Thursday, March 21, 2013

Rutin hari kerja VS tak kerja di hari kerja (?)

Expressed by Noorita Yusof at 2:23 PM
Rutin harian kalau cuti waktu weekdays.

5.45am - Bangun tido. Gosok gigi. Mandi. Smayang Subuh.
6.10am - Masuk dapur. Prepare breakfast dan bekal untuk kids.
6.30am - Kejut anak2, mandikan dan siapkan.
7.00am - Kasik anak2 makan breakfast.
7.20am - Hantar Sofiya gi sekolah agama & Muaz gi kindergarten.
7.35am - Pi pasar (kalau stok ayam ikan bawang segala dah abis)
8.00am - Breakfast.
8.30am - Jemur kain. Siram pokok. Kemas rumah. Sapu sampah.
10.00am - Start masak utk lunch.
10.45am - Amik Sofiya from sekolah agama.
11.30am - Kasik Sofiya makan lunch.
12.00pm - Mandikan dan siapkan Sofiya.
12.30pm - Hantar Sofiya gi sekolah kebangsaan + amik Muaz from kindergarten.
1.00pm - Suap Muaz lunch.
1.30pm - Diri sendiri lunch.
2.00pm - Smayang Zuhur pastu angkat kain.
2.30pm - Tengokkan kerja sekolah Muaz + study cikit.
3.30pm - Lipat kain sambil tengok tv.
5.00pm - Smayang asar. Masak utk dinner.
6.15pm - Amik Sofiya from sekolah.
6.45pm - Mandikan Sofiya n Muaz, siapkan mandi sume wangi2.
7.00pm - Suapkan makan dinner kat budak2.
7.30pm - Mandi & smayang Mahgrib.
8.00pm - Tengokkan keje sekolah budak2 sementara tunggu hubby mandi siap2.
8.30pm - Dinner ngan hubby. Budak2 tengok katun kejap.
9.00pm - Tidokan budak2.
9.30pm - Kemas2 dapur, kemas2 ruang tamu, kemas2 apa2 patut. Sayugia diingatkan, rumah yang ada budak2 tengah nak membesar ni mmg payah nak neat and tidy 24 jam.
10.00pm - Basuh kain, dah siap terus taruk kat hanger, senang esok sidai je.
11.30pm - Layan hubby sambil tengok tv
12.00am - Smayang Isya' & zzzzz...



Rutin harian kalau hari keje

6.00am- Bangun tido. Gosok gigi. Mandi. Smayang Subuh.
6.15am - Masuk dapur. Prepare breakfast dan bekal untuk kids (takde la extravaganza mee goreng tiga rasa or nasik lemak buah bidara segala. Most of the time roti je le sempat or goreng nugget).
6.30am - Kejut anak2, mandikan dan siapkan.
7.00am - Kasik anak2 makan breakfast.
7.20am - Hantar Sofiya gi sekolah agama &  Muaz gi kindergarten.
7.45am - Breakfast.
8.15am - Kemas dapur & depan. Jemur kain. Siram pokok. Masak nasik.
9.00am - Gi keje

....Gedebuk gedebak kat opis dan meeting merata2..

7.00pm - Sampai rumah from opis.
7.02pm - Masuk dapur, masak for dinner.
7.50pm - Mandi & smayang Mahgrib.
8.20pm - Dinner. Kemas2 pinggan mangkuk + dapur. Letak baju kotor dalam mesin basuh & on.
9.00pm - Tengokkan homework budak2. Kalo tak byk, bleh continue study sikit.
9.30pm - Tidokan budak2.
10.00pm - Kalao diri sendiri tak tertido skali, lepas budak2 tido, turun bawah kemas ruang tamu dan apa patut. Kain baju yg dah siap basuh, taruk kat hanger, esok pagi sidai je. Masak lauk untuk budak2 esok.
11.00am - Buat keje opis if ada/study/layan hubby sambil tengok tv + lipat kain. Gosok baju keje. 
1.00-2.00am - Smayang  Isya' & zzzz...



Bagi saya la kan, nak jadi ibu yg bekerja + nak jugak champion dalam urusan tangga ni kan, kena expert bermultitasking, atau dalam kata lainnya membiasakan diri bertangan lapan. Bukan kata ibu bekerja la, yg tak berkerja pun sama.. Mana2 sempat buat dlm satu masa tu, hantam keromokan saja. If sempat makan nasik sambil baca paper, tu lah yg akan saya buat. Kalo tak, sampai kiamat la aku tak tau hal ehwal dunia nih. Sambil vakum karpet, kerlingkan mata ke tv. Baru la tak ternganga bila orang sebut nama Emma Maembong ke, Wawa Zainal ke. Jangan jadi macam saya. Ikan kembong je kenal. Masa nak mandi, sempatkan diri sental lantai toilet tu. Nak tunggu proper spring cleaning time mmg salamualaik la.. Weekend  pun full, apa kes? Paling paling penting skali lauk pauk ayam ikan mentah yg baru beli dari pasar tu sume tu cuci siap2 before simpan. Jangan unrajin balik2 pasor ko humban je dalam freezer dengan darah2 segala. Cuci dulu comey2, asingkan dalam bekas2.. Satu hari kuarkan satu bekas, defrost then masak. Baru cepat dan tangkas. Takdela baru terkial2 nak siang ikan, nak gunting janggut udang, nak kelebek lemak ayam sume. Keselowan! Tips ni diperolehi takyah jauh2, tak perlu dengan ceramah Dr. Muhaya pun. Korek dari mak sendiri je. Mak keje kan so pelagi. Belaja dari yg expert.

Berdasarkan jadual perbandingan di atas sana, pada hari yg gatal tak bekerja tu, dapat la saya kasik anak2 dinner jam 7 malam. Sebab? Sebab dah masak awal.. Jadi dah bagi makan awal, dapat la tido awal. Kalo hari keje, kol 7 malam baru sampai rumah, jangan la memandai nak komentar tak kasik anak makan awal, tak kasik tido sharp2 kol 9 sume. If nak jugak achieve target tu, kena la ada pengurangan dari segi graft kemithalian ibu. Sebabnya beli je makanan luar utk dinner. Xyah masak. habis kisah. So, please. Nak komen kasik pikiaq dulu no..

"Sebab apa tak balik awal? Biar sampai rumah kol 6. Sempat la masak kasik anak2 makan cepat."

Sebabnya keje opis tamat kol 6. Tu pun kalau takde meeting, takde ad hoc discussion, takde keje menimbun. Nak sampai awal lagi? Boleh.. Carik keje yang opis 5 langkah je dari rumah. Atau, sewa je rumah atas shop lot opis. Baru boleh sembang lebih.

Eh, apesal tiba2 entry ni macam ada emo2 sikit? Tiba2 melarat pulak.. Sebab geramla Jemah oii. Apalagi. Kata orang, cakap memang senang. Tapi yg rasa tu? Bak kata pepatah, jikalau kail panjang sejengkal, laut dalam jangan diduga. Nak duga air longkang takpe.




0 thoughs.. on "Rutin hari kerja VS tak kerja di hari kerja (?)"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal