2012

Bas Ekspres

Expressed by Noorita Yusof at 12:36 AM
Pat lima menjak ni I memang sukew wat blog point2. Bukan bearti diri semakin berfakta morgana. Tetapi adalah takde idea nak tulis secara karangan berperenggan. Kalau jawab soalan subjektif bleh la nak popiah goreng sket. Atau mungkin juga disebabkan faktor usia. Dah tua2 nak gak berblog2 bagai.. Patut time ni dah kena wat2 bukak blog bagaimana nak mentajamkan tajwid dan nahu ke seumpamanya kan. Ni berangan lagi nak tulis pasal retis2 macam budak remaja. Ok, apa la aku merapik aku pun kompius.

Anyway (cewah), diri adalah exsited sebab baru je beli tiket bas nak balik kampung. Bang, takyah lap cermin mata tu. Memang betul dah abang baca tadi. BAS. Or speaking New Yorknya BUS. Aha.. terperanjat la tewww..

Adalah lama gila celup tak naik bas. Kita kasik spesipik sket - Bas Express. Rasanya last naik bas express adalah masa belum2 kawin time2 keje baru2 dulu time2 tara kuca ca dulu tu. 

Sejak ko dah berlaki ha takdenya laki anda nak lepas anda naik bas express balik kg. Sorang2 lagi la assalamualaikum kan. Dah ada laki wat cara ada laki. Wat cara naik kampung silalah naik kereta. 

Namun hai, setelah berbelas puluhan tahun berlalu, akhirnya peluang naik bas express tiba2 datang (horrah!)

Bukan bermakna laki sudah lantak kau la nak naik bas ke nak naik beca ke balik kg, whateber la.. No no no.. Jangan speku dan lantas mengupdate Facebook tanpa usul periksa.. Baca dulu taw...

Menggu depan kat menggu cuti persekolahan. Jadi adalah nak balik kg sesangat sebab pasni agak2 macam dah bz tahap Ananda Krisnan nak kira duit hasil jual beli kan, jadi baiklah kita pulangg.. Tapi asben adalah tak dapat cuti dan adalah akan berkata ok, tak dapat balik dis time.. Next time bebeh..

Tapi bini dia yang kadang2 degil kuala ketil ni kan cam nak jugak nak jugak.. Nanti sok sok mesti x dan nak balik dah.. Takpun balik kejap2 je.. Last2 agak2 dia dah semayang istikharah pat malam kot, last2 dia kasik gak.. HORRAHHH..! Nak wat sujud syukur ke tak nih.

Jadi adalah eksited. Tapi jap. Saya sebenarnya nak cite pasal menda2 best dalam bas ekpress. Yang hang dok melalut ke arah tajuk keizinan suami dan keberkatannya ni apesal plak?

Jadi sila maafkan saya. Ekskius Mi.

So, move on. Sepanjang2 penah naik bas ekpress before ni, menda2 ni penah la jadi kat I dan bleh la nak wat modal cite2 kat anak cucu kelak..

** Pes pes time naik bas ekspress adalah masa sekolah MRSM kat Beseri, Perlis. Yah Yah! Trg-->Beseri. Agak2 berseri2 lagi tak muka anda pas 7-8 jam dok berair liur basi dalam bas tuh. Tu tak kira la. Persoalannya, eksited nak mam masa tu. Siap bawak bekalan biskut, roti, naget dan macam2 kejadah mak atuk nenek la kan punyala waspada kot2 la diri sendiri kebulur ke apa. Pastu dan dan la sepanjang journey tu mmg asik makannnnnnnnn je keje aku. Tak reti2 nak sedar diri mcamana kalo tiba2 adalah nak tercirit dan adalah tgh lalu jalan yg kiri kanan hutan belantara? Agak2 nak kena pakai lampin pakai buang orang tua tak awal2?

** I ni mmg jenis senang cuak2 tak menentu. Kalu tiket bas tu tulis tolak jam 10.00pm, seawal kol 9 memang dah terpacak dah kat stesen bas tu. Punya la takut kena tinggal bas. Selagi bas tak datang, selagi tu selang lima blas minit dok sua tiket tanya kat kaunter. Nasib baik tak kena cepuk skali ngan akak tu. 

** Setiap kali naik bas, mmg berdoa ke hadrat Ilahi agar tidak dikurniakan seat mate yg alahai mak joyah gitu kan. Tak larat aku nak melayan eh.. Baik dengar walkman (dulu walkman la paling gah skali) ataupun wat2 tidur dengan penuh keayuan. (Time ko wat2 tido bleh la ayu. Time ko betul2 tgh tido?)

** Pernah kena dok sebelah ada budak laki ni. Muka macho kau ala2 Remy Ishak la skala ritcher dia. Tapi skali bas jalan, dia pun lantas melambai2 kat mak dia sambil menangis tersedu2. Agak2 ternganga jugak la I time tu. Tapi wat2 tak tau je la.. Tak perlu la nak mengjoyah tanya pesal ke apa kan. Tak perlu tak perlu..

** Kalau nak cakap hal naik bas malam mmg banyak cite eheh. Nak2 kalau seat depan anda betul2 ada dua ekor kera sedang mabuk cinta. Tak perlula nak jadikan seat bas tu hotel murahan ya. Korang ingat orang sebelah depan blakang ko tido ke? Ingat derang tak nampak ke apa korang dua ekor buat? Ha? Contohnnya aku. Ingat aku tak buta dan pekak ke? Ha? Ha? Anak sapala nih heh! Sori, jadi ustazah Dona kejap.

** Satu trip malam tu dapat tempat duduk betul2 blakang drebar bas. Ngan aku2 jadi macam drebar skali. Tak ngantuk ko sebab nampak jalan kat depan sket nye clear kan. Tinggal tak pulas stereng tak tekan pedal2 je. Ada skali tu agak2 dah ngantuk2 ayam kan, tiba2 dengar drebar bas tu cam cakap tempik Allahuakbar! kuat2. Pastu terus cam terkejut kan sempat la nampak ada kelibat putih cam langgar cermin depan bas tu. Adakah itu tuttttttt... 95.99% ye la kot sebab pastu mmg drebar tu baca Fatihah ayat Kursi sume kuat2. I plak adalah kelu kan nak tanya adalah cam gatal mulut kan. Sekali tak sempat tanya ada hamba Allah lain tiba2 diri kat sebelah tukang jawab dulu kang.. (fantasi adalah tinggi).

** Penah gak skali kena seat sebelah askar wataniah mana. Siap pakai uniform askar tuh. Gila semboyan telah berbunyi gitu. Ingat kalau dah jenis askar maskar ala2 polis molis ni ok la kan. Skali ada time tu tertidur kan, apasal aku rasa makin rapat plak ngan askar ni. Siap bleh rasa lengan dia. Then aku pun beralih la sikit. Beralih2 sampai rasa cam bontot aku dah sebelah kat kusi, sebelah lagi kat luar kusi dah. Pehal bontot askar ni mengembang secara bersepadu ke apa. Pastu tiba2 rasa cam jari dia kat peha aku. Dah pelik dah kan cuba la tgk muka dia. Baeek nya mata pejam rapat tengah tidor mampus kot. Pastu lama sket dah tangan dia start atas peha aku dah.. Tinggal nak merayap je kan. Aku apa lagi. Terus tampar muka dia sambil cakap "Hey gila! Ko kenape??" Dia lak konon2 terpisat2 ala2 ngigau la kan. Kepala hotek ko mengigau. Aku apa lagi terus bgtau drebar tu lantas drebar tu brenti tepi jalan dan suruh dia turun. Haha! Hamik padan muka ko askar gersang! Hah puas hati aku.

** Ada skali tu tiba2 la perut memulas ya astaga mmg takleh kaver nye. Padahal bas baru je brenti stengah jam lepas mmg agak2 lagi 3-4 jam baru dia brenti lagi. Dah puas wat muka ayu last2 kena gak bgtau drebar minta brenti kat mana2 yg ada toilet (semak semak tak main ah) sebab I nak gi toilet. So depan tu ada seketul Petronas kan dan bas brenti dan aku je satu2nya umat yg turun pi toilet. Adalah sangat malu kan sebab kesemua orang dalam bas tu sure tau nye lah aku pi jam stoberry kat situ kan. Hilang ayu  I kejap. 

** Masa naik bas balik Raya, masa tu siang hari yakni hari berpuasa la kan. Selamba je ada pat lima ekor baboon jantan kat belakang tak pose lantas siap melantak nasik campur dalam bas. Alasan-musafir. Time2 macam ni baru ko nak apply hukum2 segala kan. Time kena semayang jamak sebab musafir takdelak ko buat kan. Ramai2 jamak nakmam kat dalam bas tu je. 

** Penah ada sorang nenek ni naik bas. Mmg nenek sebab takleh panggil makcik. Overqualified. Adalah sangat tua macam nenek kebayan. Seriyes muka mmg kedut gila bongkok sume cam nenek kebayan. Tak tipu seriyes! Tinggal takde tongkat je kat tangan. Agaknya naik bas dari kg sebab nak pi soping kain kat Jalan Tar kot. Time tu mmg tgh2 malam. Or dalam 2-3 pagi kot. Sume orang mostly tgh tido except yg kera 2 ekor tadi tu la kan. Jadi drebar bas ni agak2 tak tahan nak terkucil dia main brenti je tepi jalan kench kat semak mana kan. Skali nenek ni ingat orang tu brenti ke apa dia pi turun jugak. Turun lak sehelai sepinggang lak tu. Pastu yg drebar bas ni dah lepas hajat sume ni, naik la bas, start engine, terus la jalan assuming tadak sapa la turun kan. Makanya tertinggal la nenek ni kat tgh2 jalan tu. Cian dia ok. Yg horror nya dia try la tahan2 kete mana kan nak tumpang, korang agak2 ada tak kete nak brenti. Lagi press tekan minyak sambil baca ayatul kursi lagi ada la kan. Last2 dia tumpang sapa ntah tak tau sampai la jugak kat destinasi dia. Nasib baik ada insan kuat semangat. Kisah ni adalah diceritakan semula oleh drebar bas tersebut kat kami masa brenti makan. Adalah nak gelak bercampur kesian la kan. Horror horror..

Macam ada banyak point tapi adalah tiba2 hilang sebab suami kacau. Nanti bebila I sambung lagi ya anak2. Sekian..






1 thoughs.. on "Bas Ekspres"

Liyana on March 15, 2012 at 4:36:00 PM GMT+8 said...

haha kelaka yg part askar kena turun bas, n nenek kesian tu, kahkahkah

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal