Tuesday, June 12, 2012

New member in da house?

Expressed by Noorita Yusof at 3:38 PM
Rumah kami baru je siap renovate dalam lebey kurang sebulan lebey gitew. Mmg terbaek ah tukang Pak Mat and the geng nye hasil kerja. Puas hati lantas merasa sangat selesa. Alhamdulillah atas rezeki sudi kau limpahkan pada kami Ya Allah..

Tapi setiap Ying haruslah ada Yang nya..

Tiba2 adalah macam adalah suatu kemistikan ada dalam rumah la plek skang ni..

I ni mmg lambat rasa menda2 camnih. Maybe mmg tak terpikir ke apa..

Sampailah tiba2 di suatu pagi nan indah permai. Terdengarlah akan perbualan antara Muaz ngan Along dia.

Muaz: "Along.. Malam tadi kan masa Muaz nak gi bilik mama kan, Muaz nampak ada patung kat situ.."
(Rujukan: Sejak rumah siap, bebudak ni mmg tido bilik masing2. Tapi dalam kol 3-4 pagi biasanya sorang demi seorang akan masuk bilik kitaorang, panjat katil dan menyelits. Pastu in between bilik derang n bilik kami macam ada lorong gitu. So Muaz is pointing to that lorong..)

Along dia: "Ha? Patung kat mana?"

Muaz: "Kat situ la.." Tangan still pointing to that lorong.

Along dia: "Abis dia wat apa?"

Muaz: "Dia dok je situ.." 


Along dia: "Muaz takut tak.."


Muaz: "Tak.."


Jadi saya adalah macam ada peremangan bulu dada roma sket ah di sana. Bitau hubby n dia cakap biar je kita jgn interrupt apa2. Biar je conversation in between dua bradik tu. Karang kita tanya lebih lanjut kang depa takut lak..

Sampailah malam tadi, oh ya before that, saya ni jenis cepat terjaga kalo tgh2 tido. Anak ngigau kat bilik derang pon saya bleh sedar. It's like babai kaedah tido mati macam tak sedar dunia! Don't ask me how tapi cuba tanya semua ibu2 di luaran sana. Mmg camtuh maybe Allah kasik satu sifat sensitif kat kami semua. So sampailah malam tadi, tiba2 je I terjaga sebab dengar cam ada budak lari turun tangga. 100% sure tu budak sebab skala larian yg laju dan berketumpatan tinggi. Kalau orang dewasa lari akan gedegang gedegang lebih hebat lagi dan kalau orang tua mmg org tua takkan lari2 turun tangga. Kalau lari jugak pastu bleh dengar bunyi gedegang tergolek di penghujungya.

So aku cam eh! sapa la plak lari2 tu. Kalau Sofiya mustahil sebab dia dah elok menyelit kat ketiak I time tu. Time tu lebey kurang kol 3am camtuh. Kalau Muaz lagi la mission impossible sebab dia takkan ubah haluan berlarian ke tangga tapi akan terus ke bilik kami jua.

Jadi terpaksa la aku wat2 tak sedar dan mengeraskan diri. Takut la plak buat2 bangun jenguk karang ada plak yg menyapa "Eh! Sorry makcik saya buat makcik terjaga.." Ada  yang koma 3 hari 4 malam lak kang..

Pastu Sofiya terjaga lantas meminta susu. I biasanya akan turun bawah gi dapur wat susu budak2 ni. Tapi hagak2 nak turun ke tanak? Opkos la No No No! Sampai ke sudah tak bersusuan anak I tuh..

Then pagi esoknya.... Yakni pagi tadi...

Citela kisah tu kat Mr Hubby. Dia cakap eh macam kita pon terjaga pastu tapi cam takde menda sebab sume tgh tido. Then dia pun cuba tanya si Muaz.

Hubby: "Muaz.. Muaz nampak apa ek ari tu kat lorong tu?"


Muaz: "Muaz nampak cam patung.."


Hubby: "Patung besor ek..?"

Muaz: "Taklah.. Patung macam ABANG.."

Istilah ABANG tu adalah merujuk pada kazen dia yg berumur 9 tahun. Asal budak baya2 tu dia akan panggil abang. Jadiiiiiii.... berkadaran ke tak berkadaran dengan kejadian penurunan tangga yang saya alami tu..? Tell me! Tell me!

Lepas pada tu barulah Incik Hubby nak share apa dia rasa lak. Dia kata mmg dah salu dah dia rasa cam ada org panggil la (I la tu salu panggil dia. Aduh abang... sila tiru suara orang lain but not me!), orang tengok la dan sebagainya. Ala macam korang salu dengar kisah2 mistik di dada akhbar ke, metro ke, buku mastika ke camtulah. Modus operandi derang ni sama je blaker. Cite lak kat MIL dia pun cakap menda sama. In fact hari pertama pindah dia dah rasa ada org tgk dia masa tengah semayang..

Ok.

Saya ada macam ada perasaan tak berani dok sorang2 la plak kat rumah skang nih.

So? Cara mengatasi?

Tanya ustaz dia cakap salah seorang tukang wat rumah tu ada tinggal 'kawan' dia sebab masa tu dia bawak 'kawan' dia dok situ in order tanak project tu ada masalah ke terganggu ke. Tapi dah abis kisah tu sila la balik rumah wahai 'kawan'. Kenapa terus berkawanan di rumah kami? Shosshh Shoosshh..

So cara lain ustaz cakap, kena banyakkan bacaan ayat Quran biar dia rasa panas lantas challo. Jadi Noorita, sila baca Quran everyday. Jangan malas!


Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..... Huahuahua...






4 thoughs.. on "New member in da house?"

Lala Latif on June 12, 2012 at 3:59:00 PM GMT+8 said...

uhhh...meremang2 bulu roma baca entry ni...

Liyana on June 12, 2012 at 7:20:00 PM GMT+8 said...

huhu seram jgk ni...

Noorita Yusof on June 13, 2012 at 10:03:00 AM GMT+8 said...

Lala Latif & Liyana: Skang ni malam2 kena pasang CD surah Al-Baqarah sampai pagi pastu tido ngan budak2 dulu sementara 'abang' tu carik habitat lain huhu..

Eni on June 15, 2012 at 12:06:00 PM GMT+8 said...

kak ieta try guna minyak wangi kasturi syifa'..insyaAllah hilang gangguan tu nnt...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal